Wow,tersergam indah resort Pacific Sutera Kota Kinabalu ni.Kitorang berkesempatan menginap kat sini sebab Dr Zul ada kursus kat sini.So menyempat lah aku merasa kekayaan seketika kat hotel ni.Hotel ni terletak 10 min dari Airport.Dan untuk korang yang bercadang kat sini,diingatkan bahawa Resort ni terletak jauh amat dari Pasar Filipin.Nak berjalan kaki memang tak dapat punyo.mau2 sejam baru sampai.memang jauh.Okie,sekiranya anda sampai dari airport,untuk ke Pasific sutera cost naik taxi adalah rm30.Sekiranya anda nak pergi ke town,shuttle bas disediakan setiap jam.Tapi pukul 2pm bas takde.kene tunggu sampai kul 3pm baru ada.service terakhir dari town dalam jam 9.45pm.So rancang perjalanan anda.
Bila kitorang masuk dalam resort ni,perghhh...penuh bunga orkid segar2 plak tu.Geram je aku nak petik/picit2 bunga tu.Decoration dalam dipenuhi dengan orkid putih yang segar2.
Decoration dalam dia exclusive and ala2 modern nature cam tu.So kami terus menuju ke bilik tingkat 7.Nothing much to say,just masa korang menuju ke bilik,antara bilik ke bilik dia jenis ruang open roof.so kalau hujan,hati2 sebab jalan dia licin.
Yeay,dah sampai!!!...first thing bila masuk mesti la nak tengok view kan.kitorang dapat golf field view.ahhhhh...kitorang mengharapkan dapat sea view.but still...still a good view sebab nampak hijau2.tapi statik la.kalau dapat tengok laut lagi best.hiks!...so kat atas tu item yang diorang bagi dalam toilet.wajin POW ok bila stay 2 malam.Jangan lupa esok pagi kebas masuk dalam bag.ada value tu...leh jual.kekeke..
Ni view ke arah pintu.Space wide okie...cukup luas.Nampak tak kat dinding tu ada tingkap.so..watch out..jeng..jeng..jeng...kalau ada orang mandi leh sergah je.walaupun dah tutup tingkap tu,masih lagi dapat skodeng kat celah2 tingkap tu.Kalau yang ada bawak bini tu,hiks!..jangan nakal2 yer.
Toilet dia ada bath tab and shower room.Cukup luas.Aku suka cermin yang bulat tu.leh zoom jerawat untuk aku picit2.
Ni dari sudut ke tingkap.Sorry tingkap terpaksa tutup untuk ambik gambar bilik.And aku lupa plak nak ambik view luar.mungkin sbb tak excited sangat tgk view padang golf.
Ni adalah jambatan tamparuli yer...hiks!,takde lah..ni adalah sekitar kawasan luar resort.Jambatan ni adalah untuk menuju kearah pantai resort dan swimming pool.cukup cantik dan sesuai untuk korang lepak2..
Sedikit gambar hiasan dalam hotel.aku suka tgk pasu pokok tu.cantik dan unik...Ni dekat area tunggu lif
Dah stay sabah,melantak seafood pun banyak.Khidmat Gym jangan dibazirkan.Seriously..kalau dah pergi bercuti tu,luangkan masa skit untuk kardio.dapat bakar kalori skit dan bagi tenaga untuk berjalan.Jangan lupa kasut sukan sebab Gym pun ada peraturan.So ni lah facilities yang yang dalam gym.very basic...treadmill dia ada tv.tu yang aku suka.hehehe...
Ni adalah view tasik kat jambatan tadi.cantik kan?...
Ni adalah si Tanggang yang disumpah ibunya..hehehe..takde lah.ini adalah small bar kat beach resort.So arak je dia serve ok.Yang rasa masih islam tu takyah ngade2 nak order.duduk je kat kerusi tu.Haram tetap haram okie!..
Kebuuushhhh...swimming pool resort. Sangat selamat sebab tak dalam.Air dia cetek je.Dapat berjalan sampai ke tengah untuk dewasa.Untuk kanak2 boleh mandi kat tepi2 dengan pemantauan dewasa.Kat tengah pool tu ada bar.makanan murah kul 6pm sebab 50% discount!!.Kalau terlupa bawa goggle jangan risau..service sewa disediakan dengan caj rm10 untuk 3 jam.Mahal kot..so bawak lah dari rumah.Ada lagi service sewa lain tapi aku tak berapa ingat.T-shirt tak dibenarkan didalam kolam ni yer.so bawak lah pakaian mandi yang bersesuaian
Ni adalah gambar beach dalam resort.Cantik kan..time ni aku jejalan sorang pasal Dr Zul pergi kursus.bwaaahahahaha....rugi dia tak dapat tengok.Aku cuba nak layan sunset tapi macam tak nampak je matahari.Nak mandi pantai pun boleh...cuma hati2 dengan kawasan dalam.
Nota kecik untuk stay di Pacific Sutera Kota Kinabalu
- untuk breakfast disediakan untuk 2 orang sahaja
- untuk lunch,saya tak galakkan ambik sebab tak berapa sedap (bagi pendapat aku)
- Untuk dinner suggest korang try kat town sebab lebih murah dan rancang perjalanan anda untuk naik shuttle bas.Apa guna datang sabah tak try seafood kan?
- Bagi yang nak pergi berurut,dinner,atau jalan2..pergi awal sebab last bus shuttle kul 9.30pm.
- Perkhidmatan rm3 shuttle bas termasuk dengan pergi balik.Untuk balik ke hotel tak perlu tunjuk tiket
- Jika anda terlepas bas shuttle ke Resort...jangan nangis atau panic.teksi ada kat situ 24jam.caj sebelum kul 12 adalah rm12-15 dan jam 12am keatas rm20.Tak mahal mana kalau naik 3-4 orang.
kibalu ke kinabalu
BalasPadam:)
kinabalu. tp disebabkan oleh teruja sgt dia jadi kibalu. haha
BalasPadamYang tingkap kat bilik air tu best... :)
BalasPadamCikgusir - hahah style mcm hilton KL jugak. tp yang ni a bit old n far from the tv. anyway nice concept kan. (agak kinky hahaha)
BalasPadam