so new Year hari tu aku g bercuti di sematan. actually nak ke singapura utk kali ke 2 tp keadaan tidak mengizinkan so aku pergi local jer.
sematan ni terletak di daerah lundu, 120km ke arah ekor kuching (tanjung dato) - bersebelahan dgn kalimatan. di tepi laut, mmg cantik dan tak ramai pelancong macam kat damai. lagipun damai dekat jer, x thrill la x drive jauh2. initially aku plan nak g day trip je memandangkan hotel full hari tu. tapi last minit aku ringankan mulut aku tanya receptionist kat sematan palm beach tu, ada bilik! rezeki laaaa.. harga pulak xda beza kalau wat booking. so aku rembat je la! lagipun barang2 aku dah ready hahaha.
perjalanan aku bermula dr rumah - singgah maybank la, mcd la isi perut. minyak aku dah isi kaw2 dr sebelum pergi lagi. area tu mana na cr stesen minyak beb.
ni jalan ke sematan. licin je. kalah jalan kat bandar beb. ada area berbukit dan bengkang bengkok ckit tp aku x komplen. mmy syok drive cni.
dah 100km aku sampai kat lundu. lagi 24km ke sematan.
kat lundu ni dulu guna feri nak pass batang kayan. tp skrg dah ada jambatan xyah nak tgu feri mcm dulu2. kat area cni banyak gerai2 jual kerepek. aku apa lagi, rembat mana yg ptt. satu pek rm1.30 je. air tin rm1.70. murah kan??
so lagi 24 km utk sampai. main game dlm keta. nyanyi2, melalak2 sampai la jua ke sematan palm beach resort. ni mmg gamble lah. sbb bajet hotel full. ahhh rezeki, dpt jugak bilik akhirnya. rate weekend rm198 utk 2 org. ok la tu. mana nak cr siap ngan bfast utk 2 org n dinner utk 2 org.
main entrance ke resort.
ni area lobby n receptionist.
harga bilik. bagi aku agak berpatutan sbb termasuk 2 dinner n 2 breakfast (ikut type bilik la - kalay yang 4 dpt 4, yang 6 dpt 6). sekali dinner rm35/person (rm35x2=rm70), bfast pulak rm25x2 = rm50. so bilik cuma rasanya kurang dr rm100. good deal kan?
tp bilik dia aku ckp awal xleh nak expect shangila type la. amenities mcm tune hotels gak, tp size way bigger than tune la. tune hotel esp yang LCCT tu taraf almari yg leh tdo, tp yg ni mmg proper room la.
yang ni view dr bilik aku. x nampak laut tp leh la dgr bunyi laut tu. kat dpn tu quadruplex chalet. aku nak yang tu tp full derrr... yang ni lagi menarik sbb leh tgk sipi2 laut - yg kat depan tu la.
yang ni sesuai utk family sbb ada 6 katil dalam tu. mmg view dpn laut. kat dpn dia pulak swimming pool.
masa aku sampai pulak bendera merah. so bendera merah means no go nak mandi2 laut. angin kuat, so syok la. sejuk je rasa. apa2 pun aktiviti laut mmg xda. pergi pantai cam whore je keja. ok la kan? bukan aku swimmer pun.
ni view dr sebelah hujung resort. small je resort ni, tp aku yakin kalau g ramai2 BBQ mmg berlaboi. ala aku pergi berdua je pun ok per, fun aku rasa. sangat2 berbaloi. depends la dgn mcm mana kt spend masa tul x?
so ptg aku shoot2 pictures pastu g sematan town utk ke jetty dia. mmg cantik view kat town dia walaupun agak sunyi. kalau lama2 dok kat sematan ni x sanggup aku kot. tp sekali sekala nak tenangkan otak mmg best!
dinner lak kat restoran dier nih. aku mmg salute la. mula2 aku pk, alah dinner biasa je ni, x expect nice food. restoran dia simple, tp aku suka. mcm ni la hiasan dalam rumah yg aku idamkan. ngeh3x. bila dh rasa makanan dia, mmg turn out to be sangat sedap. spread dia pun ok. ada menu utama nasik, daging masa kicap - daging dia empuk!, ayam masak halia, ikan goreng, spageti pun ada. puas lah. sgt berbaloi dgn harga yang dibayar.
malam kat resort lepas dinner jz watch big screen yg dia pasang. ramai2 tgk mmg syok. bertemakan angin malam lagi. pastu jalan2 kat resort waktu malam. tenang je rasa. tgk pulau (aku rasa talang talang) dgn rumah apinya. sesuatu yg memorable lah. nak2 lagi kalau dating kat situ ;-).
next day bfast mcm biasa. bfast menu dia ok. aku tgk ada mee jawa. so rembat lah 2 mangkuk tp x ambik dia punya kuah dulu (kira reserve la konon). alih2 bila dah nak ambik kuah, DAH HABIS! hambik aku sbb tamak. hahaha
disebabkan aku pergi musim winter kat kuching nih, so aktiviti pantai mmg halted. next time aku akan dtg lagi and harap cuaca elok. balik dr resort aku sampai umah je pengsan terus tdo 2 jam. apa2 pun otak refreshed sbb dah g simple vacation. dan the best thing - J.I.M.A.T.
so next trip aku berjalan jauh ckit. ke luar negara insya Allah. nak jimat2 duit n cr duit extra utk bulan ini. aminnn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan