Ahad, 28 Oktober 2012

Seoul: Day 2

ok sambung entry pasal Seoul. dah masuk day 2. mula2 pikir nak ke Nami Island on day 2. tp as usual, plan tak jadi sbb menggajahkan diri dgn konfiden. so bangun pun dh dekat kol 10. so pikir2 x berbaloi sgt utk ke Nami Island sbb perjalanan jauh. so hari ke 2 ni decide nak shopping kat Mario Outlet. Actually banyak outlet store kat Seoul ni, tp yang paling dekat dan tak complicated nak pergi is Mario Digital Outlet. ada premium outlet kat Yeoju n Paju - mcm kat JPO tp aku xnak pergi sbb terlalu jauh and have to naik charted bus.

nak ke Mario Outlet ni senang je. Naik train dr myeongdong station pergi ke Seoul Station, tukar ke dark blue line (line 1) terus ke Gasan Digital Complex. dh sampai kat Gasan Digital Complex ni, carik exit 3 atau 4, kat luar dia mcm ni rupa. so lintas jalan mmg nmpk bangunan baru Mario Outlet 3. Mario Outlet ni ada 3 - semuanya besar2.


masa aku pergi Mario Outlet 3 baru dibukak, so GRAND OPEN ok. dia ada 14 tingkat of shopping! perghhh paling2 kat KL pun 10 kat times sq tu. tu pun kat atas2 xder apa benda dah. yang ni dari bawah sampai atas best weh!! sawan kejap.


sepangang perjalanan walkway ke Mario Outlet tu mmg sale merata2. jual tepi jalan je barang2 branded nih. tp majority is barangan perempuan la. barangan lelaki pun ada gak la.


diorang ni aku agak2 sale mid autumn kot. lagipun dh start jual pakaian utk winter yang tebal2 tu. so aku xnak beli sgt sbb nak simpan utk H&M. hiks.

stores yang menarik kat Mario Outlet ni ada Zara, Giordano, Coach - mahal! mcm bukan outlet pulak. yang lain2 ada Levis - yang ni sgt2 murah n berbaloi, tp saiz utk yang mcm kami ni, agak sukar. rare spesis katanya. ada CK outlet - beg dia lawa weh. leh dpt dlm rm300 mcm tu. cuma jenis beg yang aku minat tu kalau bawak balik dgn cuaca malaysia confirm akan merekah. so x jadi. last2 aku beli Quiksilver dia best, sbb sales assistant dia ckp english yang acceptable n very2 polite. senang nak beli. aku rembat satu baju dlm rm65. nak ambik lagi tp xda saiz. sighhh~~ diskriminasi.

as for watches, mahal sgt aku rasa. x berbaloi.

paling stok kat tingkat 13, ada toys r us outlet. murah giler wehhhh! so jadi budak2 kejap, rembat apa yg ptt.


Mario Outlet ni ada 3 bangunan yang besar sebenarnya. dan area2 tu ada gak outlet2 lain mcm Fashion Town, W Mall outlet. Yang baru bukak tu outlet 3. outlet 2 pulak nothing much, electronics tp agak pricey n home decor. outlet 1 banyak baju2, tp terlalu banyak sampai sesak n x bernafsu aku nak beli. anyway, jalan2 area situ je mmg mcm2 leh shopping.

kat dpn mario outlet 1 tu ada lagi satu outlet iaitu W Mall outlet. yang ni lagi lah giler. jual branded stuffs tepi jalan je. perghhhhh! baju paco rabbane, innerwear pompun triumph, banyak lagi lah. semuanya murah2.



ni kot2 yang diorang jual by the road side, harga dlm rm40-rm200 satu. kira nak rembat tapi xyah ckp la gajah seperti aku, mmg tiada tempat di dunia fesen korea. sesapa yang badan voluptous tu sila sawankan diri dan rembat banyak2.




dh puas kami mensoping, singgah makan makanan yang dibawak dlm beg - canned food. makan dgn nasik segera beli kat gs25. dok kat tepi jalan, ada mcm park sikit n makan. tgk ramai koreans lepak situ. sempoi je.

on d way balik tu singgah kat holly's coffee. yang ni starbucks versi korean ori la. harga sila jgn convert utk kepuasan. nak rasa2 waffle. order americano pastu 2 waffle - philadelphia cheese n stoberi.


anyway, waffle kat korea ni salunya tebal n size kecik. kita salu jumpa yg besar kan? tp rasa dia yummy! mmg sedap. cuma kat holly's ni agak pricey la. KRW2000 (dlm rm5) sekeping. again, kalau nak tenang sila jgn convert (self reminder) haha.


balik tu tgu train agak lama. xtau kenapa delay.


so dlm train penuh manusia. ambik pluang tgk gelagat manusia. generally org ckp korean ni stylish, fashionable. tp bagi aku sama je. tgk tu, pakai pakaian yang kaler x senada/sesuai. mereka ni suka pakai sport shoes sbb nak gerak ke point A ke point B,C mmg sgt senang kot. lagipun nak kejar train plus kena turun naik tangga kat train station dia. nak tgk yang fashionable tu cari la kat Gangnam. kat situ baru nmpk stail2 korean tu.

ptg tu pulak plan nak ke Namdaemun Market. so tukar kat seoul station terus ke Hoehyeon Station.


Sabtu, 27 Oktober 2012

The Junk western cuisine in Kuching

Cuti Raya Haji tak kemana.So this month turn Zul belanja kitorang makan..ngeh2.so pilihan dia kat The Junk.Kedai ni mostly hidang makanan western.Dari ke Lamb,pizza,pasta,chicken chop,fish and chips dan len2.Lokasi kedai ni betul2 kat tengah bandar.Kedai dia agak tersembunyi.So kalau nak cam kedai tu,cari kedai after 2 berdekatan dekat Star Cineplex (bangunan kaler2 macam kek lapis). bangunan ni berdepan dgn SMK St Mary.

contact : 082 259 450/ 019 857 1870/ 016 889 2044\
Waktu operasi : Rabu - Khamis 6.30pm sehingga tengah malam
Jenis Hidangan  : Makanan barat dan Bar


                                              Chicken pizza (RM45)


                                                     Lamb Rack (RM45)


                                   Fetucini Carbonara (RM22.00)


                                                         Salmon Steak (RM35)



Decoration kat dalam dia very santai dengan perhiasan perabut dan barangan lama.Sorry aku tak dapat show gambar sbb masa pergi tu malam.so gambar smue gelap.Kat atas tu adalah botol untuk diorang kasi minum air kosong.Unik...tapi.....apsal macam botol air todi je.kbai!



yang ni decoration kerusi dentist,Dah kerusi aku facing menatang ni..so menghayati je lah kerusi tu.Seram gak adalah.Sebab terbayang citer2 macam Final Destination ngan the Dentist...hahahaha!.Verdict,berbaloi makan dengan apa yang aku bayar.Makanan sedap dan berkualiti.Skali skala datang time gaji apa salahnya kan

Isnin, 22 Oktober 2012

Seoul - Day 1, Part 2

setelah berjaya menggajahkan diri selama beberapa jam (6 jam kot) - terbangun kol 6 ptg. mana tak nyer, cuaca mmg sgt ideal utk menjadi 2 ekor gajah. ye ye o je nak g namsan tower masa tu. sbb dh gelap. kalau pergi masa dkt2 nak sunset xper jugak. so kira tukar plan la. pergi gwanghwamun square je. actually nak ke gwanghwamun square ni dr geongbukyung palace tu senang je cuma siang td x tahan ngantuk kena balik dulu.

so nak ke gwanghwamun square ni senang je dr myeongdong. naik train ke Chungmuro (line 3) tukar ke line purple kat station Jongno sam (3) - ga, terus ke gwanghwamun station. ikut signboard ke gwanghwamun square (tak ingat exit brp).

apa ada kat gwanghwamun square? king sejong tunggu situ. dia bacakan buku utk korang bila dh sampai situ. tgk tak dia pegang buku sambil explain tu? siapa dia King Sejong ni?

"Sejong the Great (May 15, 1397 – April 8, 1450, r. 1418–1450) was the fourth king of the Joseon Dynasty of Korea. During his reign, he reinforced Korean Confucian policies and executed major legal amendments (공법貢法). He also oversaw the creation of Hangul and used the advancement of technology to expand Korean territory. He was the third son of King Taejong and Queen Consort Wonkyeong." - sumber wikipedia.



kat kita big square mcm kat dataran merdeka la - minus the mat rempit, plus the huge n fast traffic. yang seronok nyer, sejuk malam2 syok ambik gmbr. kat area bawah square ni ada mall. tp tak singgah situ sbb nak ke Cheongyecheon Stream.

selain King Sejong, ada jugak statue admiral diorang kat cni. Ni Admiral Yi Sun Shin. dia ni terlibat dlm battle korea dulu2 kot. tgk gaya dia pose tu. kat bawah tu ada some kind of ship replica.


dari gwanghwamun square, terus menapak ke Cheongyecheon stream. jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. kat entrance Cheongyecheon stream tu ada lambang siput sedut. situ la dia.

apakah Cheongyecheon stream?

Cheonggyecheon (Hangul: 청계천) is an 8.4 km (5.2 miles) long, modern public recreation space in downtown SeoulSouth Korea. The massive urban renewal project is on the site of a stream that flowed before the rapid post-war economic development required it to be covered by transportation infrastructure. The $900 million project initially attracted much public criticism but, after opening in 2005, has become popular among city residents and tourists. - source wikipedia.



gambar atas tu biggest fail. aku nak ambik korean flag, yang kuar lanky ladies punya kaki. flag tu siap lipat2 lagi xnak tunjuk diri. another landmark ni kalau nak pergi time dekat2 ngan aku ni cr lah kaki lanky ladies ni ek.


kat entrance Cheongyecheon Stream ni ada waterfall yang sangat lah cantik. sejuk je tgk. dgn lampu2 dia. so leh duduk tangkap gmbr. as usual, mcm everything else in korea - related to love love love. kuat bercinta diorang nih.

cheongyecheon ni sangat panjang. berdenyut kaki. start dia kat gwanghwamun, ending kat dongdaemun. so x larat la nak jalan sepanjang stream tu, stop in the middle cari google jumpa nearest station - Euljiro sam (3) - ga. tp kena menapak lah. syok gak menapak tempat sunyi tp rasa totally safe. unlike kat Malaysia, some areas kita rasa tak safe. (some negara lain pun sama ok - aku bukan nak kutuk Malaysia, just to compare).

so balik tu singgah myeongdong. cadang2 nak cr Myeongdong Eomonijib - recommended by KTO as muslim friendly restaurant. dia ada spicy baby octopus stew - yang ada mee kat dalam dia. agak pricey dlm website aku tgk. harga KRW 25,000 - 50,000. MAHAL TU! actually aku n yaziz dh jumpa tpt ni. tp kat dpn tu ada akuarium yang tunjuk wierd looking creature. mcm belut, mcm ular, mcm konek pn ada. so ngeri lah! tak jadi. KENSEL.

sesapa yang tak kisah leh cuba cr. dr exit 6 myeongdong station, walk straight towards Myeongdong Theathre, tp jgn sampai ke theathre. tgk pizza hut kat sebelah kiri (atas tingkat 2) - belah kanan dia ada small alley. diulangi small alley.

banyak restoran kat situ, dpn dia menu display. so nak try leh, tp mahal!


dgn jiwa yang agak hampa n ngeri akibat weird looking creature tu, kami pergi la cari Lotteria. kat Lotteria ada shrimp burger. so ambik set dia. KRW 4900 satu set siap fries n air gas. selain tu leh try crab or shrimp nugget, waffle. yang tu aku leh konfiden halal. lain2 serah pada yang lebih mengetahui. yelah negara org kan, bukan senang nak cr yang halalan toyibban mcm kat Malaysia.


dh refuel, kenyang - ronda2 area myeongdong. adeh kedai komestik banyak giler! tiap 100m ada. baju2 pn agak cheap kat cni, esp branded ones. ada SPAO, H&M (yeayyyy!), basic house etc.




ok samsung bukan jual electrical n electronics je kay. baju pn ada samsung! i wonder apple akan buat tak apple fashion. larikkk!


Sabtu, 20 Oktober 2012

Seoul - Day 1, Part 1

tamatlah sudah percutian aku dgn yaziz ke seoul, south korea. frankly speaking tak puas lagi pergi 6 hari 4 malam. seriously mmg tak cukup. journey start dr Kuching Intl Airport lepas aku n yaziz balik keja. MH2529 on time, sampai KL jam 7.20pm. check in siap2 dr Kuching ke Seoul so xyah nak banyak masalah masa kat KLIA. mcm hari tu g Hong Kong agak biru muka aku n yaziz. pasal masalah check in lambat n luggage system stuck masa tu. transit ambik masa roughly 4 jam, so banyak benda aku leh wat kat Terminal C tu. camwhore la apa lagi. eh tak, aku rest, makan, massage (hampeh jahanam kerusi gintell tu - banyak yg rosak kat KLIA!).

so around 11 pm dh final call utk boarding, apa lagi terkinja2 la aku masuk flight. this time naik airbus 330-300 MAS yang baru. aku x pernah naik lg. so excited la kan. aku expect yang lama punya tu.yang ni siap ada entertainment system mcm 777-200 jugak.


masuk dlm tgk stewedes korean tu pakai kebaya, gerek seh! hahaha. nak2 lagi area aku diorang ni yg serve. hehe suka gak nak mintak itu ini. flight 6 jam x terasa sbb aku tgk citer horee horee. cuba nak tdo tp xleh. teruja kot. jeles aku tgk manusia2 lain kat dlm flight tu lena je tdo. cissss! sampai seoul awal dr sepatutnya. (yeayyy!). nak2 sampai aku ngantuk.


seoul incheon airport ni as usual, mmg efficient. 3 intl flight dtg serentak, vietnam, malaysia, indonesia. tp berbaris x lama dlm 15 minutes je. imigresen x strict, cuma ambik biometrik je. bergambar muka x mandi. so dh amik luggage semua, terus je cr exit 5B atau 12A. tgu bas 6015 utk ke myeongdong. senang je, xyah risau apa2 pun. tiket leh beli just before the exit atau kat driver bas. harga KRW 10,000 (RM28) sorang. ni terang2 number bas, pastu location dia akan stop. dun worry, recorded announcement ada dlm bas. kami x naik AREX utk ke city sbb dgr citer subway station xda lift. haha. x sanggup la jadi hamba beg2 nih.


perjalanan ambik masa dlm sejam 30 min. sbb jam pagi2 nih. dlm masa tu aku amik pluang utk TIDO. tp bila dh start nak announce bus station aku alert la. anyway, bus driver mcm recognize ko nak pg mana, so kalau dia agak2 ko x turun dia sendiri akan shout dlm bahasa english.

sampai sejong hotel, menapak cr Myeongdong Stn exit 4 utk landmark ke Namsan Guest house. senang je. lintas jalan n follow the map. x sesat. tp HATI HATI lintas jalan. sebab nya -

1. driving system x sama mcm malaysia - diorang drive belah kiri. so toleh belah kiri utk melintas! (dan kanan jugak la) haha.

2. diorang ni drive serupa pelesit. perghhh ingat Malaysia je jadi nate beruk kat jalan, korean pun sama. motorcylist xyah citer la. 2x5 je ngan negara kita.

sampai Namsan, nak check in mula2 xleh. dia kata tgu kol 2. alih2 bila kami kemas2 barang dia suruh je check in. syukur! sementara tu yaziz g beli coffee utk segarkan mata. bukak cup perghhh rajin nyer buat love love. haha utk membuka mata n memanaskan badan. sejuk tau 11 C.

jgn lupa beli T money card KRW 2500 sorang. pastu reload lah brp korang nak. aku reload KRW20,000 je dulu. ala nnt nak beli kat GS25 ada diskaun 10%. selain dpt diskaun tiket subway.


lepas mendaki bukit ke namsan 1 tu, refresh jap - mandi la! perghh sejukkkkk. dh segar terus ke Gyeongbukgung Palace. nak ke situ dr Myeongdong Stn kena tukar kat Chungmuro ke line 3 (orange line). ada stn nama Gyeongbukgung Stn, ambik exit 5. kuar dr exit 5 tu terus jumpa National Museum of Korea. jalan dpn ckit mmg dh jumpa palace tu. ngam2 aku sampai, diorang tgh buat guard changing ceremony. perghhh gempak gak ah. pastu amik tiket KRW3000 sorang (RM 8.20).


mmg cantik, matahari terik, clear blue skies, tp sejuk.


ni tpt maharaja tu lepak. sure bosan xda internet masa tu kan. kalau zaman skrg sure ada imac kat situ.


yang tepi tasik ni belakang halaman ni. mmg sangat la damai aku tgk. nak dok situ leh x


belakang palace tu ada gunung. gunung apa aku x pasti. tp autumn colours dh nak start dah masa nih. tp blm full lagi.



puas jejalan dlm tu, bapak besar weh. kalau kat Malaysia ada kot org x puas hati istana besar2 kot. hahaha. ok balik ke guest house. singgah beli nasik segera nih. utk isi perut. dgn makanan dlm tin yg kami bawak dr Malaysia.

lepas tu, tido dulu. recharge. ptg plan nak ke Namsan Tower n Cheongyecheon stream.


ok. sambung part 2 utk day 1 nnt.

Ahad, 14 Oktober 2012

Annyeonghasaeyo- from Seoul!

hello guys, skrg aku tgh berjimba kat seoul. syok ah! haha ni nak ke nami island. back to malaysia aku update ok.

till then, saranghae!

Selasa, 9 Oktober 2012

S.E.O.U.L

beberapa hari lagi aku akan berlepas ke SEOUL dgn yaziz. so excited giler weh! lama dh aku plan nak ke seoul nih. cuma skrg baru menjadi nyata. banyak benda aku kena consider sebelum pergi ke seoul nih.

 

ikut plan asal (yg aku buat selepas balik dr hong kong tu), pikir nak ke sydney, australia. tp banyak pulak halangan nak ke sydney tuh. no 1 is masalah tukaran wang la. kalau nak ke sydney nmpknya aku kena tgu lama ckit utk kumpul duit ngan yaziz tu. parak gak la kalau pergi sydney rushing. rugi lak in the end kan? nak2 lagi masa bulan Oct tu Sydney tgh musim spring, agak panas la kot (agak2 jer la). aku nak thrill tpt sejuk, tp xnak sejuk sgt. so discuss punya discuss, tgk tempat yg menarik masa Autumn (Oct) kena belah hemisfera utara.

so as usual aku akan survery harga tiket dulu. compare2 MAS-Korean Air- Air Asia X (Air Asia X tu cukup syarat je - bukan aku nak naik pun).

Korean Air - agak murah, tp concern pasal nak beli kena guna USD walaupun booking guna portal Malaysia. so, aku KIV dulu. kang kena pow exchange jadi mahal.

MAS - mula2 harga tiket tu agak mahal. susah ati gak aku, tp aku ngan yaziz usaha jugak la. ada satu hari tu, harga tiket turun dlm rm400. bajet nak beli tp fund x cukup. so hold dulu, frust gak ah. sekali bila MATTA fair hari tu, perghhh gila dpt diskaum rm1000. dgn sawan nyer aku booking tiket je dulu. insurance n hotel kemudian.

Air Asia X - murah. murah bila blm tmbh yg lain2. tp bila aku dpt harga MAS yang masa MATTA fair, mmg jauh lebih murah lagi MAS.

senang hati. so usha hotel pulak, perghhhhhh mahal eh hotel kat seoul. berganda2 mahal nyer. even ibis yang biasa2 tu pun harga cecah rm400++/malam. so utk jimat aku stay guest house. lgpun banyak review ckp guest house sana mmg best. aku amik Namsan Guest HOuse.

skrg ni dh nak ready to fly. check imigresen status, print itineraries, map2 yang perlu etc etc.

BERDEBAR! ni selasa, lusa aku dah fly.

till then, 당신을 다시 보게!


Sabtu, 6 Oktober 2012

Rock Road Seafood, Kuching

Aku ni dah lama dok kuching ni semenjak kecik lagi, salu tgk Rock Road Seafood nih kat tepi Jalan Rock. Mmg xleh miss restoran ni. so dulu2 aku bajet ni restoran mahal gila2, so xda nak menaruh harapan nak pergi la. ye la kawan aku dok bgtau arwah TYT Swak salu mkn cni dlm private room, spend thousand on the saefood. so aku gerun ah nak mkn cni. mkn kat top spot je senang. tp cuma top spot tu ada masa harga akan jadi mahal (ikut harga pasaran bahan mentah) dan jugak crowded kalau dah lambat tu.

so hari tu, aku, edzura n yaziz decide utk makan cni. lagi2 yaziz ckp nak belanja. (belanja laju je kan) hahaha. tp menurut edzura kena pergi awal - sbb masalah parking dan juga nak elak org
ramai sgt kay situ.

location - mmg senang sgt. Jln Rock menuju ke Central Park. mmg betul2 tepi jalan. xleh miss punya lah. tp ada gak yg x nmpk sbb dia belakang bus stop. lepas shell tu, ada traffic light kecik the junction belah kiri after traffic light tu. senang. easy breezy.

since edzura tu puasa, so kt order banyak jugak la. aku review satu2 makanan ni ok.

1. nasi goreng seafood (eh seafood ke ayam ek)



ok kat atas tu mcm biasa je nasi grg dia. xda apa2 kelainan. rasa ok, portion utk 3 org. leh kata
nasi grg ni biasa2 je. harga - kecik rm7, besar rm30. tp x sure portion apa yang kami ambik nih.

2. ketam sate.



ketam sate ni recommended by edzura. so nak try jugak sedap katanya. yang ni makan dgn roti goreng cicah utk kuah dia tu. roti tu ada kat bawah ni. so ambik 3 sorang satu dpt mkn.
harga pulak - ketam rm25 utk small. rm80 utk large. 3 org mkn ni small cukup dah. xyah banyak2. dia skali ngan roti harganya. tp kalau nak extra kena la bayar.

bagi aku - smell ketam tu agak kuat dgn kuah mcm ni. aku prefer ketam cili yang kat top spot n fatty krabby kat taman megah tu. anyway enjoy jugak mkn ni.

3. ayam szechuan



ayam ni aku yang gatal2 nak order. hahaha. padahal kedai seafood nak mkn ayam jugak yer. nothing special pun, sama mcm top spot. harga - eh x pasti pulak harga yang ni.

3. mixed vege in yam basket.



sesapa yang kenal aku mmg tau ini adalah kegilaan aku. haha. mmg suka sgt yam basket ni. hari tu sanggup pergi kota damansara nak makan benda alah ni. yang kat rock road seafood ni lagi banyak portion dia. dan, GAJUS dia sgt banyak. puas lah mkn. sedap pulak tu. yelah kegemaran aku meme le sedap hiks.

4. roti utk mop kuah ketam. roti goreng nih. kolesterol banyak.



ini tgn yang sedang mengemop extra kuah tu yer.



yang kat bawah tu pulak udang masak golden egg yolk. aku rasa mcm udang masak ngan telur masin. tp yang ni MMG SEDAP! harga pulak - rm 15 utk small, rm85 utk large. eh mcm x proportionate je kan. haha. so recommend mkn yang ni - wajib!


interior restoran ni aku rasa biasa2 jr utk harga dia. lagipun arrangement agak sempit. nasib
 baik dtg awal, so leh enjoy mkn sementara org lain blm sampai. tgk gmbr tu area ada pompuan tu actually fuunction room. x pasti la brp org leh muat dalam

 



verdict:

1. harga a bit pricey compared dgn top spot. tp ini restoran bukan food court. one thing yang bagus is, harga nya ttp as in menu. tak ikut harga pasaran n season. kalau top spot tu, season ujan siap la kena ketuk sbb xda harga standard. nak2 lagi musim perayaan.

2. selesa - cni selesa as long as u DATANG AWAL. so bagi aku mmg suka dtg awal xnak sesak2 dlm restoran. kalau top spot sesak xper, sbb open air. yang ni sesak mau nyer telinga bingit dgr org bercakap sekuat alam.

3. as for rasa, not much beza dgn top spot. in fact aku rasa in certain things, top spot punya rasa better.

4. freshness - cni mmg fresh. udang tu still alive woh!

ok, sesapa nak usha lebih leh tgk kat website dia - http://www.rockrd.com/