Ahad, 29 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu 26

Weeeewwww...baru balik dari nonton Juara Lagu 26 kat luar.Debaran telah pun terungkai.Macam2 diperkatakan dalan trending twitter.Siap ada yang nak boikot AJL26 kalau Najwa latif menang.Mottttttiiiiifffff????.Sian budak tu.Atleast dia dapat masuk final AJL seumur 14 tahun.Ko ada???

Okie2...spekulasi yang macam2 dah pun terjawab.Ada yang cakap sedetik lebih juara.Ada yang menjangkakan Beribu Sesalan Juara.Tapi satu pun tak kene.alih2...tup2,Hafiz merangkul gelaran Juara Lagu yang ke 26.Tahniah kepada Bro Hafiz.

Okie,nak komen skit pasal pengacara.BBbbbboorrriingggg.Lawak ikut skrip sangat.Lawak FBI pun macam dah lapuk smacam.Tapi ok lah untuk selingan smentara singer wat preparation sebelum perform.Next time tukar pengacara pleaseeeee..Boboi ke,Jozan ke...kasi fresh skit.Pasal tema plak okie.Tapi dari segi baju diorang...teeeettttt,tak kene.Takde nampak pun tema baju berair2.Cuma diorang pki baju kaler biru.And 1 benda pihak produksi terlepas pandang pasal tema air.Prasan tak korang air yang berjujuran kat stage tak dimop/lap.Hampir tergelincir artis sebelum naik pentas.

Anyway,seleksi lagu untuk final mmg mantop2.Semua berjalan dengan lancar.Alhamdulillah....
Senarai pemenang Anugerah Juara lagi ke 26 (AJL 26)

Vocal terbaik - Hafiz (Awan Nano)

Sempoi lah lu hafiz.dengan pakaian baju sukan skola and suar track dapat merangkul vokal terbaik.Takpyah prop2 dan penari latar yang mmg takde fungsi.Expresi dan vokal anda dah cukup membuktikan anda bukan artis mee segera macam dikata mereka

Persembahan terbaik - Alyah (Kisah Hati)

Aleleelele...gimik sandar atas bahu Remy.Nak kasi aku jeles la tu.Abang tetap minat Lisa Surihani...*teeeettttt.Okie..aku expect dia menang vocal terbaik.Tapi beliau merangkul persembahan terbaik.Errrrr...aku takpham dari celah mana dia tgk persembahan terbaik.Dari gaya ke,baju ke?..sbb ikutkan baik ambik persembahan Najwa Latif ada belon funfair and ala2 persembahan hari guru skola lagi..*teeeettttt..

Pemenenag ke tiga - Faizal Tahir (KARMA)

Wooooshhhhh...terbako piano *dow.Takde apa yang luar biasa.Memang terkenal dengan suara dan karisma persembahan.Dia memang layak berada ditop 3.eerrrr...tapi...apsal main api.Macam dah lari tema je.kalu ikutkan disqualified terus nih *dow~.

Pemenang ke dua - 3 Suara (Beribu Sesalan)


Apa lagi nak dikata tentang lagu ni.Bila 3-1 diva dah bukak suara berlagu.(-1 tu Ning Baizura.Den tak berkenan sangat ngan dia.Memang aku prejudis).Aku expect lagu ni juara,Tapi persaingan memang mantap.Cuma aku skit menyampah Ning Baizura nak overshadow yang lain.Sorry Ning,suara ko tak semantap Jacklyn anak didik aku tuh.Takyah la ko nak tarik lebih2.*komen yang sungguh prejudis


Juara Anugerah ke 26 - Hafiz (Awan Nano)


Yahhhhhh...dan ini lah Juara Anugerah Juara Lagu ke 26..HAFIZ!!NANO..NANONNONANOOO.....unexpected tapi beliau memang layak digelar juara.Persembahan yang simple dari segi pemakaian dan penyampaian patut dicontohi.Tak perlu lah nak dedah sana sni,pastu backup dancer yang kitorang tak tengok pun.Yang perlu hanya persembahan yang mendalam dan ada makna.Aku rasa hafiz ikhlas dengan persembahan dia.Untung tu.....takpyah bayar baju sponser and takde upah backup dancer.Dapat anugerah plak tuh.Rezeki beliau diawal tahun

Jumaat, 27 Januari 2012

Nasi Beriani Bukhari Kuching Satok

okieh, kali ni aku nak intro something yang klasik dgn kuching nih. boleh kata masa aku celik mata restoran ni mmg dah ada kat bandaraya nih. antara restoran mamak yang palig famous kat bandaraya kuching - nasi beriani bukhari.

banyak jenis beriani yang ada kat cni - ayam, daging, kambing, ikan. kalau tak silap banyak lagi menu lain tp mmg jarang sgt lah aku mkn. kalau aku dtg cni mmg mkn nasi beriani ayam je. nasi beriani kambing kalau tidak silap cuma disediakan pada hari tertentu sahaja - hari rabu dan jumaat. harga nasi beriani ayam ni rm6.50. siap aku request lagi ayam peha. xnak part lain.

selalunya nasi beraini ni dihidang ngan dalca, pastu acar manis timun tuh. tp aku request kuah kari ayam dan papedom. kuah tu free jer, ada tpt yg tamak siap charge. tp cni tak kena charge. papedom tu bayar rm1 dpt melantak puas2.

yang aku suka pasal beriani nih, sbb rasa dia klasik. mmg dr dulu rasa dia sama je. dr kecik aku melantak benda yg sama. tp masa dulu2 time ujung bulan je arwah nenek aku suka bawak kat cni. raya kaya weh mkn cni zaman kecik2 dulu. tgk picture nih, mmg lumayan lah! one thing aku x suka sgt acar manis timun tuh. x gemar sbb rasa manis tu kensel out rasa pedas2 kari2 tuh. so aku bila mkn mmg akan omit kan benda tuh.

dalaman kedai dia pulak standard. bersih. tp kalau jumaat lepas solat tu org berbaris nak mkn dan tapau. might be banyak puntung rokok dr perokok tegar yang x paham bahasa tuh. banyak2 tpt suka gak buang kat lantai. sbb tu jumaat aku nak mkn cni aku lebih prefer bungkus. tp kena berbaris lah. hari biasa pergi kalau bukan masa lunch mmg relaxed ckit environment dia.

paling aku suka kat tepi dinding bawah jam belah kanan tuh, aku rasa dr masa aku kecik benda tu ada situ - 'MULAKAN DGN BISMILLAH, AKHIRI DGN ALHAMDULILAH". pastu dulu x silap ada "NO SPITTING". tp skrg xda org meludah, jz perokok je kot. so perokok, behave yourself. kami bukan perokok pun mkn kat cni tau!

harga kedai ni mmg agak lumayan. berbaloi dgn apa yg kita bayar. kenyang sgt kalau mkn nasi beriani tuh. nak cari kedai ni mmg sgt2 senang. dia berdepan dgn jalan satok. dr main road mmg nmpk bukhari cafe. sebelah ngan kedai anggun.

Selasa, 24 Januari 2012

Kak Pah Nasi Kerabu Kuching



Gulppp...tetiba hari tu aku teringin sangat nak makan nasi kerabu.Bukan apa,masa CNY mana banyak kedai makan bukak.Orang melayu pun duk sibuk nak beraya jugak.Pusing punya pusing skali nampak kedai Kak Pah kita bukak.Apa lagi....seeeerrraaangggggg!!!

Aku memang biasa dengan kedai ni.Sebab harga nasi kerabu ni kene dengan ayam and portion dia.Memang terangkat habissss..bagi yang pure kelantan tu,tak tau lah budu dalam nasi kerabu ni cukup bagi korang.Kalau rasa nak extra,'acu tra demo mintok dengan tokey keda deh'.



Okie...nasi kerabu kat atas ni adalah nasi kerabu ayam percik.RM 7.00 je arge dia!!.dengan ayam sebesar tu aku rasa amat berbaloi dan cukup dengan citarasa ku.Selain dari ayam percik,ada jugak ikan keli,burung puyuh,daging dan lain2.Dan apa yang lebih mencukupkan selera kelantan anda adalah LAKSAM (RM3.00)*gambar lupa nak ambik sebab tak sebab tau2 je dah habis.ngeeeeee...



nak ke tempat ni senang je. dia kat jalan dato ajibah abol. cari je masjid bandaraya kuching dan juga hotel arif. mmg kat sebelah hotel arif tu tempat nih. area tu banyak tempat makan. selain dr kak pah ni sebelah dia ada kedai kelantan gak, dan lain2 menu. kat dpn dia lot 1 cafe dan pondok anis. (pondok anis aku x rekemen - MAHAL dan kureng sedap).

p/s : Kalu dah makan kat gerai,korang jgn la expect macam hotel 5 star.kedai ni cepat ambik order.cuma muka ada skit cuka lah..tidak tau senyummm.. : )

Sabtu, 21 Januari 2012

Air Asia X kena saman Australia.



ni aku nak bebel ckit la. pasal air asia X kena sama oleh Austalian Competition and Consumer Commission (ACCC). ni semuanya pasal hidden fares yang sangat digemari oleh air asia.

pasal ACCC ni aku mmg agree. sbb kat australia ada badan yang jaga hak2 pengguna. mana tak nyer, quote harge AS$ 99, tp alih2 at the end jadi lebih mahal. mcm2 new fares yang akan kluar kat screen. dan akan jadi lebih mahal. so ramai customer yang "tergoda" dgn the so called "low fares" yang sebenarnya langsung tak low.

kau australia tu untung la, ada ACCC jaga hal mcm ni. kat Malaysia ni mcm mana? sia sia kena kencing dek tony tuh. bagi aku, apa2 pasal air asia aku x caya harga yang di offer oleh air asia ni melainkan dah end of booking process. aku lebih rela bayar lebih ckit utk naik MAS atau airline lain. sorry la, aku mmg anti ngan air asia nih.

aku bagi contoh lah kan, aku pernah wat booking kat jetstar asia dan jugak tiger air. bukan nak puji negara luar and x support benda local, tp ini kenyataan. bila bbuat booking dgn jetstar untuk sektor Kuala Lumpur - Singapore, dia quotekan harga as all inclusive rm51. rm51 tu sebenarnya adalah airport tax (masa tu). so bila buat booking dgn jelas dia bgtau it's actually zero fares, tp cuma bayar rm51 utk airport fee. so kt dgn senang tgk availability of flights pastu harga2 inclusive semua. siap ada column kat tepi nak add on apa2 benda kt nak (beg, makan etc). so before end of process, kt dh tau exact fares kt nak bayar. same goes to tiger air. walaupun tiger air ada additional convenience fee, tp dia siap2 harga sblm wat final booking.

bagi air asia aku cuba watv sector Kuching - Singapore booking. ye ye je quote harga murah konon nya. bila dah pilih flight semua, tgk perghhhhhhhhhhhh... aku leh nyatakan fee yang dia letak - 1. fuel surcharge - rm10, aviation levi - rm14, passanger security fee - rm19, passanger service fee - rm34. ni x masuk beg lagi, makan lagi, pilih seat lagi, berbaris lagi (ni pun kena bayar tau). so MEMANG TIDAK MURAH.

so aku agree ngan ACCC tu, berharap malaysia akan impose benda yang sama. dah banyak sgt hidden fees yg kt kena bayar. so air asia, ko tau mcm mana aku anti sgt ngan kau kan skrg. because YOU ARE NOT CHEAP.

so aku nasihatkan kalau nak g mana2 tu compare lah dulu. keberbaloian dgn airlines2 lain. x semestinya org yang claim murah tu mmg murah. tul tak??

Sabtu, 14 Januari 2012

Akibat mulut puaka mung!



Aku nak membebel skit hari ni..pasal dah lama aku tak ngumpat orang dalam dunia cyber ni kan.Adalah sorang kenalan aku ni,mulut dia punya lah longkong loji indah water.Tau nak menyumpah tak sudah.Dalam facebook,twitter..memang tak lekang dengan kutukan and makian.Mana tak nya,kat ujung jadi tekan handphone terus nak maki hamun

Apa kejadahnya pasal benda remeh pun ko nak bermakian.Sampai orang lekat stiker UiTM kat kereta pun jadi masalah dekat kau.Aku rasa kenalan aku ni rasa dia sangat tahap dewa dah kot.Rasa diri sangat sempurna dari luaran dan dalaman.Apa yang kau buat semuanya betul.Dasar pemikiran pembangkang..opsss..teeeettttt

So nak di jadikan cerita,aku dengar lah dari mulut orang yang semua orang dah mula unfriend dia and menjauhkan diri dari dia.Kesian pulak aku kat dia..tapi mengenangkan yang kau jenis manusia yang bila susah nak cari bila senang melepak dengan geng happening kau,aku batalkan je lah niat kesian aku tu.Cuma aku harap dan doakan kenalan aku ni sedar diri dan terus berubah

Moral dari kisah kenalan aku ini,jangan la korang meng-sort-kan jenis kawan2.Type 1 kawan happening,type 2 kawan untuk keperluan bila perlu,type 3 kawan bila aku desperate takde geng.Sistematik sesangat kan????..Kita memang tak boleh hidup sorang.Ingat,kawan susah tu ada je kat sekekliling kita,cuma kita je yang tak hargai.

p/s : pantang betul aku kalau kenalan aku tu msg bila boring dia terus diam.nasib pakai data je,kalau tak habis bill aku.

Jumaat, 13 Januari 2012

perCUTIan HoNG kOnG part 1 : perSEDIAan part 2

so, aku sambung part 2 pasal persediaan. persediaan je dah berjela2. yelah nak berjalan jauh kan, kena la survey, tgk mana paling berbaloi dan juga senang.

ni nak citer pasal hotel, mula2 tu aku nak book thru MASholidays hotel holiday inn causeway bay. senang weh, betul2 dpn times square. MTR pun dkt situ2 jugak katanya. MTR Causeway Bay station. tapi bila time bajet aku cukup nak beli, harga melonjak pulak. tak jadi lah. so aku pilih2 dan pilih2 last2 aku ambik Empire Hotel Causeway Bay. satu station extra - Tin Hau station.

ni area causeway bay - kira mcm bukit bintang kot. lively area katanya. tak jauh sgt, view area best sbb dpt tgk harbour.


ni pulak rupa hotel aku. dlm gmbr ni nmpk best. tp dpn dia tpt buang sampah n tandas awam. dulik hape aku. bilik dia lak mmg aku suka. hope gmbr mmg mcm real punya lah.




tapi aku doubt bunga2 tu ada dlm bilik. ahakss.

so nak berjalan sendiri kena tau map MTR dan juga mode of transport. yang ni wajib ada dan tau. aku dah siap hapal dan print benda nih utk kegunaan kat sana nanti.



nak g mana2 aku plan nak beli octopus card nih. ada airport express octopus card - 2 perjalanan dari aiirport dan balik, siap ngan free MTR, bus ride utk 72 hours dr masa beli. harge HKD300 - tp tak silap ada HKD50 deposit tp aku x pasti. kalau octopus yang biasa tu mmg ada HKD50 deposit. bila pulangkan kad dpt la balik. yang best octopus airport express nih, ada diskaun masuk tpt2 tertentu - Madame Tussauds, Disneyland. dia bagi dm HKD40-50. ok la, so bajet nak rembat yang nih nanti. details leh g http://www.mtr.com.hk/eng/fares_tickets/aepass_index.html



lepas tu aku ambik idea dr blog pnstoberi, buat owh itineraries. dia buat seminggu sebelum pergi, tp aku buat lagi awal, sebulan sebelum pergi. so mcm ni senang ckit. D1 - D4 apa yang aku nak buat, mana aku nak pergi, anggaran kos perjalanan.

apa2 pun aku berharap perjalanan nanti lancar. Insya Allah. Aminn...

perCUTIan HoNG kOnG part 1 : perSEDIAan part 1

tahun ni seperti biasa aku kena habiskan cuti tahunan yang lepas sebelun bulan mac. so bulan jan aku xleh nak cuti sbb rakan2 yang menyambut CNY nak cuti. xkan nak interframe pulak kan? so aku decide the best time is bulan 2 lepas geng2 CNY dah balik.

kali ni aku jalan jauh ckit dr yang lepas. aku ke hong kong pulak. sbb apa aku pilih hong kong? sebab aku nak rasa tpt yang cuaca lain dr Malaysia. bulan 2 hong kong tu winter weh, suhu 12-18 C jer. tp xder snow. xder snow pun xper, sbb cuma nak rasa suhu mcm tu. lagipun HKG ni senang sbb banyak makanan muslim. dan harga utk terbang ke sana pun berpatutan gak.


cuti aku ke hong kong nih sebenarnya dah lama aku plan. dr last year lagi. tp mcm2 halangan. mula2 nak g julai 2011, pastu delayed ke sept, sept lah musim typhoon. delayed ke dec, dec lak ada hal. mcm2 halangan lah. last2 decide bulan 2 sbb masih winter yang sejuk. kalau nak g time spring pun ok, tp cuaca dah agak2 cuaca Malaysia. kalau spring tak silap taiwan lagi syok.

sebelum aku pergi, kena banyak wat literature review pasal HKG ni. dpt hadiah buku travel ke HKG. aku baca2 dr situ termasuk tips2 dia lah. selain tu aku g websites2 pasal hong kong nih. mula2 wikitravel.org lah kan. blaja ckit2 supaya x supaya tak lost mcm kat Singapore hari tu. Singapore xper, sbb bahasa masih sama lagi. Kalau lost kat HKG mau nyer aku ckp "yat je sam" itu je.

antara blog yang paling banyak bagi info kat aku ialah blog puan stoberi. www.pnstoberi.blogspot.com. mmg best lah sbb lengkap info dia. aku cilok2 lah idea dr situ. itu pun aku jumpa blog tu kat MAStraveller.com.

sebelum tu, kena tau mcm mana rupa geografi HKG nih. so dia mmg terbahagi kepada berberapa pulau. pulau HKG sendiri tu kecik je. airport, disneyland semua kat lantau, pulau plg besar. selain tu ada kowloon dan new territories.

map aku cilok dr wikitravel.org. so dah ada rough idea mcm mana rope bentuk HKG nih. next yg kena tahu ialah mcm mana nak travel ke sana dan juga masa kat sana. so aku explain detail ckit. sbb ni aku rasa important jugak.

1. nak ke HKG

nak ke HKG ni aku usha 3 airlines yang serve dr KLIA - Malaysia Airlines, Cathay Pacific dan Air Asia.

kalau nak tgk harga flight sahaja, naik MAS ni mmg agak expensive. tp aku selalu guna MASholidays - siap dgn hotel dan juga tour (kalau nak). tp aku tak ambik tour sbb public transportation kat HKG ni excellent. so jz ambik flight dan hotel. so aku lebih selesa book thru holidays.malaysiaairlines.com. lagipun aku enrich member so leh dpt miles terus. nanti aku nak tebus utk dptkan perfumes. ngeh3x.

selain tu aku compare gak harge ngan Cathay Pacific. Kalau nak ikutkan, cathay pacific ni cheaper - baik dr flight jer dn jugak packages dia. lagipun packages dia mmg murah siap ada half day tour.


tp dek kerana semangat keMalaysiaan aku nih kuat, aku pilih naik MAS. wat booking ngan MASholidays. harga pun x jauh beza. lagipun aku konfiden ngan MAS - selesa dan paling best hospitality mmg best lah (ingat lagi crew ke bali n balik hari tu mmg best!). lagipun makanan mmg confirm halal lah. kalau cathay kena request muslim meal (MOML). tp bayangkan org sblh ko plak sedap je mkn bab-1. xnak lah, bau dia je aku dah x tahan. uweekkk!

lagi satu air asia aku pun usha jugak. usha thru airasia GO. harga boleh tahan beb, competetive jugak. tp flight timing mmg merapu lah. 1st flight awal lagi 6.20am. tak konfiden aku bangun awal sgt weh. flight balik lak tgh malam buta sampai Malaysia. lagi satu yang harem pasal air asia ni kan, bila aku dah siap2 tgk harge, pilih flight, pilih hotel, dia quote harga. ada lah small note ckp - "price qouted MAYBE including taxes and surcharge". maybe dowwwww.... mau nyer dah sampai airport nanti mcm2 dia charge. charge dok LCCT la, charge naik tangga la, charge toilet la, charge stewardess la, charge overhead compartment la (being sacarstic). reality nya, nak pergi bercuti dgn peace of mind, bukan dgn something maybe from air asia.

so sorry air asia - this is for you -->

so, booking dr MASholidays tu, dpt lah harga berpatutan hotel kat Causeway Bay. area best tu. lagipun hotel tu baru plus jugak dkt dgn MTR Hin Tau. banyak hotel aku usha sblm bli tiket. senang dgn bantuan tripadvisor.com. leh interact dgn org yang dah g kat sana. oh ya, lupa lak, area causeway bay tu senang nak cr makanan halal. aku dah target 4 - Alladin Mess, Rang Mahal, Warung Malang (makanan Indon), dan juga Islamic Canteen kat Islamic Centre - sini ada dim sum halal. yummmm.. 1st day aku nak try! wahkahkah..

so takat ni persediaan part 1 aku. nanti aku sambung part 2 pulak. persediaan barang2 dan juga tpt nak dilawat.

Sabtu, 7 Januari 2012

'Abang' yang kau cari


kAu hAdir wAKtu aKu tErkaPai

mEncaRi pErhatIan,dAn kasIh seJati

akU maHu sAluRkan seLuruh rAsa sAYang iNi

kIni iNi sEmua kAu mIliki

aKu ikHlas mEmbEri

kAu tErsenyUm memIliki

aKu 'aBang' yanG kaU cAri

mIliki akU sAMpai mati

akU jaNji.... : )


p/s : mood dengar lagu bila rindu -Ruffedge-

Khamis, 5 Januari 2012

banJIR kiLAT di KUchiNG

hujan lebat yang dah mula semenjak sebelum jam 12 tgh mlm semalam mmg non stop. so apa lagi, pagi ni dah mula banjir. agak teruk la. dpn rumah aku ada keta yang dah hampir separuh kena rendam dlm air. nasib baik keta aku x kena. parah wehhh. satu2 harta yg aku ada kena jaga elok2.

so pagi ni aku bangun tgk jalan dah hampir submerged. so tergedek2 aku ke kereta tetiba ada manusia yg drive seoalah2 jalan tu xda air. apa lagi splash kat aku. nasib baik sempat elak. so aku nak bgtau wahai kaum2 yang x reti nak sabar tu, tolong lah drive reasonably. the road is WET with pool of water, so drive SLOWLY. the water can splash kat org2 yang tepi jalan -be it jalan kaki or naik moto. it is unpleasant esp if u pergi office dlm keadaan basah.


kereta yang hampir tenggelam. sure insurance x cover beb!

setakat ni, dah ada 2 mangsa banjir. yang ni mmg memilukan. seoarang budak sekolah tingkatan 6 tergelincir masuk ke dalam longkang yang airnya deras dan hilang. yang menambahkan kesedihan apabila pekerja shell berhampiran cuba menyelamatkan pelajar tersebut pun lemas jugak. tp salute to this guy sbb berani buat demi nak selamatkan org yg dia xkenali.


ni tempat student tu jatuh and cuba diselamatkan oleh pekerja shell.

so, musim ujan2 nih, rasanya sampai lepas CNY. kat kuching selalunya until bulan 2 mcm nih. so aku ada beberapa suggestions lah, sekadar utk mengingatkan diri jugak.

1. drive safely. kalau mcm visibility tu poor dan takde apa2 emergencies, avoid area yang kena banjir. kalau macam x nmpk tu, ragu2 better jgn drive. stay kat rumah the best thing, selagi rumah x kena banjir lah.

2. minum air yg dimasak. yang ni penting sbb aku dah nmpk ramai org dtg ke hospital sbb cirit birit. kena virus la tu. ada yg teruk ada yang tak. so kalau xnak sakit perut, cirit birit bla bla bla tu minum air yg dimasak. bagi aku, even air yang dr dispenser tu aku x yakin. xnak kena penyakit2 yang x best nih. seksa wehh.

3. take care of harta benda anda. yang ni kena particular ckit, especially kereta. sbb bangun2 tgk kereta submerged tu mmg sedeh. paling x best sbb insurance x cover weh. harapan la. bencana alam katanya. so park kereta at tpt yg tinggi ckit. rajin2 bangun tgh malam tgk keadaan jalan kalau hujan tu lebat sgt.

4. jgn buang sampah merata2. yang ni patutnya sebelum banjir pun dah kena buat. tgk skrg tetiba banjir. nasib baik air leh mengalir. kalau tersumbat dek sampah2 tu lagi lah dasat. maybe jadi mcm KL kot. xda apa nak dibangga kalau the whole city submerged. cuma bex xyah g keja ngeh3x.

oraite, by masa aku tulis ni ujan dah stop. so kuchingites, take a good care of ourselves and families ya.

Rabu, 4 Januari 2012

Kesetiaan pun perlu diusahakan



"Dah bukan jodoh kami..nak buat macam mana".........

statement yang biasa kita dengar.tapi,ramai yang terlepas pandang.Kesetiaan amat memerlukan USAHA.Hek!...apa ko merepek ni.Itu yg slalu aku dengar respon dari mereka2.Itu dah cukup membuktikan mereka2 ni tak pernah pikir pasal apa itu cinta and serious relationship sebenarnya

Bagi aku,yang pernah merasai naik turun dalam bercinta ni,aku simpulkan perlunya usaha dalam kesetiaan.Kalau hati rasa macam nak try2 dengan awek lain tu,sah2 la korang tak pernah usaha dalam kesetiaan.Mana taknya,yang lama tu dah tau sangat apa kebaikkan dan lebih2 lagi keburukkannya.So nak try sumtin new lah katakan.Tapi last2,awek cun baru yang ko rembat tu lebih sundel dari yang ko bayangkan.Last2 terhegeh2 nak cari yang lama

The point is,kalau rasa tiba2 hati ni rasa ter-ber-kenan dengan yang baru,fikir2 kan lah pengorbanan orang lama.Nafsu ni dapat dikawal...i mean nafsu mencurang bukan nafsu teeeeetttt....Cuma nak click decline atau proceed je.Tanya sama hati,adakah anda pencinta terulung?

p/s : Setiap hari aku sentiasa belajar untuk menyayangi dan setia pada yang satu.Allah

Selasa, 3 Januari 2012

Jual maruah bangsa.Isu melayu bergambar di kubur cina



Pannggg!!!...aku lempang jugak betina bodoh ni.Mula2 aku ingatkan isu apa yang member2 cina aku duk sebarkan.ALih2 bila aku tengok and baca,Masyaallah...keterbodohan yang teramat.Memalukan...menghina...memang sialan betina ni

Mana orang tak hormat bangsa kita,pong pang pong pang isu politik sana sini,tapi tengoklah mentaliti orang kita.Ada ke patut bergambar kat kubur cina dengan macam tu.Siap wat tunjuk fuck lagi.Okie..maybe ada yang mcm tak sentap sangat.Tapi andai kata orang lain wat kat area perkuburan islam macam mana?.Lu sendri pikir lah

Apa yang saya nak jadikan tauladan kat sini..kalau nak tunjuk happening pun berpada2.Kematangan yang yang membentuk personaliti terbilang.Jangan lah terlalu "open minded" sampai buat benda macam ni.Nak2 lagi skang isu racist sangat sensitip.Yang salah kita cegah,yang betul kita puji.

p/s : Semua ni base on pemerhatian aku dalam gambar and comment link.Jika ada salah fakta sila inform.tenkiu

cuTI-CUti taHUn bArU 2012 - sematan

so new Year hari tu aku g bercuti di sematan. actually nak ke singapura utk kali ke 2 tp keadaan tidak mengizinkan so aku pergi local jer.

sematan ni terletak di daerah lundu, 120km ke arah ekor kuching (tanjung dato) - bersebelahan dgn kalimatan. di tepi laut, mmg cantik dan tak ramai pelancong macam kat damai. lagipun damai dekat jer, x thrill la x drive jauh2. initially aku plan nak g day trip je memandangkan hotel full hari tu. tapi last minit aku ringankan mulut aku tanya receptionist kat sematan palm beach tu, ada bilik! rezeki laaaa.. harga pulak xda beza kalau wat booking. so aku rembat je la! lagipun barang2 aku dah ready hahaha.

perjalanan aku bermula dr rumah - singgah maybank la, mcd la isi perut. minyak aku dah isi kaw2 dr sebelum pergi lagi. area tu mana na cr stesen minyak beb.



ni jalan ke sematan. licin je. kalah jalan kat bandar beb. ada area berbukit dan bengkang bengkok ckit tp aku x komplen. mmy syok drive cni.

dah 100km aku sampai kat lundu. lagi 24km ke sematan.



kat lundu ni dulu guna feri nak pass batang kayan. tp skrg dah ada jambatan xyah nak tgu feri mcm dulu2. kat area cni banyak gerai2 jual kerepek. aku apa lagi, rembat mana yg ptt. satu pek rm1.30 je. air tin rm1.70. murah kan??



so lagi 24 km utk sampai. main game dlm keta. nyanyi2, melalak2 sampai la jua ke sematan palm beach resort. ni mmg gamble lah. sbb bajet hotel full. ahhh rezeki, dpt jugak bilik akhirnya. rate weekend rm198 utk 2 org. ok la tu. mana nak cr siap ngan bfast utk 2 org n dinner utk 2 org.


main entrance ke resort.


ni area lobby n receptionist.


harga bilik. bagi aku agak berpatutan sbb termasuk 2 dinner n 2 breakfast (ikut type bilik la - kalay yang 4 dpt 4, yang 6 dpt 6). sekali dinner rm35/person (rm35x2=rm70), bfast pulak rm25x2 = rm50. so bilik cuma rasanya kurang dr rm100. good deal kan?

tp bilik dia aku ckp awal xleh nak expect shangila type la. amenities mcm tune hotels gak, tp size way bigger than tune la. tune hotel esp yang LCCT tu taraf almari yg leh tdo, tp yg ni mmg proper room la.


yang ni view dr bilik aku. x nampak laut tp leh la dgr bunyi laut tu. kat dpn tu quadruplex chalet. aku nak yang tu tp full derrr... yang ni lagi menarik sbb leh tgk sipi2 laut - yg kat depan tu la.


yang ni sesuai utk family sbb ada 6 katil dalam tu. mmg view dpn laut. kat dpn dia pulak swimming pool.
masa aku sampai pulak bendera merah. so bendera merah means no go nak mandi2 laut. angin kuat, so syok la. sejuk je rasa. apa2 pun aktiviti laut mmg xda. pergi pantai cam whore je keja. ok la kan? bukan aku swimmer pun.


ni view dr sebelah hujung resort. small je resort ni, tp aku yakin kalau g ramai2 BBQ mmg berlaboi. ala aku pergi berdua je pun ok per, fun aku rasa. sangat2 berbaloi. depends la dgn mcm mana kt spend masa tul x?

so ptg aku shoot2 pictures pastu g sematan town utk ke jetty dia. mmg cantik view kat town dia walaupun agak sunyi. kalau lama2 dok kat sematan ni x sanggup aku kot. tp sekali sekala nak tenangkan otak mmg best!


dinner lak kat restoran dier nih. aku mmg salute la. mula2 aku pk, alah dinner biasa je ni, x expect nice food. restoran dia simple, tp aku suka. mcm ni la hiasan dalam rumah yg aku idamkan. ngeh3x. bila dh rasa makanan dia, mmg turn out to be sangat sedap. spread dia pun ok. ada menu utama nasik, daging masa kicap - daging dia empuk!, ayam masak halia, ikan goreng, spageti pun ada. puas lah. sgt berbaloi dgn harga yang dibayar.


malam kat resort lepas dinner jz watch big screen yg dia pasang. ramai2 tgk mmg syok. bertemakan angin malam lagi. pastu jalan2 kat resort waktu malam. tenang je rasa. tgk pulau (aku rasa talang talang) dgn rumah apinya. sesuatu yg memorable lah. nak2 lagi kalau dating kat situ ;-).

next day bfast mcm biasa. bfast menu dia ok. aku tgk ada mee jawa. so rembat lah 2 mangkuk tp x ambik dia punya kuah dulu (kira reserve la konon). alih2 bila dah nak ambik kuah, DAH HABIS! hambik aku sbb tamak. hahaha

disebabkan aku pergi musim winter kat kuching nih, so aktiviti pantai mmg halted. next time aku akan dtg lagi and harap cuaca elok. balik dr resort aku sampai umah je pengsan terus tdo 2 jam. apa2 pun otak refreshed sbb dah g simple vacation. dan the best thing - J.I.M.A.T.


so next trip aku berjalan jauh ckit. ke luar negara insya Allah. nak jimat2 duit n cr duit extra utk bulan ini. aminnn.

Isnin, 2 Januari 2012

Review Movie Suatu Malam Kubur Berasap 2011



Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap
Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Filem ini akan ‘berasap’ di pawagam pada 22 Disember 2011.

Review dari aku
Haiiihhhh...aku mengeluh panjang masa tengok citer ni.Nasib baik tengok masa movie day (RM5 je).Kalau dalam bahasa kasar aku cakap citer sampah.opssss....baik tengok citer Alvin and the chipmunk.Bagi aku kalau nak tengok movie,biar rasa puas hati dengan citer yg kita bayar.Kalau tak baik taruk kat astro je.

Secara kesimpulannya citer ni nak menceritakan pasal ada hantu yg masih berdendam.TAPI,hantu2 yang muncul pada awalnya tu takde kene mengena langsung dalam citer ni.Cuma hantu yang nama siti tu je.Alih2 cara nak halau hantu tu pun tak mencabar.

Part yang pelakon cakap sengau2 tu aku rasa tak perlu pun.Sebab wat lawak sengau,juling,gagap dah tak lawak skang.Bukan apa,bila baca skrip ala sengau,memang langsung tak pham apa dia cakap.Sekaligus,lawak yang nak disampaikan tu tak menjadi.Tapi part Angah Raja Lawak jadi macam Fei Mao tu boleh tahan gelagatnya.

Secara keseluruhannya,citer ni sesuai untuk ditayangkan untuk cerekarama kat tv3 je.Nak tengok kat panggung tak perlah.Bukan tak nak support citer melayu,tapi kalau nak menjual barang biarlah yang elok.Macam korang beli nasi lemak...nak ke makan nasi lemak yang tak hidang telur and sambal.Sekian

p/s : citer songlap pun macam mengalami nasib yang sama dengan citer ni.alahai...

Amazing Spider-Man Trailer (Official Trailer 2012 720p HD)



Ehh....Amazing spiderman lah pulak.Apsal Hero lain?awek dia lain?Mak bapak dia lain.Aku pun naik heran.Aku tau pasal movie ni dari trailer sebelum aku tengok citer "Suatu Malam Kubur Berasap" which is frankly speaking citer langsung tak sedap.

So aku terkial2 jugak masa tengok trailer tu,rasa macam familiar je.Pastu tergaru kepala aku apsal nak wat citer lain spiderman dengan menggunakan smue watak yang lain.Adakah direktor yang dalam citer ni cuba untuk membuktikan dia wat citer lagi best dari sebelum ni?.

Tapi bagi aku citer spiderman sebelum ni mmg layannn amat.Lagi2 spiderman 3 masa dia lawan Venom.So yang ni aku tak berapa yakin sangat nak tonton kat panggung sebab sah2 sama macam sebelum ni (yang movie first).So apa2 pun kita tunggu dan lihat review dari FB twitter kawan korang,kalau best kita layan..kalau tak best tunggu donlod @ DVD je lah