Jumaat, 1 April 2011

Maharaja Lawak




Tepat jam 12:00am tadi Maharaja Lawak berakhir.Tertarik untuk saya menulis berkenaan rancangan ini.Raja Lawak sudah menjadi perbualan ramai penonton masa kini.Dulu saya sendiri musykil dengan kemampuan rancangan sebegini.Menunjukkan bakat dari segi berjenaka bukan sesuatu yang mudah.Dari niat untuk buat orang ketawa membuatkan orng rasa meluat dan hairan

Dengar tajuknya sahaja sudah menunjukkan Maharaja lawak mempunyai standard-nya sendiri.Sangat menarik sebab semua peserta yang menyertai Maharaja lawak adalah hanya yang terpilih dari raja lawak sebelum dan dari kalangan TERBAIK sahaja.Persembahan malam ini sangat menghiburkan tetapi yang pasti,esok isu kumpulan jozan akan menjadi isu.

Jozan gabungan ari Zizan dan Johan raja lawak musim pertama mendapat kritikan pedas.Ada benarnya sebab mereka nampak begitu yakin diatas pentas dan lupa mereka adalah perserta dan bukan seorang juruacara.Telatah dan cara melawak masih lagi gaya yang serupa dan bersahaja tetapi penceritaan tiada.Persembahan yang agak mengecewakan berbanding dengan peserta raja lawak baru-baru ini.Mungkin kerana mereka masih fresh dan masih biasa dengan persembahan pentas

Walauapapun ia adalah suatu idea rancangan terbaik dan bernas sebab saya sentiasa bayangkan ada sebuah rancangan realiti yang menggabungkan semua juara dan peserta terbaik berentap kembali dalam suatu pentas.Dapat lah membezakan adakah mereka layak bergelar juara sebelum ini atau tidak.

p/s : Peserta kegemaran saya adalah Nabil,Man,balas,R2.Siapa bakal juara?Mungkin Nabil kot insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan