Salah satu gambar sinis kepada pemimpin
Isu minyak naik ini sangat sensitif untuk dibicarakan.Saya secara jujurnya tidak berani untuk berbicara panjang mengenainya kerana boleh mendatangkan emosi terlampau kepada pembaca dan yang membicarakannya.Sebut sahaja pasal minyak apa yang akan dituding dahulu adalah kerajaan.Membuatkan saya terpikir,adakah kerajaan menaikkan harga minyak dengan sengaja?.Mungkin juga....Saya merenung tentang sikap manusia kini.Andai kata berita sebegini keluar :
"Gaji akan dinaikkan RM400 awal tahun depan..."
respon yang akan kita dengar adalah,
"alaaahhh...rm400 tu nak wat apa,takat beli barang dapur je lah"
Andai kata kalau berita seperti diatas keluar pula :
"Ni lah aku benci..sah-sah nak cekau duit aku"..
Saya faham ini melibatkan periuk nasi masing-masing.Ada yang berpendapatan kecil,ada yang berpendapatan besar.Tapi haruskah kita terus menyalahkan dengan apa yang terjadi?.Kalau rasa minyak naik harga,kurangkan penggunaan kenderaan.Ianya seolah-olah dalam kocek ada rm2 tapi mahu makan hotel.Saya tidak menyalahi dan menyokong mana-mana pihak tetapi hanya mahu muhasabah diri.Kalau rasa diri ini hebat sangat mahu menjadi pemimpin negara dan boleh lakukan perkara yang lebih hebat,tampilkan diri dan buktikan apa yang ada dari hanya berbual kosong.Suara sahaja tinggi,tapi perlaksanaan kosong.
p/s : Sejujurnya saya tidak akan meneruskan perbincangan ini kerana akan membangkitkan isu politik dan emosi yang terlampau.Lebih baik saya tersenyum sahaja dan ingat dari mana saya diwujudkan kerana BELIAU yang telah menentukan segalanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan