Sabtu, 9 April 2011

Maharaja Lawak pusingan minggu ke 2

Kumpulan sepah hebat malam semalam

Kami semakin berminat untuk menonton Maharaja Lawak.Sebab konsep pementasan pelawak yang menarik,dimana menggabungkan semua finalist dari raja lawak sebelum ni.Tapi sayang,bagi sape-sape yang tidak melanggan pakej mustika dah tak dapat tengok ep-3 sebab astro hanya akan tayangkan di astro warna (biasa lah strategy meniaga,bukan salah pun)

Kritikan tak bertauliah

Jozan - selepas dikritik pedas berapi pada minggu pertama,dah nampak mereka rasa mereka bukan dalam zon selesa.Walauapa pun macam kata Mamat Khalid,jozan dah ada pengikutnya sendiri dan setia.Dari segi persembahan lebih menghiburkan dari minggu pertama.Nampak la mereka ada buat latihan dari persembahan spontan minggu pertama1

Jambu - Seolah-olah menonton teater.Lakonan yang matang dan lawak bersahaja.Tak nampak memperbodohkan diri dan nampak mereka memang ada bakat semulajadi untuk menjadi penghibur.

Nabil - siapa tak kenal nabil dengan watak bersahaja.Nabil cuba habiskan sketsa yang dia cuba persembahkan pada minggu lalu.Cuma harapkan Nabil lebih mempercepatkan apa yang dia cuba nak sampaikan.Menghiburkan dengan gimik produk ridsect berapi tuh!

XN3 - HHmmmm...persembahan yang tak berapa memorable.Nampak usaha dan persiapan tetapi kurang sedikit rencah dalam penyampaian dan isi

Sepah - Persembahan kegemaram Kami malam tu.Kami memang tak pernah tahu pasal kebolehan kumpulan ni.Sebelum ni ada dengar-dengar mereka Juara Raja Lawak lepas tu berlakon dalam la la li tamplom.Tapi bila tengok persembahan minggu ke 2,memang Kami hormat dengan kebolehan mereka.Lawak bersahaja dan memang buat Kami ketawa berdekah-dekah.Memang gelak ikhlas =D

Jihan - Salah seorang wakil wanita dalam pertandingan ni.Menghiburkan dan tak nampak menyampah.Cuma sedikit tenggelam sebab populariti peserta lain.Come on you can do more then our's expectation sis!

Amir - Kami kurang senang dengan cara persembahan Amir.Tak tahu mengapa.But,much more better then previous performance.Cuma amir,kene kurangkan cakap Ya ALLAH!,bila melawak.Rasa macam tak kene..

Wai - Persembahan yang saya terpaksa tukar channel sebab rasa terseksa menonton mereka.Nothing much

Alex - Penceritaan perlahan dan sedikit lemah.Tapi ada potensi

Man - Penceritaan agak terabur sebab gabungan dari lawak buku yang pernah dibaca.

Balas - MENGHIBURKAN...cara melawak yang 18sx,tapi tak nampak melampau.Nampak mereka memang semula jadi kelakar

R2 - Antara peserta kegemaran.Penceritaan buat setakat ini memang kuat dan menghiburkan.Kami boleh katakan mereka sering buat lawak BIJAK

Youtube maharaja lawak minggu ke 2

Jambu - Klik disini
Nabil - Klik disini
Sepah - Klik disini
Jozan - Klik disini
Jehan - Klik disini
Balas - Klik disini

p/s : penyingkiran minggu ke 2 mengelirukan.Hakikatnya tiada penyingkiran.Mungkin minggu ke 3 ada 2 penyingkiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan