Pemalas,tak kacak,selekah,gelojoh,bla..bla..bla....boleh kata hari-hari dengar orang perli kita.Kalau membina tu tak apa juga tapi kadang-kadang tak berasas.Membuatkan mood hari kita menjadi rosak terus tak semangat nak buat apa-apa.Nak bersabar pun apa guna sebab maruah diri tercabar.Seolah-olah diri dicabul dek kerna tuduhan tak berasas.
"Ko tengok perut kau tu,dah macam bantal boleh duduk...."
Hamboi..hamboi....tak cermin diri ke bila bercakap.Main sedap mulut je berjenaka.Tanpa memikirkan emosi dan tekanan diterima.Kadang-kadang,sampai jadi mainan mulut orang lain.TIPS rinkas dari kami adalah,bila orang menyentuh hal peribadi anda,JANGAN sesekali mendiamkan mulut,terus beritahu yang perbuatan mereka melampau atau tunjuk respon sinis (sarcastic) untuk memberi pemahaman yang anda bukan orang yang mudah diperlekehkan
TIPS untuk menghadapi situasi kritikan sinis
- "cuba kau tengok muka aku ni,ada macam aku kisah?..."
- "Dari aku melayan percakapan sampah kau ni,baik aku bercakap dengan tiang"
- "Apa yang kau merapu ni?"
- "A'a....aku memang macam tu.kau jeles..."
- "A'a....aku memang _________.Suka sangat kau cakap macam tu (mata keatas tangan didada)
- "walaupun aku macam tu..ada kurang gaji kau?ada aku pakai duit kau?....
- "whatever..." / "apa-apalah..."
- "kau pun apa kurang nya..."(ketawa sinis)
Ini adalah antara defend mechanism yang saya biasa dengar dan pakai.Sebab malas nak bertekak dan panjang cerita.Budaya sindir menyindir kadang-kadang mengelakkan keadaan lebih tegang berlaku.Jika kita dah balas macam tu,pihak B masih tak faham-faham,sah la ada benda yang dia cemburu.Saya sentiasa terfikir macam ni :
"Manusia gemar mencari kesalahan/kelemahan insan lain untuk menyembunyikan kelemahan diri"....
Tapi harus kita ingat,kadang-kala mereka bercakap mungkin ikhlas .Tapi kalau cakap depan kawan-kawan dan gelak terbahak-bahak,itu dah menjadi mangsa jenaka tak bertempat.Walauapapun,haruslah ita mendengar dahulu dan menilai sebelum bertindak.Muhasabah diri lebih penting untuk mematangkan fikiran dan menjadi insan lebih baik.Alangkah baiknya kalau semua insan hanya berkata baik-baik sahaja.Kalau anda suka orang buat macam tu,jangan lah kita buat buruk pada orang lain.
p/s : Apabila kita ingin melakukan perubahan,adalah normal jika kita menerima kritikan...kalau rasa perubahan kita adalah positif dan iklah,teruskan perjuangan perubahan anda.Cari mereka yang menyokong perubahan anda dan sentiasa minta padangan rakan lain