Jumaat, 16 November 2012

Seoul - Day 4 : Gangnam, Coex Mall, Ikan Bakar Dongdaemun

setelah balik dr nami island semalam, mmg aktiviti waktu malam xda lain melainkan shopping. dinner malam tu mkn kat bilik je. gunakan facilities memasak utk masak mee yg dibawak dr Malaysia.

so hari ke 4 is last full day yang akan d Seoul. mula2 pikir nak pergi ke Everland - tp memikirkan perjalanan yang agak jauh - sejam 30 min, so kensel. next choice is pergi Lotte world kat Jamsil. tp mlm sblm tu usha2 kat youtube. mcm x menarik sgt sbb banyak rides je. (maybe sblm ni dh ke Disneyland) - so expectation tinggi kot. kensel last2. next plan (plan C) - ke gangnam.

nak ke gangnam ni senang je. naik line 7 (olive green) sampai ke stesen gangnam. tp hati2 naik line ni sbb dia ada inner line n outer line. outer line tu pergi ke Yongdu, Sindap instead of Gangnam. Anyway, it's a circular line, u can't go wrong i suppose. kami naik yang outer line, tp kat stesen Seoungsu tukar ke innner line.

dh sampai gangnam station ni senang je, ikut je signboard dia. kami plan nak ke COEX since yaziz nak cr arcade.


 INILAH the real gangnam. ambik gmbr kat entrance COEX mall tu (I park) nama dia, ada sorang ahjussi offer ambik gmbr kitorang. x tau la apa motif dia, tp pikir elok je la. mungkin dia tgk kami jalan 2 org so dia offer help. kamsahamnida ahjussi!


actually kat COEX ni nothing much. just another shopping mall. mula2 pk ada arcade, tp hamper. arcade dia just kedai kecik jual games. ada aquarium mcm kat malaysia, tp xnak la g sbb aquaria pun ada kan? haha

proceed ke gangnam underground mall pulak. kat sini actually just station train, tp it's HUGE! jalan punya japan, sampai ke Samsung Digital Mall. perghhh latest n oldest samsung gadjets ada! cni aku jumpa note 2 harga lebih kurang malaysia jugak. xda murah nyer pun. cuma syok sbb dpt tgk banyak benda.

balik dr gangnam terus ke dongdaemun sbb nak mkn ikan bakar. kena tukar beberapa train. mula2 ke line 3 (Seoul National Uni of Education) tukar terus ke Chungmuro. Then ambik baby blue line (line 4) ke Dongdaemun.

nak ke ikan bakar ni aku bagi direction (seingat aku). mula2 kami sesat jugak. tp pikir2 ada tourist guide dpn doota mall, cr terjumpa minah ni so dia bg direction clearly. in good acceptable english. so kalau sesat x jumpa ikan bakar tu, aku sajes g dpn doota mall cr tourist guide baju n topi merah.

direction ke ikan bakar:

1. Dongdaemun station - cari exit 8. kuar dr exit 8 tu akan jumpa site utk JW mariott seoul dongdaemun. turn RIGHT.

2. jalan lurus je sampai jumpa 2nd bridge.

3. kat 2nd bridge tu turn RIGHT lagi.

4. just walk straight till jumpa stalls yang dual makanan2.

5. dh jumpa stalls tu, tgk alleyway belah KIRI.

6. masuk je terus jalan ckit, jumpa la mcm2 kedai ikan bakar.

kami pilih yg kedai 1st sbb dh lapar.


kat atas ni minah tourist guide yg sgt bagus.


ok we ordered 2 ekor ikan, pastu side orders dia tu mmg in package. ada kimchi n sayur2 jeruk. the kimchi dia mmg superb! aku nak lagi dan lagi dan lagi. ikan tu rasa mcm x cukup je 2 ekor. mcm nak lagi 2 hahaha.

gangnam boys mkn ikan bakar.


sedap kannnnnn??? lain dr kita punya ikan bakar, tp rasa dia mmg best. walaupun xder sambal.


total makan ikan bakar - KRW 17,000. so mmg reasonable lah. siap dgn steamed egg lagi. perghhh lapar aku buat entry nih.

kuar dr ikan bakar tu, terjumpa unni yang jual peach fresh blended. apa lagi, mmg buah kegemaran aku. ambik 1 harga KRW3000 tak silap. mmg puas!

ingat, small alley ni la heaven nak min ikan bakar!


balik dr makan, singgah Doota Mall nak beli cenderahati utk dibawak balik. kat tingkat 5 dia mmg jual cenderahati je. tapi harus diingatkan, kena bargain nicely. ada 2 kedai kat ujung tingakt 5 tu. they can speak indonesia/malay. satu kedai tu nama Airirang. kedai ni ok, bargain good. JANGAN PERGI KEDAI SEBELAH DIA! kedai sebelah dia tu dah lah mahal, kerek pulak tu. bagi diskaun seciput je. remember go to AIRIRANG.


so dah nak abik entry seoul aku. next time akan sambung dgn perkara2 yg aku observe kat Seoul. chiao~

Sabtu, 3 November 2012

Lof cafe Kuching






Sakae Sushi Kuching Review




Hooorayyyy...ada sushi baru di Kuching!!..Sakae Sushi ni dah biasa kalau kat KL tapi kat sarawak memang the very first one la.So Sushi King please beware cause ur rival is here!!..so kami yang masih virgin dengan this brand teringin lah nak try camne rasa sushi ni.So,kat atas tu dah tunjuk harga sushi mengikut pinggan.Homaigod...mim alif skali!! (mahal).errr...tapi wat muka macam mampu je




Yang menariknya kat Sakae Sushi ni,dia leh order pakai Ipad je.So setiap meja akan ada sebijik ipad untuk korang order.Lepas confirm order,5 min sampai lah order korang.Aku memang tak ambik tau sgt pasal nama sushi ni so korang cuci mata lah yer tengok gambar sushi yang Mim Alif skali nih.








Haaaa...ni lah green tea Sakae Sushi.Rm2..kene beli hokei...













So verdict...kami tak mampu makan kat sini.Habis rm130++ dan kami masih tak kenyang langsung.Bagi mereka yang perut kecik maybe boleh makan kat sini.Aku masih prefer dengan sushi king sebab range harga start dari rm2.Cubalah makan kat sini.Atleast pernah merasa.hehehe...

Seoul - Day 3 : Nami Island

dah penat shopping kat Dongdaemun n Myeongdong malam semalam, hari ni bajet nak ke Nami Island pulak. destinasi febret golongan2 bercinta cintun, romantik katanya. so x lepaskan peluang la utk pergi situ since femos sgt lepas cita Winter Sonata tu kan.

Nami Island ni sebenarnya pulau buatan, bukan original. dia terbentuk setelah kerajaan Korea buat empangan, so create artifical stream. bentuk pulau mcm bulan separuh, x besar mana pun. jalan2 kurang sehari dah abis. 

nak pergi ke Nami Island ni banyak cara. 

1. shuttle bus - ni paling senang. tp kena pergi ke Tapgol Pak utk beli tiket one day before. carik naminara republic punya HQ beli kat situ. not sure harga maybe KRW 27000 tak silap.

2. ITX train - yang ni pun senang, beli online puna boleh, beli kat station pun leh. boleh naik kat Yongsan station atau Cheongnyangni Station. mcm kes aku, malas nak g Tapgol Park, aku pergi ke Yongsan station (guna dark blue line 1). kat sini, touch T money kat card reader dulu. pastu beli tiket ke Gapyeong Station - paling dekat ngan Nami Island. Fare normalLY KRW 5900, tp masa kami pergi still promotion dpt KRW 4200. akan tetapi sbb beli last minit, dia kata xda dah tempat duduk, beli tiket berdiri dpt KRW4100. tp ada je tpt duduk yang not assigned, so just duduk je la (dekat dgn pintu train).

Tiket ke Nami Island KRW 4100 dari Yongsan Station

dalam perjalanan mmg selesa tp sayang nak tdo sbb view cantik. mana nak dpt 4 kaler serentak weh. dlm perjalanan akan stop kat few stations. kalau terduduk tpt org yg dh di assign, sila bangun n blah ke tpt unassigned ok. 

sampai Gapyeong Station, cari je exit ke Nami Island. Cantik gak Gapyeong station nih. at luar dia ada tourist information centre. skali utk tgk org berbaris nak tgu taxi perghhhhh panjang nak mampos. so bajet tanya pakcik kat situ (English OK - tulis kat dpn). dia kata xyah tgu taxi, panjang sgt line. so jalan kaki 5 min sampai katanya. ikut je signboard - "NAMINARA" atau "GAPYEONG WHARF". 

Gapyeong Station

dan sayugia diingatkan, 5 min perjalanan dlm standard korea = 30 min berjalan kaki! tp takper sbb cuaca mmg best. so aku x komplen apa2 walaupun matahari terik, sejukkkkk je. cuba kat KL kena berjalan mcm tu, kompom sumpah seranah akan kuar. hahaha dlm perjalanan mmg banyak je bunga cantik sgt. pastu tanaman cili, kubis. 

sekuntum bunga cina
 nasib naik jugak kami ikut kata pakcik tu, sepanjang jalan tu jam ya amat. so dgn hati girang gembirang kami berjalan kaki. haha kesian pulak aku tgk mereka yg stuck dlm jam tu. 

dah sampai kat Gapyeong Wharf, ada 2 cara nak ke Nami Island. satu tu guna tiket biasa KRW 8000/person, siap dgn harga bot ke Nami. satu lagi cara utk mereka yang mempunyai duit yang banyak - guna Zipwire. yang ni mcm flying fox la terus ke Nami Island. Harga KRW 38000. siap ngan entrance. 



Zipwire leh guna utk ke Jara n Nami Island




sampai wharf tu mak ai ramai nya manusia. seramai2 manusia tp x lama tgu feri dah sampai. mmh x jauh pun. leh nmpk seberang tu. sampai ke Nami Island ada sorang pompuan bogel akan sambut.



aku x pasti la knp dia ni disumpah menjadi batu. melawan ckp boifren kot. so malas nak citer panjang layan je gmbr2 kat bawah ni. 


masa aku pergi ada wat pameran ngan pulau langkawi. bangga weh! malaysia.


agak2 kenal tak mamat ni? sapa x kenal sila gugel.


picnic bawah pokok merah. cool giler.


pokok gingko biloba yang berkaler2. admire kaler kuning hijau dia.


to me la, Nami Island ni just another place yang cantik nak tgk nature. nak romantik2 tu xder la sgt. mcm mana nak romantik kalau org ramai sgt? haha baru nak kiss dh ada org usha nanti haha. patung mamat winter sonata tu aku x jumpa pun. malas nak carik haha. bukan main intention nak ke situ. oh ya before balik tu terjumpa satu family korea yang offer nak ambik gambar kami. perghhhh mesti educated sbb dia ckp english pun slang2. dia paham kot masalah bahasa, dgn senang hati dia offer ambik gmbr kami. perghh syok! 


cantik kan autumn colours? mmg aku sgt2 admire. 

so masa ptg nak balik, line ke jeti sangat2 panjang. tp sabar je tgu sbb x panas. haha.