Isnin, 2 Januari 2012

Review Movie Suatu Malam Kubur Berasap 2011



Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap
Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie. Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur. Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.

Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola. Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? Filem ini akan ‘berasap’ di pawagam pada 22 Disember 2011.

Review dari aku
Haiiihhhh...aku mengeluh panjang masa tengok citer ni.Nasib baik tengok masa movie day (RM5 je).Kalau dalam bahasa kasar aku cakap citer sampah.opssss....baik tengok citer Alvin and the chipmunk.Bagi aku kalau nak tengok movie,biar rasa puas hati dengan citer yg kita bayar.Kalau tak baik taruk kat astro je.

Secara kesimpulannya citer ni nak menceritakan pasal ada hantu yg masih berdendam.TAPI,hantu2 yang muncul pada awalnya tu takde kene mengena langsung dalam citer ni.Cuma hantu yang nama siti tu je.Alih2 cara nak halau hantu tu pun tak mencabar.

Part yang pelakon cakap sengau2 tu aku rasa tak perlu pun.Sebab wat lawak sengau,juling,gagap dah tak lawak skang.Bukan apa,bila baca skrip ala sengau,memang langsung tak pham apa dia cakap.Sekaligus,lawak yang nak disampaikan tu tak menjadi.Tapi part Angah Raja Lawak jadi macam Fei Mao tu boleh tahan gelagatnya.

Secara keseluruhannya,citer ni sesuai untuk ditayangkan untuk cerekarama kat tv3 je.Nak tengok kat panggung tak perlah.Bukan tak nak support citer melayu,tapi kalau nak menjual barang biarlah yang elok.Macam korang beli nasi lemak...nak ke makan nasi lemak yang tak hidang telur and sambal.Sekian

p/s : citer songlap pun macam mengalami nasib yang sama dengan citer ni.alahai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan