Jumaat, 24 Februari 2012

cUti2 hOnG kOnG part 4 - ciTYgate OutLet

hari ke 2 kat hong kong - hari shopping/window shopping kat CityGate Outlet. mula2 aku agak sceptical pasal this place. yelah, pk mcm ala ckp murah tp harga nnt lebih kurang gak ngan Malaysia. tp pergi jugak sbb kalau x pergi kang rugi pulak. alang2 dah sampai kan? even after pergi citygate aku plan nak g "shopping" kat causeway bay sogo/parkson pulak.

nak ke citygate mmg senang, naik train ke central pastu menapak ke Tung Chung Line. dr station Hong Kong terus sampai hujung ke station Tung Chung. on the way akan nampak station Sunny Bay - exchange to Disneyland Resort Line (teruja!). Station Tung Chung ni station last - mmg stop directly kat citygate. kat station ni gak leh ambik cable car ke ngong ping. tp masa aku g benda tu tgh under maintainance.


kuar je dr station tung chung alih2 dah kat dlm citygate. mula2 tgk adidas. mak aiiii murahhhhh giler. kasut adidas yang kat Malaysia RM400+ kat situ cuma HKD700 = RM281. kat situ aku dah mula sawan.
tp aku bajet xnak beli dulu. kira nak usha2 lah dulu. dlm hati mmg sabar je la. Quiksilver, Swatch, Nike, Armani, BOdyshop semuanya mmg giler2 murah harga. tak boleh jadi nih! perut lapar. nak cr makanan halal xda pulak. so aku patah balik ke Causeway bay g makan kat Rang Mahal Restaurant dulu.

nak cari rang mahal seperti biasa, kena slow2 dan otak tenang. dia kat pennington street yang agak pening nak cari. makanan halal kat HKG ni salunya kat 1st floor. so mendongak tgk bangunan segitiga kat area juction russel street n pennington street, alih2 jumpa. tp yg ngeri nya lift kat situ persis lift kat rumah tottttt kat malaysia. ngeri lah! tp makanan kat situ perghh best! cukup rempah rasa. mmg terubat rasa rindu ngan makanan malaysia.

lepas makan terus patah balik ke citygate (mentang2 octopus card unlimited use). masa ni full swing shopping. aku tgk jam tgn ellesse yg aku target, tissot semuanya rock bottom price! tp mengenangkan duit simpan gak utk ke disneyland, so aku hold on lah dulu. beli mana yg ptt jer. oh ya, COACH dia malas aku nak ckp, mmg dlm range harga yg kt mampu! sbb kan duit aku nak save, aku decide utk dtg lahgi ke HKG sometime later in the year. gara2 citygate la nih!

coklat kat market bawah tu pun mmg cheap. so apa lagi rembat la apa2 yang murah compared ngan negara kita. hasilnya kiri kanan tgn penuh shopping bag!

eh bukan, sebelah tgn je. at least dlm gambar nih.

so lepas tu aku terus balik bilik nak rest2 dulu sebelum ke Tsim Sha Tsui malam nanti. untuk another round of shopping kat ladies street, mongkok.

Khamis, 23 Februari 2012

cUti2 hOnG kOnG part 3 - ViCtoriA PeaK

sambungan part 2. dah siap check in hotel dgn teruja nya terus ke victoria peak. so naik train dekat je ngan station tin hau terus ke central. sampai kat central tu terus je cari exit A2, exit ke charter garden.

sampai kat charter garden mmg best sbb cuaca nyaman je. dah ler bunga segar2 je kembang kat situ. dr situ mmg view cantik leh tgk bank of china tower, hsbc tower. dkt area tepi2 dia ada makcik2 yang aku agak org filipina yang jd maid kat Hong Kong ni. melepak2 main dam aji kot. tgk mcm semua tgk bawah je duduk2.



so menapak naik bukit ckit sampai ke area yang org berbaris tu, kat situ lah garden road peak tram terminus. so aku ambik yang tiket kombo HKD220/person xyah beratur panjang sgt. tiket ni termasuk ke sky terrace 428, madame tussauds dan jugak tram pergi dan balik. terus ke kaunter kaler merah jual barang2 dan tiket madame tussauds. yang ramai2 beratur tu jz beli tiket tram je.


nak naik tram tu punya lah sesak ngan manusia. sbb dia xda system line up dah. celaru. tp still leh manage lah. 4 kali round benda tu turun naik baru aku dpt naik tram tu. apa lagi cepat2 la ambik kerusi. sesak manusia mcm ni kot masa g haji.

dah masuk je tram tu dgn kiasunya aku dpt tempat duduk. masa naik tu bangunan nmpk senget je padahal badan kt yang senget dalm tram tu. pemandangan mmg best. belah kiri hutan2, belah kanan lak bangunan2.

sampai kat atas tu banyak retail shop. aku mula2 sangsi gak harga sana mahal. sbb pernah baca blogger ckp "overpriced retail" kat atas tu. ikut logik mmg la. mmg logistic dia kan. tp bila aku dah balik baru aku realize ada benda lagi murah kat atas tu - hard rock shop! nyesal siot x beli awal2.

view dr atas mmg cantik. dgn cuaca yg nyaman tu, feeling lah! ramai tourist kat atas tu. ada sediakan teropong utk tgk. tp berbayar x silap aku HKD5. xnak lah. tgk dgn mata kasar lagi syok.

lepas puas cam-whoring kat atas tu terus masuk balik ke bangunan kuali tu. Masuk madame Tusaauds lak. mcm2 patung lilin kat dalam tu. dr artis, pelakon, pemimpin, figures, mcm2 lagi ada kat dalam tu. x larat nak upload semua kang mabuk tgk muka aku kat cni.


kerek la kawan lama aku nih!

so cut short the story, mmg panjang masa diambil utk bergambar kat dalam tu. penat gak kaki walaupun area2 situ je. puas hati. so kuar dr sky terrace kuali tu, tgk kat luar mcm2 lagi retail ada. starbucks pun ada. tp x sure halal ke tak.

dah malam baru sedar nak balik. beratur panjang lagi. tp x kisah sgt sbb SEJUK! haha. ditekankan perkataan sejuk tu masa winter nih. (sakai gak aku bila jumpa cuaca sejuk!)

balik tu singgah causeway bay nak dinner kat restoran indonesia - warung malang. nak cari restoran ni tak susah. kat percivial street. cuma jalan2 kat HK ni sesak dan sempit so kena carik pelan2 dan dgn hati yang tenang. area causeway bay tu mmg ramai manusia. dgn times square nya, sogo parkson semua ada situ.

so last2 aku jumpa gak warung malang tu. kat 1st floor. dragon rise building. tp xyah nak ingat nama building sbb nama building dia xkan nampak. makan set nasi n 5 lauk - HKD40/person. ok lah harga tu walaupun kalau ikut mahal kalau nak compare ngan Malaysia.

balik tu try naik ding ding. yang ni buat malu kaum je. aku ingatkan airport express pass tu dpt pakai, rupanya tak! touch masa nak turun ding ding tu HKD2.30. kuar signal merah. driver dia bagi muka seposen ngan aku. touch2 lagi xleh jugak. rupanya mmg x termasuk ding ding! perghh malu weh. aku bukak dompet - semuanya HKD 100 dan HKD 500. nak bayar HKD2.30 je! aiyohhh merah padam muka aku. 1st in my lifetime mcm tu. driver tu last2 suruh turun je. eiiii maluuuuu! sib baik dia xtau aku org Malaysia. sbb sure dia pikir Indon/Filipin! haha selamat nama Malaysia dr malu!

1st day mmg dah fun dah sampai HKG. puas hati. balik balik dan tidurrr! zzzz

so sambung next time - Citygate Outlet, Lantau.

Ahad, 19 Februari 2012

cUti2 hOnG kOnG part 2 - HKIA --> empIRE hoTeL

sambung part 2. banyak part ni. kalau x dipecahkan mau sangap nak baca entry.

so aku dah beli octopus card ni HKD300. naik train MTR kat arrival level tu je cuma ke hadapan ckit (bawah terminal 2). xyah nak worry apa2. signboard mcm negara2 lain gak pnya airport memang sgt senang. xyah tgu lama, kejap je dah train ada - every 10 minutes. beza ngan kt punya ERL KLIA express, yang ni ada stop - 2 stops iaitu kat Tsing Yi Station ngan Kowloon Station. kira masa gak mcm klia transit kita tu la. benda yg best pasal train dia nih kena lalu 2 pulau x silap aku. lantau - pastu tsing yi then masuk area kowloon before ke hong kong (central). ada area tu mmg laju even dpt rasa pressure kat our ear mcm naik flight.



dah sampai station Hong Kong tu terus je touch octopus card then direct ke belah kiri ckit tgu bas H2. x lama gak tgu bas tu. alih2 ada mamat ctu jerit H2! H2! terus je lah naik. dlm bas cuma aku ngan sedara aku je. as mcm kenderaan lain kat hong kong nih, bas dia laju mcm pelesit. tp berhati2 gak x mcm bas metro kat rawang tuh mengerikan!

Empire causeway bay 1st stop dia kat Wiing Hing Street. sampai je dia bgtau location. so senang, xtah risau menda. stop bas tu seberang jalan. so kena lintas jalan yg x sibuk sgt, xda masalah pun. sejuk winter jgn cita la. nak2 dr malaysia pakai baju yg biasa tuh, bukan sweater. terasa sejuk ke tulang.

check in kat empire nih efficient. walaupun english diorang bukan lah superb, tp diorang cuba utk ckp sebaik nya kat tourist.


bilik kat empire nih walaupun kecik, tp ada screen besar 42 inch. view pulak mmg not bad. leh tgk part of the harbour. paling menarik ialah magic screen dia. toilet/bilik mandi dia JELAS KELIHATAN dr bilik. utk effect luaskan bilik kot. tp tekan je button glass tu akan jadi berkabus. nmpk bayang2 je. mcm sexy. ahaks. lagi satu kat screen ada greet nama kita. mmg added touch, rasa appreciated lah.




saiz bilik agak2 besar ckti dr cititel midvalley. tp puas hati dgn cara dia puaskan hati customer.
so nak rehat2 jap. nanti nak ke Victoria Peak! sambung part 3 pulak.

Khamis, 16 Februari 2012

cUti2 hOnG kOnG part 1 - perjalanan ke HKG

dah lama aku x update. mana tak nyer. pergi bercuti2 ke hong kong seperti yang dalam plan. sebelum pergi ke hong kong sibuk nak uruskan itu ini, so blog agak terbiar utk sekian masa.

prjalanan bermula dr kuching pada hari jumaat dgn transit kat KLIA selama 15 jam! so ambik masa utk rehat2 kat Concorde Inn KLIA. hotel functional dan selesa utk transit. bayar pun agak berpatutan tambah lagi dgn breakfast. so berbaloi lah.



next day check in kat KLIA. mula2 try check in kat kiosk, xleh pulak. so kena g counter. mak aiiii ramai nya manusia naik international masa aku nak check in. nak2 pulak baggage system mcm stuck je masa tu.

masa nak check in tu nervous nak mampus. boleh pulak system dia tukar nama. kat passport lain kat dlm system lain. nasib baik staff MAS tu efficient. Suresh nama dia, so mmg thankful kat dia sbb tukar nama ikut passport. kalau tak nanti kat HKG naya je. nak2 nama melayu ni kalau ikut system international jadi tunggang langgang.

so terus ke imigresen, aerotrain ke gate C36 yang kay ujung sekali. dah masuk gate baru lega ckit sbb dh lalu imigresen, security KLIA yang agak strict. naik MAS punya boeing 777-200ER mmg best! selesa dgn crew yg mmg standard international. tp masa nak depart kena tgu lama kat runaway sbb giliran berlepas tu panjang sgt pagi tu kot.


dlm flight aku mkn ayam masak honey blackpepper. mmg sedap weh! menu hidangan mmg banyak compared to masa aku pergi bali dgn flight MAS jugak last year. lagi satu menu nasi lemak sambal udang pun best gak. mcm nak mintak 2 2 jer. so dlm flight ada diberi aiskrim magnum yang sgt2 lumayan!





dalam flight aku beli aircraft model yang plastik tu. dia bagu diskaun 10% sbb valentine. tp aku beli guna enrich voucer haha. so kira dpt free lah.

perjalanan hampir 4 jam tak terasa sbb guna 777. dlm ada IFE. aku layan tgk cita Johnny English Reborn sampai tertidur. tau2 dah nak sampai ke HKG.

sampai kat HKG tgk airport dia mmg grand! teruja tgk suhu 15 C yg mmg nyaman. lalu imigresen - org beratur panjang tp efficient. sampai turn aku, siap tanya "which one is your family name, and which one is your name". selesai tu kuar terus beli octopus card utk tourist. kaunter dia selepas kt ambik beg dkt ngan exit to arrival level. berbali sgt beli HKD300 (with HKD50 refundable deposit) - 2 perjalanan ke da dari airport dgn unlimited travel kat MTR. paling best, dia ada diskaun masuk ke disneyland, peak tram, ngong ping.


panjang lak dah entry kali nih. so next time aku akan sambung perjalanan ke Hong Kong dan jugak 1st day punya program.

Ahad, 5 Februari 2012

Dressing tutup aurat yang ANEH.

What the fish!!!...mana awek ni blaja dressing macam ni.Is she a muslim???..atau dia non muslim yang rasa pakai tudung tu cantik?errrrr...sumber gambar tak pasti dari mana.Adakah dari negara islam.Brunie?Malaysia?Singapore..sbb dari gaya gambar mmg macam negara islam.Tepuk dahi aku tengok gambar ni.Kalau siapa yang nak pahala lebih,next time mintak tolong lah tegur minah ni.#Muhasabah diri

p/s : tergaru kepala tgk gambar ni..siyes tak leh terima

Majlis Ilmu itu bull shit politik!


Layan berita 1.30 tv3 tadi.Macam biasalah,tv3 tak lekang dengan isu politik.Nak kipas BN kuat2.tu tak kisah,tapi terlalu jelas nak menyebarkan fahaman politik BN semata2.Relate dengan gambar kat atas tu.Terang2 tulis MAJLIS ILMU.lepas tu takde pun nak sampaikan ilmu yang sepatutnya.Ni duk canang tu tak bagus ni tak bagus...ape derrrr..

Okie..ni isu 'SEMASA' kata mereka.Kalau tak tau nanti kita ketinggalan,bangsa dijajah,kene pijak dengan penjajah.Tapi bukan ke benda ni hakikatnya Negatif sebab majlis memburukkan orang tu orang ni.So kesimpulannya,Politik memang bull shit.Semuanya pasal kuasa,dan AKU YANG BETUL.Institusi keluarga macam mana?kualiti hidup macam mana?Cakap banyak pun tak guna.Sebab cakap isu politik sampai kiamat pun takkan habis

Apa yang aku cuba nak bangkitkan kat sni,jangan salah gunakan Majlis Ilmu suatu medan untuk sebarkan fahaman dan ideologi yang ntah kemana2.Sama lah jugak dengan Berita 1.3o dan Buletin utama TV3.

p/s : biar 'mereka' buat kerja..kita menilai.kan mudah?

Sabtu, 4 Februari 2012

Salam Maulidul Rasul 2012


Salam Maulidul Rasul kepada semua...cuba kita ambik masa seketika,kenangkan betul2 tentang hari kelahiran Nabi terakhir kita.Ada tak rasa orang manfaatkan cuti umum ni dengan mengenangkan permergian terakhir Nabi kita yang tersayang.Even aku sendri pun tak macam tu.Yang kita tau,nak hangout kat luar,tengok movie,pergi berjalan..kan??.tapi ada tak kita terfikir sedetik cuti Maulidul Rasul ni kita patut manfaatkan dengan muhasabah diri dan dekatkan diri pada dia.Kenangkan perjuangan dia,sejarah zaman dulu2..kan?last aku tau pasal smue kisah nabi masa aku belajar sekolah agama dlu.sekarang?hurmmm...

Aku pun tak pernah terpikir untuk buat sesuatu pada hari kelahiran nabi dengan manfaatkan diri dekat dengan Nya dan kenali Nabi kita.Isshhhh...lemahnya rasa diri ni.Lebih kepada keduniaan.Bila malam rasa insaf,dah bangun pagi langsung lupa pasal apa yang muhasabah diri.Yang kita nampak terus keduniaan.Bukan mudah nak jadi hamba tuhan yang cemerlang.Muhasabah diri


Okie..sempena hari yang baik mulia ni,cuba kita renung2 kan.Kita selalu gunakan agama untuk mengajar orang,Bila orang wat salah skit,terus nak relatekan dengan agama.Even dalam politik skang.Sikit2 nak relatekan dengan pendekatan agama..tapi...sedar tak...kita nak betulkan orang lain,tapi mulut tu tak habis2 lontarkan keburukan orang tu.Elok ke macam tu.berkopiah bagai,tapi mulut keluarkan perkataan tak senonoh

"Bodoh orang yang ikut bendera biru tu..masuk neraka"...

"Bengong pemimpin tu..seharusnya kita kene ikut hadith dan sunnah"...

weewwww..aku terus tak respect kalau ustaz/ustazah yang nak mengajar tapi mengeluarkan perkataan kotor2 hina caci orang.Bagi aku ustaz,ustazah harus keluarkan kata2 positif walau sejahat mana manusia tu.Supaya setiap apa kata2 mereka menjadi doa yang tak putus2.kan?


Dah berleret leteran aku ni.Apa pun aku masih nak perbetulkan ribuan kelemahan diri.Aku bukan jenis yang baik mulia sangat pun.Yang penting,janganlah kita cepat menilai orang dan mengherdik orang.Sebagai penutup,aku hiaskan blog dengan gambar diatas tu.Sama-sama muhasabah diri perbetulkan diri.Jangan sibuk nak perbetulkan orang lain.

p/s : Dulu masa aku kecik,mesti excited nak tgk perarakkan maulidul rasul.sekarang??..

Jumaat, 3 Februari 2012

Air coke ada alkohol?


Guuulllppp...tersentap aku bila tau pasal ni.siyesly?ada alkohol?.Aku terpikir..pernah ke aku termabuk lepas minum ni.Tapi seingat aku,aku bukanlah peminat coke sangat,cuma masalahnya kalau pergi fastfood McD,KFC,pizzahut dan lain2 menatang ni lah yang diorang duk jamu.Terdiam aku seketika.Kalau betul lah ada alcohol,so mmg satu dunia umah islam ada minum arak lah.

Ok..cop2..mula2 kita kena tau,adakah jika ada setitik alkohol dikira arak.Sebab setau aku,kita tak boleh minum air yang memabukkan.So minum coke ni takde la rasa mabuk sampai kita wat hal tak senonoh kan?so macam mana..sbb aku mmg ingat,aku pernah tnye kat ustazah.Dia cakap camnie :

"Selagi uols tak minum benda sampai mabuk,tak dikire dosa lagi.Even if uols-uols ni minum air kosong sampai buncit sehingga rasa 'mabuk' tu pun kira tak leh"...

So meaning,tak lah haram coke kan.Anyway....skang ni,smue benda nak dispekulasikan.Dalam makanan ada DNA babi lah,tak sembelih la,,tak keken hukum tu,hukum ni.So macam mana nak jaga permakanan kita ikut hadith?Jangan cakapkan pasal haram halal makanan tu,belum tau lagi sumber makanan tu halal dari sumbernya.Maksud aku,macam makanan tu dari sumber rasuah ke,seleweng..tu pun kita 'haram' kan.

Apa2 pun,kita sebagai pengguna,perlu alert je benda ni.Jangan sampai paranoid smpi terpaksa ternak ayam kambing untuk pastikan halal.Kalau yakin halal,kita telan n makan.Lagi bagus kita tnye pendapat ustaz/ustazah @ Ulama.Kalau nak percaya kita ikut/elakkan.Kalau yakin,korang proceed je lah.. k bai

p/s : Coke dengan Pepsi ada beza tak?huurmmm...

Luahan rasa buat Lisa Surihani


Owhhhh...aku merasa sangat pedih hati ini.Kenapa awal buat ini pada abang.lama abg tunggu ica(nama manja khas buatmu).Abang sangkakan ica bukan macam awek lain.Abang sangka ica bukan materialistik..tapi sayangnya...awak pilih si kurus keding tu.Awak tertipu dengan kemewahan dia.Bukak mata hati besar2 ica.Abang lebih baik dari dia...sob..sob..*lap ingus

Bagi abang ica lah segalanya.Makan abang ingat ica.sebelum mandi setiap curahan air ke tubuh ini ku sebut nama mu ica..tapi kau..senang2 buang aku mentah2.Ku dah berjanji tidak akan playboy dengan awek2 lain.abg setia dengan ica lah!!..surat cinta kita dlu abg dah gunting dan telan mentah2.sebab terlalu kecewa ica..kenapa ica???apa istimewa dengan si Yusry tu?.Senapang dia dah pakai dengan orang lama dia.Abang punya fresh lagi...tp xpe.Hak kamu untuk memilih

Ica...abang relakan pemergianmu..biarlah abang bawa hati abang yang lara ini jauh2.Semoga kau berbahagia dengan ikan kering tu.Biar abang simpan kenangan menyayangimu ni wat frame dan tampal kat dinding hati ini.Andai katalah si ikan kering tu nak mintak cerai,ica cari abang ek.abang sedia menantimu....abang...sayang..ica...slalu....BUWERRRRKKK...aku baca post
ni sendri pun rasa nak muntah.k bai...

p/s : sure sang teruna,laki orang dan duda sedang frust menungging mengenang Lisa Surihani nak kahwin.terima je lahhh...