Khamis, 16 Februari 2012

cUti2 hOnG kOnG part 1 - perjalanan ke HKG

dah lama aku x update. mana tak nyer. pergi bercuti2 ke hong kong seperti yang dalam plan. sebelum pergi ke hong kong sibuk nak uruskan itu ini, so blog agak terbiar utk sekian masa.

prjalanan bermula dr kuching pada hari jumaat dgn transit kat KLIA selama 15 jam! so ambik masa utk rehat2 kat Concorde Inn KLIA. hotel functional dan selesa utk transit. bayar pun agak berpatutan tambah lagi dgn breakfast. so berbaloi lah.



next day check in kat KLIA. mula2 try check in kat kiosk, xleh pulak. so kena g counter. mak aiiii ramai nya manusia naik international masa aku nak check in. nak2 pulak baggage system mcm stuck je masa tu.

masa nak check in tu nervous nak mampus. boleh pulak system dia tukar nama. kat passport lain kat dlm system lain. nasib baik staff MAS tu efficient. Suresh nama dia, so mmg thankful kat dia sbb tukar nama ikut passport. kalau tak nanti kat HKG naya je. nak2 nama melayu ni kalau ikut system international jadi tunggang langgang.

so terus ke imigresen, aerotrain ke gate C36 yang kay ujung sekali. dah masuk gate baru lega ckit sbb dh lalu imigresen, security KLIA yang agak strict. naik MAS punya boeing 777-200ER mmg best! selesa dgn crew yg mmg standard international. tp masa nak depart kena tgu lama kat runaway sbb giliran berlepas tu panjang sgt pagi tu kot.


dlm flight aku mkn ayam masak honey blackpepper. mmg sedap weh! menu hidangan mmg banyak compared to masa aku pergi bali dgn flight MAS jugak last year. lagi satu menu nasi lemak sambal udang pun best gak. mcm nak mintak 2 2 jer. so dlm flight ada diberi aiskrim magnum yang sgt2 lumayan!





dalam flight aku beli aircraft model yang plastik tu. dia bagu diskaun 10% sbb valentine. tp aku beli guna enrich voucer haha. so kira dpt free lah.

perjalanan hampir 4 jam tak terasa sbb guna 777. dlm ada IFE. aku layan tgk cita Johnny English Reborn sampai tertidur. tau2 dah nak sampai ke HKG.

sampai kat HKG tgk airport dia mmg grand! teruja tgk suhu 15 C yg mmg nyaman. lalu imigresen - org beratur panjang tp efficient. sampai turn aku, siap tanya "which one is your family name, and which one is your name". selesai tu kuar terus beli octopus card utk tourist. kaunter dia selepas kt ambik beg dkt ngan exit to arrival level. berbali sgt beli HKD300 (with HKD50 refundable deposit) - 2 perjalanan ke da dari airport dgn unlimited travel kat MTR. paling best, dia ada diskaun masuk ke disneyland, peak tram, ngong ping.


panjang lak dah entry kali nih. so next time aku akan sambung perjalanan ke Hong Kong dan jugak 1st day punya program.

1 ulasan:

  1. Bes nya baca..saya gi HK tu ari pun naik MAS. Bes kan..layan movie seme. Cam nak g je lagi.. tp apa kes nak ke HK je kejanya. Hihikss..

    But HK mmg tpt berlibur2 terbaikk... :)

    BalasPadam