Sabtu, 20 Oktober 2012

Seoul - Day 1, Part 1

tamatlah sudah percutian aku dgn yaziz ke seoul, south korea. frankly speaking tak puas lagi pergi 6 hari 4 malam. seriously mmg tak cukup. journey start dr Kuching Intl Airport lepas aku n yaziz balik keja. MH2529 on time, sampai KL jam 7.20pm. check in siap2 dr Kuching ke Seoul so xyah nak banyak masalah masa kat KLIA. mcm hari tu g Hong Kong agak biru muka aku n yaziz. pasal masalah check in lambat n luggage system stuck masa tu. transit ambik masa roughly 4 jam, so banyak benda aku leh wat kat Terminal C tu. camwhore la apa lagi. eh tak, aku rest, makan, massage (hampeh jahanam kerusi gintell tu - banyak yg rosak kat KLIA!).

so around 11 pm dh final call utk boarding, apa lagi terkinja2 la aku masuk flight. this time naik airbus 330-300 MAS yang baru. aku x pernah naik lg. so excited la kan. aku expect yang lama punya tu.yang ni siap ada entertainment system mcm 777-200 jugak.


masuk dlm tgk stewedes korean tu pakai kebaya, gerek seh! hahaha. nak2 lagi area aku diorang ni yg serve. hehe suka gak nak mintak itu ini. flight 6 jam x terasa sbb aku tgk citer horee horee. cuba nak tdo tp xleh. teruja kot. jeles aku tgk manusia2 lain kat dlm flight tu lena je tdo. cissss! sampai seoul awal dr sepatutnya. (yeayyy!). nak2 sampai aku ngantuk.


seoul incheon airport ni as usual, mmg efficient. 3 intl flight dtg serentak, vietnam, malaysia, indonesia. tp berbaris x lama dlm 15 minutes je. imigresen x strict, cuma ambik biometrik je. bergambar muka x mandi. so dh amik luggage semua, terus je cr exit 5B atau 12A. tgu bas 6015 utk ke myeongdong. senang je, xyah risau apa2 pun. tiket leh beli just before the exit atau kat driver bas. harga KRW 10,000 (RM28) sorang. ni terang2 number bas, pastu location dia akan stop. dun worry, recorded announcement ada dlm bas. kami x naik AREX utk ke city sbb dgr citer subway station xda lift. haha. x sanggup la jadi hamba beg2 nih.


perjalanan ambik masa dlm sejam 30 min. sbb jam pagi2 nih. dlm masa tu aku amik pluang utk TIDO. tp bila dh start nak announce bus station aku alert la. anyway, bus driver mcm recognize ko nak pg mana, so kalau dia agak2 ko x turun dia sendiri akan shout dlm bahasa english.

sampai sejong hotel, menapak cr Myeongdong Stn exit 4 utk landmark ke Namsan Guest house. senang je. lintas jalan n follow the map. x sesat. tp HATI HATI lintas jalan. sebab nya -

1. driving system x sama mcm malaysia - diorang drive belah kiri. so toleh belah kiri utk melintas! (dan kanan jugak la) haha.

2. diorang ni drive serupa pelesit. perghhh ingat Malaysia je jadi nate beruk kat jalan, korean pun sama. motorcylist xyah citer la. 2x5 je ngan negara kita.

sampai Namsan, nak check in mula2 xleh. dia kata tgu kol 2. alih2 bila kami kemas2 barang dia suruh je check in. syukur! sementara tu yaziz g beli coffee utk segarkan mata. bukak cup perghhh rajin nyer buat love love. haha utk membuka mata n memanaskan badan. sejuk tau 11 C.

jgn lupa beli T money card KRW 2500 sorang. pastu reload lah brp korang nak. aku reload KRW20,000 je dulu. ala nnt nak beli kat GS25 ada diskaun 10%. selain dpt diskaun tiket subway.


lepas mendaki bukit ke namsan 1 tu, refresh jap - mandi la! perghh sejukkkkk. dh segar terus ke Gyeongbukgung Palace. nak ke situ dr Myeongdong Stn kena tukar kat Chungmuro ke line 3 (orange line). ada stn nama Gyeongbukgung Stn, ambik exit 5. kuar dr exit 5 tu terus jumpa National Museum of Korea. jalan dpn ckit mmg dh jumpa palace tu. ngam2 aku sampai, diorang tgh buat guard changing ceremony. perghhh gempak gak ah. pastu amik tiket KRW3000 sorang (RM 8.20).


mmg cantik, matahari terik, clear blue skies, tp sejuk.


ni tpt maharaja tu lepak. sure bosan xda internet masa tu kan. kalau zaman skrg sure ada imac kat situ.


yang tepi tasik ni belakang halaman ni. mmg sangat la damai aku tgk. nak dok situ leh x


belakang palace tu ada gunung. gunung apa aku x pasti. tp autumn colours dh nak start dah masa nih. tp blm full lagi.



puas jejalan dlm tu, bapak besar weh. kalau kat Malaysia ada kot org x puas hati istana besar2 kot. hahaha. ok balik ke guest house. singgah beli nasik segera nih. utk isi perut. dgn makanan dlm tin yg kami bawak dr Malaysia.

lepas tu, tido dulu. recharge. ptg plan nak ke Namsan Tower n Cheongyecheon stream.


ok. sambung part 2 utk day 1 nnt.

5 ulasan:

  1. Ko bwk canned food, kastam x seize ke...?

    BalasPadam
  2. tak seize. sbb korea x strict mcm australia. asalkan jgn bawak raw beef/products

    BalasPadam
  3. Yaziz? mcm kenal je..Lecturer ke?

    BalasPadam