nak ke Mario Outlet ni senang je. Naik train dr myeongdong station pergi ke Seoul Station, tukar ke dark blue line (line 1) terus ke Gasan Digital Complex. dh sampai kat Gasan Digital Complex ni, carik exit 3 atau 4, kat luar dia mcm ni rupa. so lintas jalan mmg nmpk bangunan baru Mario Outlet 3. Mario Outlet ni ada 3 - semuanya besar2.
masa aku pergi Mario Outlet 3 baru dibukak, so GRAND OPEN ok. dia ada 14 tingkat of shopping! perghhh paling2 kat KL pun 10 kat times sq tu. tu pun kat atas2 xder apa benda dah. yang ni dari bawah sampai atas best weh!! sawan kejap.
sepangang perjalanan walkway ke Mario Outlet tu mmg sale merata2. jual tepi jalan je barang2 branded nih. tp majority is barangan perempuan la. barangan lelaki pun ada gak la.
diorang ni aku agak2 sale mid autumn kot. lagipun dh start jual pakaian utk winter yang tebal2 tu. so aku xnak beli sgt sbb nak simpan utk H&M. hiks.
stores yang menarik kat Mario Outlet ni ada Zara, Giordano, Coach - mahal! mcm bukan outlet pulak. yang lain2 ada Levis - yang ni sgt2 murah n berbaloi, tp saiz utk yang mcm kami ni, agak sukar. rare spesis katanya. ada CK outlet - beg dia lawa weh. leh dpt dlm rm300 mcm tu. cuma jenis beg yang aku minat tu kalau bawak balik dgn cuaca malaysia confirm akan merekah. so x jadi. last2 aku beli Quiksilver dia best, sbb sales assistant dia ckp english yang acceptable n very2 polite. senang nak beli. aku rembat satu baju dlm rm65. nak ambik lagi tp xda saiz. sighhh~~ diskriminasi.
as for watches, mahal sgt aku rasa. x berbaloi.
paling stok kat tingkat 13, ada toys r us outlet. murah giler wehhhh! so jadi budak2 kejap, rembat apa yg ptt.
Mario Outlet ni ada 3 bangunan yang besar sebenarnya. dan area2 tu ada gak outlet2 lain mcm Fashion Town, W Mall outlet. Yang baru bukak tu outlet 3. outlet 2 pulak nothing much, electronics tp agak pricey n home decor. outlet 1 banyak baju2, tp terlalu banyak sampai sesak n x bernafsu aku nak beli. anyway, jalan2 area situ je mmg mcm2 leh shopping.
kat dpn mario outlet 1 tu ada lagi satu outlet iaitu W Mall outlet. yang ni lagi lah giler. jual branded stuffs tepi jalan je. perghhhhh! baju paco rabbane, innerwear pompun triumph, banyak lagi lah. semuanya murah2.
ni kot2 yang diorang jual by the road side, harga dlm rm40-rm200 satu. kira nak rembat tapi xyah ckp la gajah seperti aku, mmg tiada tempat di dunia fesen korea. sesapa yang badan voluptous tu sila sawankan diri dan rembat banyak2.
dh puas kami mensoping, singgah makan makanan yang dibawak dlm beg - canned food. makan dgn nasik segera beli kat gs25. dok kat tepi jalan, ada mcm park sikit n makan. tgk ramai koreans lepak situ. sempoi je.
on d way balik tu singgah kat holly's coffee. yang ni starbucks versi korean ori la. harga sila jgn convert utk kepuasan. nak rasa2 waffle. order americano pastu 2 waffle - philadelphia cheese n stoberi.
anyway, waffle kat korea ni salunya tebal n size kecik. kita salu jumpa yg besar kan? tp rasa dia yummy! mmg sedap. cuma kat holly's ni agak pricey la. KRW2000 (dlm rm5) sekeping. again, kalau nak tenang sila jgn convert (self reminder) haha.
balik tu tgu train agak lama. xtau kenapa delay.
so dlm train penuh manusia. ambik pluang tgk gelagat manusia. generally org ckp korean ni stylish, fashionable. tp bagi aku sama je. tgk tu, pakai pakaian yang kaler x senada/sesuai. mereka ni suka pakai sport shoes sbb nak gerak ke point A ke point B,C mmg sgt senang kot. lagipun nak kejar train plus kena turun naik tangga kat train station dia. nak tgk yang fashionable tu cari la kat Gangnam. kat situ baru nmpk stail2 korean tu.
ptg tu pulak plan nak ke Namdaemun Market. so tukar kat seoul station terus ke Hoehyeon Station.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan