Selasa, 29 Mac 2011

Juara akademi fantasia 9 2011.


Definasi rancangan realiti

Rancangan realiti televisyen ialah satu genre rancangan yang mempersembahkan situasi
dramatik atauhumoryang dikatakan tidak berskrip,merakamkan peristiwa sebenar,dan
menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional.

Akademi fantasia adalah sebuah rancangan realiti popular di Malaysia.Dah sampai musim ke 9 dah pun.Tapi persoalan saya masih relevankah AF ni?.Untuk mudah bicara tentang hal ni,ada beberapa point yang saya rumuskan dari persepsi peribadi :

Positif
  • Mencari bakat yang positif (hakikatnya dari 12 mmg dah nampak sapa juara)
  • Memeriahkan industri muzik tanah air (stacy,hafiz,akim,mawi...juara lain pn dah tenggelam)
  • Membuatkan peminat AF rasa berbaloi beli Astro
  • Pengacara Aznil yang menghiburkan (berbanding nyayian pelajar AF)
  • Wartawan dan media massa dapat mencari peluang untuk buat cerita mengisi slot mereka
Negatif
  • Hakikatnya AF menggunakan elemen simpati,rupa,latar belakang untuk meraih undi
  • Membuatkan anak muda terlalu obses dengan artis.
  • Menerapkan pada anak muda bahawa dengan menyertai rancangan realiti lebih menjamin masa depan
  • Hiburan berlebihan menyebabkan mental menjadi lembab kerana lebih banyak menonton dari membaca
  • Perbualan siapa tersingkir,handsome,cantik, dan sebagainya menjadi perbualan hangat daripada isu semasa.
  • Anak muda akan hanyut dalam budaya hedonisme
  • Pembaziran wang untuk mengundi pelajar yang memang tidak mendatangkan sedikit keuntungan pada diri
Hakikatnya AF atau rancangan realiti tv lain hanyalah sebuah PERTANDINGAN NYANYIAN atau sebagainya.Ianya bukan satu platform mudah untuk menjadi popular dan kaya.Walhal aspek lain seperti displin diri,ketabahan dalam industry dan bijak menjual produk diri lebih penting dengan hanya menayangkan diri di depan camera.Intipati sebenar dunia perniagaan hiburan diselindung dengan keseronokkan dan ketagihan hiburan semasa

p/s : Pernah meminati AF sebab menghiburkan.Tetapi kini lebih kepada tunjuk gedik, pergaulan didalam hostel yang melampau dan nampak sangat kepura-puraan.Tunjukkan kematangan sebenar seperti American idol sampai tak tahu siapa yang layak tersingkir dan juara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan