Dengar pada tajuknya mungkin kalian fikir
"ahhhhh...topik biasa.semua orang tahu"..
Tapi bagi aku yang mahu mengerti apa maksud hidup sudah mula merasa garam hidup.Aku dah masuk ke satu tahap iaitu menyara hidup.Macam masa kita sekolah2 dlu,kita akan belajar cara untuk berdikari,bercakap,bergaul dan sebagainya.Tapi sekarang aku rasa duit adalah masalah segalanya.Dengan duit semua tak dapat.
Aku mula terkenang masa my parents dlu2 kerja susah2.Then aku senang2 nak mintak rm1 (zaman dlu2 skang mana budak nak rm1) nak beli junk food kat kedai pakcik.Just imagine ape perasaan diorang masa takda duit kita mintak duit macam tu je.Bila tak diberi alih2 kita memberontak
Duit owh duit...patutlah kerana duit orang sanggup membelot.Kerana duit orang sanggup menyusahkan orang lain.Kerana duit orang menipu.Dan paling utama sekali,kerana duit orang sanggup menjual harga diri.Boleh aku katakan duit seumpama dajjal dimana kata dalam sumber yg aku tahu,dajjal adalah sesuatu yang mengawal manusia.Seolah lebih berkuasa dari Tuhan
Oleh itu,apa yang perlu aku buat?Mengeluh?..owhhh tidakkk.kunci nya adalah kita harus BERSYUKUR.Bersyukurlah dengan atas rezeki yang tuhan beri.Dengan bersyukurlah kita merasakan segalanya cukup dan lengkap.Dengan bersyukurlah kita akan rasa lebih tenang.Dengan bersyukurlah kita akan rasa lebih gembira dengan nikmat hidup.Dan yang paling utama,dengan bersyukur insyaallah membuatkan kita rasa lebih dekat dengan tuhan.
p/s : Biar tak cukup duit janji perut dapat diisi walaupun seteguk air
Tiada ulasan:
Catat Ulasan