Ahad, 16 September 2012

Review The Pacific Sutera Kota Kinabalu







Wow,tersergam indah resort Pacific Sutera Kota Kinabalu ni.Kitorang berkesempatan menginap kat sini sebab Dr Zul ada kursus kat sini.So menyempat lah aku merasa kekayaan seketika kat hotel ni.Hotel ni terletak 10 min dari Airport.Dan untuk korang yang bercadang kat sini,diingatkan bahawa Resort ni terletak jauh amat dari Pasar Filipin.Nak berjalan kaki memang tak dapat punyo.mau2 sejam baru sampai.memang jauh.Okie,sekiranya anda sampai dari airport,untuk ke Pasific sutera cost naik taxi adalah rm30.Sekiranya anda nak pergi ke town,shuttle bas disediakan setiap jam.Tapi pukul 2pm bas takde.kene tunggu sampai kul 3pm baru ada.service terakhir dari town dalam jam 9.45pm.So rancang perjalanan anda.



Bila kitorang masuk dalam resort ni,perghhh...penuh bunga orkid segar2 plak tu.Geram je aku nak petik/picit2 bunga tu.Decoration dalam dipenuhi dengan orkid putih yang segar2.




Decoration dalam dia exclusive and ala2 modern nature cam tu.So kami terus menuju ke bilik tingkat 7.Nothing much to say,just masa korang menuju ke bilik,antara bilik ke bilik dia jenis ruang open roof.so kalau hujan,hati2 sebab jalan dia licin.



Yeay,dah sampai!!!...first thing bila masuk mesti la nak tengok view kan.kitorang dapat golf field view.ahhhhh...kitorang mengharapkan dapat sea view.but still...still a good view sebab nampak hijau2.tapi statik la.kalau dapat tengok laut lagi best.hiks!...so kat atas tu item yang diorang bagi dalam toilet.wajin POW ok bila stay 2 malam.Jangan lupa esok pagi kebas masuk dalam bag.ada value tu...leh jual.kekeke..



Ni view ke arah pintu.Space wide okie...cukup luas.Nampak tak kat dinding tu ada tingkap.so..watch out..jeng..jeng..jeng...kalau ada orang mandi leh sergah je.walaupun dah tutup tingkap tu,masih lagi dapat skodeng kat celah2 tingkap tu.Kalau yang ada bawak bini tu,hiks!..jangan nakal2 yer.



Toilet dia ada bath tab and shower room.Cukup luas.Aku suka cermin yang bulat tu.leh zoom jerawat untuk aku picit2.



Ni dari sudut ke tingkap.Sorry tingkap terpaksa tutup untuk ambik gambar bilik.And aku lupa plak nak ambik view luar.mungkin sbb tak excited sangat tgk view padang golf.



Ni adalah jambatan tamparuli yer...hiks!,takde lah..ni adalah sekitar kawasan luar resort.Jambatan ni adalah untuk menuju kearah pantai resort dan swimming pool.cukup cantik dan sesuai untuk korang lepak2..



Sedikit gambar hiasan dalam hotel.aku suka tgk pasu pokok tu.cantik dan unik...Ni dekat area tunggu lif



Dah stay sabah,melantak seafood pun banyak.Khidmat Gym jangan dibazirkan.Seriously..kalau dah pergi bercuti tu,luangkan masa skit untuk kardio.dapat bakar kalori skit dan bagi tenaga untuk berjalan.Jangan lupa kasut sukan sebab Gym pun ada peraturan.So ni lah facilities yang yang dalam gym.very basic...treadmill dia ada tv.tu yang aku suka.hehehe...



Ni adalah view tasik kat jambatan tadi.cantik kan?...



Ni adalah si Tanggang yang disumpah ibunya..hehehe..takde lah.ini adalah small bar kat beach resort.So arak je dia serve ok.Yang rasa masih islam tu takyah ngade2 nak order.duduk je kat kerusi tu.Haram tetap haram okie!..



Kebuuushhhh...swimming pool resort. Sangat selamat sebab tak dalam.Air dia cetek je.Dapat berjalan sampai ke tengah untuk dewasa.Untuk kanak2 boleh mandi kat tepi2 dengan pemantauan dewasa.Kat tengah pool tu ada bar.makanan murah kul 6pm sebab 50% discount!!.Kalau terlupa bawa goggle jangan risau..service sewa disediakan dengan caj rm10 untuk 3 jam.Mahal kot..so bawak lah dari rumah.Ada lagi service sewa lain tapi aku tak berapa ingat.T-shirt tak dibenarkan didalam kolam ni yer.so bawak lah pakaian mandi yang bersesuaian





Ni adalah gambar beach dalam resort.Cantik kan..time ni aku jejalan sorang pasal Dr Zul pergi kursus.bwaaahahahaha....rugi dia tak dapat tengok.Aku cuba nak layan sunset tapi macam tak nampak je matahari.Nak mandi pantai pun boleh...cuma hati2 dengan kawasan dalam.

Nota kecik untuk stay di Pacific Sutera Kota Kinabalu
  • untuk breakfast disediakan untuk 2 orang sahaja
  • untuk lunch,saya tak galakkan ambik sebab tak berapa sedap (bagi pendapat aku)
  • Untuk dinner suggest korang try kat town sebab lebih murah dan rancang perjalanan anda untuk naik shuttle bas.Apa guna datang sabah tak try seafood kan?
  • Bagi yang nak pergi berurut,dinner,atau jalan2..pergi awal sebab last bus shuttle kul 9.30pm.
  • Perkhidmatan rm3 shuttle bas termasuk dengan pergi balik.Untuk balik ke hotel tak perlu tunjuk tiket
  • Jika anda terlepas bas shuttle ke Resort...jangan nangis atau panic.teksi ada kat situ 24jam.caj sebelum kul 12 adalah rm12-15 dan jam 12am keatas rm20.Tak mahal mana kalau naik 3-4 orang.

Pasar Filipina Kota Kinabalu

ok, ni 1st time aku sampai KK nih. sekian lama mmg blm pernah jejak kali lagi. mula2 sampai tu hotel mmg area town KK. so senang nak g mana2. mula2 nak cari masjid utk solat. tanya2 rupaya masjid tu ada je kat town tu, tepi laut. Masjid sinsuran namanya. so senang, xyah ngelat.

tapi, since ini first time aku kat KK, mmg terkejut badak la aku. sbb area pasar pilipin tu bagi 1st timer mcm aku agak mengerikan. with the sights, the sounds and the smell. seriously, sbb aku xpernah tgk that many pilipinos. in Malaysia!

anyway, nasib baik ada akak baik hati bg instruction kat kami ni. agak blurr jugak mula2. aku agak berjaga2 sbb aku terbawak kamera gedabak aku tu. ada gak mata memerhati. tp alhamdulilah, nothing bad happened.

lepas solat terus ke pasar tu. banyak benda jual esp yang mutiara2 tu. tp x sure ori ke tak. peniaga nyer ckp ori tp aku skeptikal ckit la. kalau ori kenapa arge murah giler ya tak?

ok lets explain bergambar



ni area tepi laut. ke atas dia ckit tu area pub2. since aku x minat pub so aku x g area atas2 tu.
kalau time ptg2 senja matahari berlabuh tu best lepak n ambik gmbr cni kot. cuma masa kami pergi tu, HUJAN waktu petang. so xper, dpt ambik gmbr dh syukur. **nyanyi lagu semuanya ada di KK lalalala"


kat ujung dia pulak ada patung2 dolphin dan jugak pelantar tepi laut. banyak bot2 berlabuh tepi tu. syok tgk ombak. tp again, hati2 - sbb ramai yg suspicious looking n jugak tepi laut. kang x pasal2 harta benda jatuh bawah. tu gmbr akak2 dr mana ntah teruja memanipulasi dolphin.


yang ni pulak sesuatu yg aku sgt konfius kat pasar pilipin nih. kenapa ramai sgt tukang jahit kat luar tu ek. dan semuanya lelaki. xda pompuan pun. dan selamber badak je ada org tido kat tepi2 jalan. org waras ke tak aku pun x pasti. dan sgt2 konfius, ramai nyer org suar koyak haha.



aku n mat yajik cam whoring hahaha. gmbr edit semata2   

kat atas tu barangan standard yang dijual kat pasar pilipin tu la. tp make sure anda pandai tawar menawar dan berwajah tampan mcm kami . sesapa yg x reti menawar tu, ehek2. merasa lah kau kena pow! so bg yang level 10 skill mcm mat yajik tu, aku sampai x terdaya dh tgk dia pow makcik tu haha. aku pulak level 6.5 je. kbye

Libur Kota Kinabali Part 2 Edisi Seafood

Okie..skang nak citer pasal makan.yummy.So,kebiasaannya orang cakap makan seafood kat Sabah murah.Tetapi hakikatnya....MAHAL.takde beza korang makan kat mana2.Just dia fresh..



Style kalau nak makan seafood kat Kota Kinabalu ni ada 2.1 just makan seafood bakar dengan air asam.Atau pilih seafood yang korang nak and pilih masakan jenis camner yang korang nak.Untuk yang makan dengan air asam,dia dah tetapkan berapa harga sekor ikan.Kalau yang kecik dalam rm20 (tak tau lah pulak kalau dapat mintak kurang).Sotong bakar dalam rm12.Kalau makan yang masak2 dia akan charge ikan berat seafood tu.100gram dalam berapa ringgit.



Ni adalah antara menu yang kitorang makan.Untuk malam pertama kitorang makan udang masak tepung sekor,kerang rebus,dengan pari masak sambal.Kesemuanya campur dengan 3 tin air dalam rm50.Keberbaloian,bolehlah.....Kedapan,sedikit hambar



Kalau korang makan kat kedai yang order2 macam ni,jangan harapkan dapat makanan tu cepat.sebab kebiasaan kedai macam ni ada sorang je tukang masak.just imagine kalau 1 family tu order 8 jenis lauk.so dekat sejam la korang tunggu lauk korang sampai

a

Kalau korang nak tau,penjual kedai makan seafood ni...mostly orang filipin.So diorang ni senang citer memang kuat menipu.So jadi lah lebih bijak dari diorang dan jangan bagi muka.Kalau rasa tak puas hati dengan harga,blah je.hehehe..



Haaaa..ni plak menu untuk malam ke dua.Sotong sambal,butter prawn dengan kerapu masak 3 rasa.Meriah uols...!!!.tapi...menunggu bagai nak rak.dekat 40min jugak kot.nasib baik aku dah beli siap2 kepak ayam 10 ketoi.Makan masa nak tunggu menu tu siap

a

Okie..kisah kat kedai ni,masa timbang cakap harga A,bila bayar aku tengok kat kertas dia,dia dah mark up harga.Cilakak betul..nasib time tu bukan aku bayar.kalau tak memang aku dah sound dah.sebab aku ingat sebijik2 berapa dia charge

a

Nak kasi pendek cerita,kalau korang nak makan seafood ni go ahead.takde masalah.cuma kene pandai2 bawak diri.And INGAT,peniaga kat bandar most of them bukan orang Sabah.Diorang orang filipin (pilop).So diorang ni jenis agresif and selamba.

Tips untuk makan seafood di Kota Kinabalu  :
  • tengok logic saiz ikan dan berat bila timbang.Lain peniaga lain jenis penimbang,ni guildence untuk harga.Anggaran ikan kecik 100gram rm3 ada dalam below rm20 dan harga sotong seekor korang leh dapat rm12.kalau lebih dari tu jangan ambik
  • Jangan makan udang yang besari macam lobster tu.Sebab langsung tak berbaloi.Sebaliknya ambik udang kecik yang korang selalu beli kat pasar.
  • Kalau korang rasa tak puas hati dengan harga kedai tu,terus blah,jangan tunggu lama2.
  • Pilih kedai yang langsung takde orang.Tak bermaksud kedai tu takde orang langsung tak sedap.Sedap kalau kedai ramai orang,alamatnya berjam2 lah korang tunggu.ingat..cooker 1 kedai ada sorang je
  • Masa korang tawar harga dengan peniaga,buat2 catat berapa harga yang dia bagi.Harga yang dah timbang tu memang dah campur masak.So,kalau korang nak bayar,check kat kertas berapa harga dia tulis.Sebab kadan2 diorang mark up harga tiba2.time tu lah korang leh argue.Jangan kasi can!

Libur Kota Kinabali part 1

Woooohoooo...Finally sempat jugak aku curi2 ambik cuti haram ke Kota Kinabalu.*singing.So tak nak panjang cerita,aku akan bagi cerita pendek,tips dan pengalaman kat sana secara sempoi.Jom Libur!


Perjalanan dari Kuching ke Kota Kinabalu mengambil masa 1jam 30minit dengan flight yang transit nak ke Hong Kong(selalu berangan nak nyorok kat head compartment supaya terlepas nak ke Hong Kong,kekekee..).So that time naik 737-800 so ada tv kat depan.tapi cait..itu head of cabin crew kasi tutup itu entertainment.Utk brunch menu aku ambuk mee goreng and chicken.Biasa2 je lah..what to expect dengan flight food.its eatable
Pemandangan dari atas flight bila nak sampai ke Kota Kinabalu sangat wowww!.and kalau korang perhati betul2,korang akan nampak Labuan dan kampung Tanjung Aru(kampung yang terkenal dengan orang filipin yang kotor dengan sampah kat laut).Anyway,..ignore pada kampung tu tapi focus pada pemandangan laut dan pantai yang sungguh mempesona.
Sampai je di Airport,kitorang tak buang masa terus cari taxi.FYI,taxi dari airport ke bandar adalah RM30 dan 50% extra kalau lebih kul 12am.Senang pakai yang bagi resit.Tak risau kene ketuk.Untuk malam pertama,kitorang stay kat Imperial Hotel.RM170 semalam.Berhenti kat Plaza Warisan,then naik tingkat 7.Kat situ ada lobby dia.


  Lobby dia very simple.Facilities kat sini takde swimming pool dan breakfast is not provided.plus points utk hotel ni adalah :
  • Kalau korang dapat sea view,memang sangat excellent
  • Hotel sangat dekat untuk ke pasar filipin
  • Kedudukan Hotel sangat dekat dengan bandar
  • Lokasi yang selamat

Okie,dah masuk waktu tengah hari.Masa untuk mencari makanan untuk diisi.Dalam bangunan yang sama,kitorang mencari kedai makan.So nampak lah satu kedai ni nama dia Seri Melati.From the deco memang nampak nice
Jenis makanan takde apa yang istimewa.Just masakan melayu biasa.Ada skit ulam2,tapi no seafood macam yang order2 atau bakar2.nak tunggu smue tu tungggguuuuuu malam nanti. Decoration dia mantap kan.Service?...hmmmm..okie2 lah.tak macam hotel.attire,macam orang keje gerai.just dari ke tempat duduk ke pinggan garfu sudu macam mahal jerk

So,nak pendek citer aku rasa kedai ni cekik darah sikit sebab tak kene dengan makanan dia.Charge sampai rm25 untuk menu yang aku makan (mee hon,ayam goreng,tempe/nasi dan 3 lauk/2 air tin).Verdict,average..not worth to eat kalau korang expect nak alas perut tapi alih2 makan macam leh kasi perut penuh.better go fast food.sebab tengah hari seafood belum bukak Tips persediaan ke Kota Kinabalu Sabah
  • Teksi dari airport rm30.Jangan pakai teksi ulat sebab takut dapat orang filipin.AMARAN,diorang sangat aggresif
  • Bawak bag yang boleh lipat supaya korang tak payah bawak extra bag untuk simpan cenderahati dan makanan.Barang murah beb
  • tempah hotel yang tak perlu bayar cash in advance.Imperial hotel is recommended
  • Pilih bulan yang bukan time monsun hujan sebab tak syok sangat berjalan
  • Bawak payung kecik sebagai plan tambahan in case musim hujan.Sebab kalau tak wasting time korang stuck kat mana2 sampai hujan berhenti
  • Jangan stay kat area 1Borneo sebab jauh dari bandar!!!.dan percaya kata kitorang,1Borneo tu membosankan

Ahad, 9 September 2012

Hong Kong on Disember destinasi selepas Korea Seoul




Owh yeah...selepas zul terkinja2 nak pergi seoul akhirnya tertunai jugak.Sampai sawan hari2 memikirkan pasal harga tiket.Alhamdulillah selepas MATTA fair,harga turun mendadak sampai 1k.So kitorang dapat tiket dalam RM2900.Ocem kan!!...so pasal accommodation pun dah diuruskan just tunggu time nak pergi je.Just 2 je halangan lagi.1 pasal cuti aku approve ke tak(tak approve aku dulik apa) dan pasal dari KCH ke KL.well..tu yang susahnya kerja di Kuching sebab ada extra $$$ yang perlu dispend-kan jika nak bercuti keluar negara.DULIK!!!..selagi ada kemahuan disitu ada jalan Berbalik pada tajuk,pasal hong kong aku saja je intai2.so just nak show beza Air Asia dan MAS.tengok sendri beza harga tiket.and you know air asia belum tambah tu ni lagi kan.So,camne dia leh claim dia much more cheaper then other airlines?.maybe kalau beli setahun awal.pfffftttt..kalau aku kerja goverment leh la wat macam tu.