Selasa, 9 Julai 2013

Vietnam - Ho Chi Minh City a.k.a Saigon Part 1.

dh sekian lama rasanya aku dh x update blog nih. agak2 dh lebih 6 bulan kot. haha. dlm pada tu dh travel ke Hong Kong dan Singapore. Tp Hong Kong aku dh pernah cover, so malas nak cover lagi skali la kan. Singapore lak xda apa menarik pun kecuali USS tu je. makan pulak biasa2 je. kalau nak percutian budget lupakan la Singapore nih. 

so kali ni, aku bercuti ke Vietnam pulak. Ho Chi Minh City. tertarik nak ke HCMC tu sbb dengar2 citer MURAH shopping. haha. so nak jugak lah try kan. 


so seperti biasa sebelum pergi mana2 aku akan usha harga tiket. kali ni aku comparekan harga Malaysia Airlines, Air Asia dan jugak Vietnam Airlines. dan2 pulak masa tu ada MATTA fair so masing2 bagi harga yg reasonable. so aku rembat tiket MAS dgn harga RM500 sorang. ok lah tu, sbb bawak ibunda, so malas nak banyak songeh kang bising pulak dia kena naik tangga. nak2 pulak tujuan utama nak shopping - so dgn baggage allowance on 35 kg (aku) dan 30 kg (mak aku) - total 65kg lebih dr cukup. kot. eh. cukup ke. cukup lah tu!!

aku pergi total 4 hari 3 malam. so usha2 hotel pulak kat agoda. bila dh tgk kat agoda, aku akan compare dgn hotel punya website. so boleh la compare mana yang lebih murah, yg tu aku akan rembat. so dgn niat nak shopping, aku kena cr hotel yang dekat2 dgn Ben Tanh Market. 

banyak hotel murah2 kat area tu, dan dr segi service majority review mmg bagus - bila dh ada hotel berkenan, aku akan check pulak kat tripadvisor. mana tau, kang dpt hotel nmpk cantik tp mcm hareeemmm (pernah hampir ter book hotel d jakarta - skali tgk review, BERHANTU!). 

hotel yg jadi pilihan kalbu - Tan Hai Long Hotel & Spa (Silverland Central). Yang ni 1st hotel dlm group THL ni kot. sbb dia xda number. Hati2 kalau nak pilih THL hotel ni. sbb dia banyak sangat. sampai silverland 5 kalau tak silap. lagi satu, yang betul2 dekat ngan Ben Tanh ni cuma Silverland Central ni je. yang lain2 kena menapak agak jauh. so rate utk deluxe room - utk 2 org RM520. reasonable. free bfast, opkos aku x amik sbb nescaya ada encik babis. 



so amik silverland central. yang di atas tu. mmg dekat ngan ben tanh. turun bawah tu je. dh sampai night market dia. utk summer promotion, hotel ni bagi free pick up from airport. so aku dh jimat situ dah. utk stay 5 malam pulak dia akan bagi free amik n anta ke airport. untungkan?

itinerary dh hampir complete. hotel confirmed, sapa yg nak amik kat airport pun dh confirmed. last part - tukar duit. jeng3x. matawang diorang guna vietnam dong. tp leh gak pakai USD dannnn MYR is widely acceptable esp part yg pompuan2 punya benda. aku x bawak banyak, just ngam2 utk diri dan ibunda. semuanya aku tukar ke VND (tp ada pensesalan di kendian hari). nnt aku setori sibulan. 

so dh siap semuanya, bawak 3 beg, yg mana cuma 1 beg berisi pakaian manakala lagi 2 beg - KOSONG! (mak aku sceptical - dia siap ckp, nnt kang balik kosong jugak beg ni). tgk la nnt. lalalaa.

persiapan dh berjela2.  sambung part 2 pulak nnt. 



2 ulasan:

  1. Yeah!! berupdate juga akhirnya. i'm waiting part 2.HEHEHE

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha tersibuk sedikit. eh banyak. dah sambung part 2.

      Padam