Selasa, 23 Julai 2013

Vietnam - Ho Chi Minh City aka Saigon Part 2

dah sampai hari yg ditunggu. tp masa aku on flight dr kuching ke KL time tu agak nervous jugak. masa nak landing kat KLIA perghhhh siap dlm flight tu masuk bau jerebu. xnmpk langsung bawah tu mcm mana. tp apa2 pun redha je. semangat nak tgk negara orag (read - shopping). eh bukan aku. mak aku. 



kalau tgk kat atas tu, mcm tu la keadaan kat KLIA masa landing. xnmpak langsung terminal C. transit kat KLIA tu agak panjang, dalam 5 jam. tp x kisah lah, sbb KLIA tu selesa. leh lepak2 kat anjung tinjau. bosan2 aku ke terminal C tu tgk2 apa yg ada n lelapkan mata seketika. 

MH758 tu berlepas on time dr KLIA. perghh aku ingatkan light load flight nih, rupanya full flight! rasa mcm flight balik ke kuching time hari raya je, bezanya org putih ramai. dari mana ntah taktau. org Malaysia pun bapak ramai. sempat jugak la mak aku wat social networking dia. xmain la facebook ke twitter. main tegur terus. 

flight uneventful, selesa dgn MAS. crew pun ok, makanan dr KL pun best. dekat2 nak sampai tu nampak la dataran mekong tu. berbelit2. besar mcm lebuhraya. nmpk bersih dan cantik dr udara. bangunan sini xda yg besar, tp kurus dan tinggi. 

selesai urusan imigresen bisu yg x reti nak senyum, amik luggage kat bawah tu. sempat singgah beli prepaid sim card. dia ada 2 jenis - satu yang data saja, satu yang data n call. harganya dlm VND 150,000 (RM21) kalau tak silap. plih je pakej mana yang kita nak. basically guna yang data je pun dh cukup.

location nak beli ni - lepas amik beg jalan lurus. lepas custom tu, kuar sikit tgk sebelah KIRI. kaunter banyak kat situ, so aku amik yg safe, yg paling ujung as x ramai org n nampak kaunter dia mcm xda kaitan dgn tour ke apa. minah situ ckp omputih elok. lepas tu kuar la dr airport, maka anda akan disambut seolah2 baru balik haji! giler ramai org kat luar. sesak bising dan mcm2 bunyi pun ada. terkejut sbb pakcik tiup wisel ngam2 sebelah telinga aku. 


cari punya cari, tu dia tgk nama aku terpampang besar2. diamik oleh staff Tan Hai Long Hotel. so jimat la aku kat situ. dan paling penting, risiko kena kencing dek taxi driver tu takde langsung. 



sayugia diingatkan, sini driving dia belah kiri. dan jugak, mereka driving ibarat pelesit. dengan banyak nyer moto, dgn kereta bersimpang siur. x faham mcm mana diorang leh drive dlm keadaan mcm ni. 


dah check in semua, dpt bilik yang ada window, TAPI..... menghadap bangunan depan! cisssss apa kebenda view nih. mcm baik xyah ada tingkap sbb xleh nak tgk apa benda pun melainkan simen kaler kuning. bila tanya balik, dia kata deluxe room mmg mcm tu, melainkan suite je leh tgk view. huh, nak je aku berdemo depan hotel tu. 

takyah buang masa, terus ke entrance belakang hotel, mak aiii, aku ingatkan aku masih kat Malaysia. ramai nyer akak2 bertudung ckp melayu. mmg pemos la dikalangan akak2 ke saigon ni. 

dgn niat aku nak merasa makanan vietnam, aku pun berjaya menginfluence mak aku g makan dulu sblm shopping. utk energy sebagai alasan. so aku ke VN.HALAL ni. dia x jauh dr hotel tu jugak, landmark paling senang is, tgk BASKIN ROBBINS. leh kata satu deret dgn BR ni la. 

alhamdulilah masa aku g x ramai org. tp kalau nak expect service, jgn harap lah. satu masalah bahasa dia, satu lagi diorang mcm malu2 nak layan. apa kebenda nak dimalukan. bukan nyer mintak urut ke apa kan. 

kat sini aku order: 

1. pho bo - tp xder stok. alahai bukan rezeki kot. tp dia leh gantikan dgn bihun vietnam. kaler biru ngkau. stok n isi dia sama mcm pho bo cuma mee dia lain. kesedapan - 3 1/2 bintang.

2. nasi goreng kampung. - kesedapan 2 bintang.

3. fried popiah. sbb mula2nya nak popia vietnam - tp xder. apa kebenda nyer semua makanan vietnam xder. cissss! kesedapan - 3 1/2 bintang. 

4. vietnamese coffee - ini diaaaaa.... the star of the day. MMG SEDAP! 

total cost utk 2 org - VND 330,000 (RM 50 equivalent).



ni la dia pho bo yang x jadik tu. ok la, at least vietnam jugak kan. ahaks.



so next aku akan sambung part 3 pulak.