Isnin, 11 April 2011

Atasi gugup semasa presentation (pembentangan)


Presentation kalau diikutkan benda yang mudah,Hanya berdiri didepan orang ramai dan hanya meyampaikan topik yang terlah diberikan.Tapi memang sesuatu yang biasa jika kita 'blank'/gugup semasa present.Mengikut beberapa kajian,manusia lebih takut untuk buat presentation dari takut pada ular,mati,dan sebagainya.Ada yang seolah-olah lebih sanggup mati dan masuk keranda dari menghadapi presentation.

How can you get over this fear? Here are some tips:
  • Persediaan awal.Lakukan presentation berulang kali secara sendirian.Pengulangan membuatkan anda lebih selesa dengan body language,aturan dan ayat dalam pembentangan
  • Bersiap lebih awal.Selesakan diri anda dengan tempat sekeliling anda akan lakukan pembentangan
  • Jika anda lakukan pembentangan dengan orang yang anda tidak kenal,perkenalkan diri anda pada beberapa "audience" anda.Ini akan membuatkan anda lebih selesa dan tidak meletakkan status orang asing pada pendengar
  • Semasa anda lakukan pengenalan diri,kenal pasti "friendly faces".Semasa lakukan pembentangan,focuskan pandangan pada friendly faces.Ini akan buatkan anda rasa lebih tenang
  • Simpan foto rakan-rakan,pasangan istimewa,ibu bapa, atau adik-beradik dekat dengan anda.Bila dalam keadaan yang kurang selesa,tengok la gambar mereka.Bernafas dengan tenang .Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan pernafasan lebih stabil
  • Berlagak seperti anda yakin.Tapi jangan act over confident.
  • Pegang satu objek kecil ditangan.Ini mungkin akan dapat mengkalihkan rasa takut pada objek yang anda pegang
  • Beri bisikan semangat pada diri seperti :
"aku boleh buat...aku ada 'can do' attitude.."
"Aku adalah orang yang hebat..."
  • Set dalam minda "walauapa pun presentation akan berakhir".20min akan berlalu dalam sekelip mata bila anda mulakan pembentangan :-)
p/s : Pernafasan yang stabil (oksigen) dan persiapan awal adalah kunci utama dalam presentation

Add Image

1 ulasan:

  1. thank 4 sharing azizul.. mesti kau nie seorang presentator yang bagus.. hehe

    tapi yg penting kena selawat sebelum present

    Entri paling hot :
    Nuffnang pandang serius pada entri "Rahsia Terbongkar Nuffnang"

    BalasPadam