Sabtu, 3 November 2012

Seoul - Day 3 : Nami Island

dah penat shopping kat Dongdaemun n Myeongdong malam semalam, hari ni bajet nak ke Nami Island pulak. destinasi febret golongan2 bercinta cintun, romantik katanya. so x lepaskan peluang la utk pergi situ since femos sgt lepas cita Winter Sonata tu kan.

Nami Island ni sebenarnya pulau buatan, bukan original. dia terbentuk setelah kerajaan Korea buat empangan, so create artifical stream. bentuk pulau mcm bulan separuh, x besar mana pun. jalan2 kurang sehari dah abis. 

nak pergi ke Nami Island ni banyak cara. 

1. shuttle bus - ni paling senang. tp kena pergi ke Tapgol Pak utk beli tiket one day before. carik naminara republic punya HQ beli kat situ. not sure harga maybe KRW 27000 tak silap.

2. ITX train - yang ni pun senang, beli online puna boleh, beli kat station pun leh. boleh naik kat Yongsan station atau Cheongnyangni Station. mcm kes aku, malas nak g Tapgol Park, aku pergi ke Yongsan station (guna dark blue line 1). kat sini, touch T money kat card reader dulu. pastu beli tiket ke Gapyeong Station - paling dekat ngan Nami Island. Fare normalLY KRW 5900, tp masa kami pergi still promotion dpt KRW 4200. akan tetapi sbb beli last minit, dia kata xda dah tempat duduk, beli tiket berdiri dpt KRW4100. tp ada je tpt duduk yang not assigned, so just duduk je la (dekat dgn pintu train).

Tiket ke Nami Island KRW 4100 dari Yongsan Station

dalam perjalanan mmg selesa tp sayang nak tdo sbb view cantik. mana nak dpt 4 kaler serentak weh. dlm perjalanan akan stop kat few stations. kalau terduduk tpt org yg dh di assign, sila bangun n blah ke tpt unassigned ok. 

sampai Gapyeong Station, cari je exit ke Nami Island. Cantik gak Gapyeong station nih. at luar dia ada tourist information centre. skali utk tgk org berbaris nak tgu taxi perghhhhh panjang nak mampos. so bajet tanya pakcik kat situ (English OK - tulis kat dpn). dia kata xyah tgu taxi, panjang sgt line. so jalan kaki 5 min sampai katanya. ikut je signboard - "NAMINARA" atau "GAPYEONG WHARF". 

Gapyeong Station

dan sayugia diingatkan, 5 min perjalanan dlm standard korea = 30 min berjalan kaki! tp takper sbb cuaca mmg best. so aku x komplen apa2 walaupun matahari terik, sejukkkkk je. cuba kat KL kena berjalan mcm tu, kompom sumpah seranah akan kuar. hahaha dlm perjalanan mmg banyak je bunga cantik sgt. pastu tanaman cili, kubis. 

sekuntum bunga cina
 nasib naik jugak kami ikut kata pakcik tu, sepanjang jalan tu jam ya amat. so dgn hati girang gembirang kami berjalan kaki. haha kesian pulak aku tgk mereka yg stuck dlm jam tu. 

dah sampai kat Gapyeong Wharf, ada 2 cara nak ke Nami Island. satu tu guna tiket biasa KRW 8000/person, siap dgn harga bot ke Nami. satu lagi cara utk mereka yang mempunyai duit yang banyak - guna Zipwire. yang ni mcm flying fox la terus ke Nami Island. Harga KRW 38000. siap ngan entrance. 



Zipwire leh guna utk ke Jara n Nami Island




sampai wharf tu mak ai ramai nya manusia. seramai2 manusia tp x lama tgu feri dah sampai. mmh x jauh pun. leh nmpk seberang tu. sampai ke Nami Island ada sorang pompuan bogel akan sambut.



aku x pasti la knp dia ni disumpah menjadi batu. melawan ckp boifren kot. so malas nak citer panjang layan je gmbr2 kat bawah ni. 


masa aku pergi ada wat pameran ngan pulau langkawi. bangga weh! malaysia.


agak2 kenal tak mamat ni? sapa x kenal sila gugel.


picnic bawah pokok merah. cool giler.


pokok gingko biloba yang berkaler2. admire kaler kuning hijau dia.


to me la, Nami Island ni just another place yang cantik nak tgk nature. nak romantik2 tu xder la sgt. mcm mana nak romantik kalau org ramai sgt? haha baru nak kiss dh ada org usha nanti haha. patung mamat winter sonata tu aku x jumpa pun. malas nak carik haha. bukan main intention nak ke situ. oh ya before balik tu terjumpa satu family korea yang offer nak ambik gambar kami. perghhhh mesti educated sbb dia ckp english pun slang2. dia paham kot masalah bahasa, dgn senang hati dia offer ambik gmbr kami. perghh syok! 


cantik kan autumn colours? mmg aku sgt2 admire. 

so masa ptg nak balik, line ke jeti sangat2 panjang. tp sabar je tgu sbb x panas. haha.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan