Sabtu, 31 Disember 2011

hari TERAKhiR 2011

semua org sibuk ckp hari terakhir 2011. semalam jumaat terakhir. buat aku terpikir, kenapa org obsessed dgn tarikh? 11.11.11 lagi lah, bg aku jz another day. tp takper, masing2 punya pendirian dan fikiran. so aku x komplen cuma jz wonder.

yg aku obsessed aku ngaku birthday aku je. dan bday seseorang yg penting dlm idup aku. ha selain tu raya. mau nyer ko x obsessed bila puasa n raya. kang tang2 org pose ko dok kat pizza hut. naya je kan.

mlm tahun baru 2012 nih, aku x pasti apa yg goin on kat bandaraya nih. nmpk smooth je everywhere. tp ada gak org yg sibuk nak buat BBQ. td aku ada tgk tpt bbq kat serikin tu. rm65 blm tawar. tawar tekan kaw2 dpt tu. tp nak beli ke tak, nak beli ke tak. so aku hold dulu.

mlm ni plan aku, ikut flow. mana yg best aku g. tgk bunga api kalau ada. nak kata excited nak sambut new year tu tak la, cuma nak tau what's goin on. aku rasa konsert search malam ni kat stadium tp aku not into it.

yang aku tau, esok aku nak drive ke SEMATAN. 120 km, sejam stgah drive. nak tgk ujung sarawak. ada kesempatan aku blog pasal g situ. org cni bg gelaran southampton. berangan gak kan? haha. aku cuba book resort dia hari tu www.spbresort.com dah full pulak. so aku call pun no luck. aku g day trip je lah. hope worth it lah kan.






till esok, aku akan blog pasal sematan lak. chiao!

Jumaat, 30 Disember 2011

2012. taHUn bAru, aZaM baru

esok dah hari terakhir tahun 2011. soklan biasa ditanya:
1 - apa azam baru
2 -azam 2011 tercapai tak?

aku jawab soklan 2 dulu. bagi aku tak tercapai sgt. dlm beberapa peratus je tercapai. tp aku tak kisah, asalkan ada. dan asalkan usaha. lain2 terpulang pada takdir. tul x? tak semestinya idup ikut apa yang kt rancangkan kan?

nak kata berapa peratus tercapai aku pun x pasti. yang pasti, aku dah jejak kaki kat singapura, indonesia (bali). sudah memadai. aku suka berjalan tp berjalan ada rintangan. aku bukan anak org kaya dow petik jari leh g los angeles. ada rezeki extra aku berjalan. kalau takde, aku simpan impian aku dulu. dulu nak blog pasal travel, tp aku x reti sgt. m-a-l-a-s kot. kain kalas ketat sgt kat dahi aku ni.

2011 bagi aku banyak sgt ups and downs. warna warni lah senang cita. pahit manis masin kelat pedas semua aku rasa dalam 2011. forget about the past, ambik pengajaran dan JANGAN ULANG KESALAHAN terutama secara sengaja (eh ada ke kesalahan sengaja buat - a.d.a.l.a.h!).

enuff said pasal 2011. let the past be the past.

now pasal 2012.

ringkas cerita :

1 - aku nak kumpul duit. dr tahun2 sudah aku nak kumpul x terlaksana. disiplin duit aku hancus. x reti2 nak saving. dpt locum rm130 habiskan semuanya. hishhh.. apa la aku nih. so tahun ni, locum aku dpr rm130/malam, rm30 aku simpan dlm OCBC aku. tabung JALAN2. rm100 buat belanja, dah la. pastu tiap bulan isi la ASB tu, rm100 pun cukup/bulan kan? lagi satu HSBC simpanan tetap aku, xleh kacau langsung. rm200 aku letak tiap bulan. dah. period. xnak ckp lebih2 nanti org ckp berlagak :-P.

2. aku nak jalan2. tapi yang ni perlu approval dr "manager" aku dulu. apa2 pun kena wat planning awal2 supaya tak kena ketuk. so far aku dh plan sampai mac, kalau xda masalah insya Allah pergi ke tpt2 tersebut. nanti aku blog pasal planning cuti aku.

3. ni paling penting. aku letak no 3 supaya x lupa. pendek je, tp padat rasanya. aku nak jadi seseorang yang menyenangkan. aminn.. period.

aku harap dgn bantuan "pengurus" aku, aku dpt sama2 mencapai apa yang di azamkan. jgn nak azam je pastu alpa. cisss... ! dasar

Khamis, 9 Jun 2011

Diary of wimpy kids Rodrick rules syiokkkk!!!


Dah lama tunggu citer ni kuar.Alih2 masa pergi midvalley hari tu nampak dia dah ada kat panggung.Wooohoooo...i was soo excited that time.Soo plan tengok dengan hadeq2.Cerita memang tidak menghampakan.Walaupun lari sikit dari cerita asal buku,masih ada penceritaan dan mudah difahami.Soo hilarious sampai gelak tak ingat dalam panggung.Penonton lain pun sporting.Cerita ni kalau tak salah takde iklan kat tv pun,whatever it is sangat tak rugi menontonnya!.

Kami tak sure dekat panggung lain ada ke tak,so make sure cepat2 beli.Kalau nak tunggu download macam takde je sebab dah lama cari :P.Worth money to watch.So don't miss it ok.Ada paste kan trailer kalau nak tau cerita ni kene dengan jiwa anda atau tidak : )

Trailer : Diary of wimpy kids rodrick rules movie

Sabtu, 21 Mei 2011

Kuasa duit




Duit owh duit....baru aku mengerti hidup kerana duit.Hakikatnya tanpa duit memang kita useless.Nak makan tak boleh nak mengorat apakan lagi.So at the end boleh kata kita akan mati keseorangan sebab tiada kuasa iaitu DUIT.

Dengar pada tajuknya mungkin kalian fikir

"ahhhhh...topik biasa.semua orang tahu"..

Tapi bagi aku yang mahu mengerti apa maksud hidup sudah mula merasa garam hidup.Aku dah masuk ke satu tahap iaitu menyara hidup.Macam masa kita sekolah2 dlu,kita akan belajar cara untuk berdikari,bercakap,bergaul dan sebagainya.Tapi sekarang aku rasa duit adalah masalah segalanya.Dengan duit semua tak dapat.

Aku mula terkenang masa my parents dlu2 kerja susah2.Then aku senang2 nak mintak rm1 (zaman dlu2 skang mana budak nak rm1) nak beli junk food kat kedai pakcik.Just imagine ape perasaan diorang masa takda duit kita mintak duit macam tu je.Bila tak diberi alih2 kita memberontak

Duit owh duit...patutlah kerana duit orang sanggup membelot.Kerana duit orang sanggup menyusahkan orang lain.Kerana duit orang menipu.Dan paling utama sekali,kerana duit orang sanggup menjual harga diri.Boleh aku katakan duit seumpama dajjal dimana kata dalam sumber yg aku tahu,dajjal adalah sesuatu yang mengawal manusia.Seolah lebih berkuasa dari Tuhan

Oleh itu,apa yang perlu aku buat?Mengeluh?..owhhh tidakkk.kunci nya adalah kita harus BERSYUKUR.Bersyukurlah dengan atas rezeki yang tuhan beri.Dengan bersyukurlah kita merasakan segalanya cukup dan lengkap.Dengan bersyukurlah kita akan rasa lebih tenang.Dengan bersyukurlah kita akan rasa lebih gembira dengan nikmat hidup.Dan yang paling utama,dengan bersyukur insyaallah membuatkan kita rasa lebih dekat dengan tuhan.

p/s : Biar tak cukup duit janji perut dapat diisi walaupun seteguk air

Jumaat, 20 Mei 2011

Maharajalawak minggu 8

Hoorayyy...hooorayyyy...Amir sudah takde.Lega minda mata kami tak perlu nak tengok lawak terdesak dan menyeksakan.Bukan mengutuk tapi dah hakikatnya.Takkan dah sampai tahap macam tu skali kita nak bagi can kesian kat dia.Ni pertandingan yang ada tahap dan standard tersendiri.Kalau rasa nak tagih simpati lebih baik masuk bersamamu jer.

So overall persembahan amat memuaskan cuma persembahan dari Man seakan-akan dah mati akal apa nak buat.Yer lah...siapa tak tertekan,produk juara musim lepas nampak hambar bila bertanding dengan taiko lain.Tapi kematangan ada pada Man dan kami rasa beliau dapat hidup di dunia seni yang penuh dugaan

Dalam banyak-banyak persembahan kami agak hampa dengan JAMBU sebenarnya.Walaupun mereka dapat pujian dari juri tapi,masih membuatkan kami terpinga-pinga dengan lawak yang cuba disampaikan.Mungkin mereka cuba catch school generation punya audience mungkin.Maklumlah...sedar dah tua skit.

Overall Maharaja semakin mantap tanpa AMIR.Adakah pihak astro sedap AMIR semata-mata untuk raih undi dari fanatik kelantan?.Atau untuk "mewarnakan" lagi maharajalawak (tangan di dada mata keatas)

Anyway..satu pujian pada pihak astro sebab sekurang-kurangnya undian masuk bukanlah dari sms.Nampak sangat nak untung kalau buat macam tu.Atleast dengan undi like di FB lebih adil sebab 1 undi untuk satu kumpulan.Bukan macam sms buli undi berpuluh-puluh kalau diri tu mampu.

p/s : bukan senang nak melawak.Itu kami akui

Rabu, 18 Mei 2011

RON 95 pulak nak naik

Naik...naik...naik...Aku mula rasakan ada benda yang tak best di dengar.Okie fine,mmg harga pasaran dunia naik.Tapi bila selalu kerap kita dengar naik,mentaliti jadi memberontak.Rasanya tak sesuai dlu kerajaan cakap nak naikkan harga "seseuatu" benda komoditi secara berturut2.

Rakyat tak boleh cepat sesuaikan dengan perubahan yang secara tiba-tiba dan berkali-kali.Dah la dengan politik Malaysia jadi citer panas dalam akhbar hari2.Once kerajaan wat keputusan itu lah modal pembangkang.So rasa fedup la jugak asyik cerita sama je.Ni duk bangkang,ni duk kutuk.Culture tak sihat la

Apa yang boleh kita buat hanya buat perubahan pada diri.Duk demonstrasi sana sini pun culture tak elok.Nak ke kita jadi macam negara lain sampai pertumpahan darah bagai.Nak wat demonstrasi,emosi tak terkawal habis smue di bako!.Nak tunjuk memberontak la.

So,pada pihak tertentu..sebelum nak buat keputusan pikir dulu ape riaksi orang.Untuk pemerhati,jangan nak emosi sangat yer.^^"

Rabu, 4 Mei 2011

Harga Minyak Petrol RON97 Naik Lagi 20 Sen Mulai 5 Mei 2011



Bermula tengah malam ini (5 Mei 2011), petrol RON 97 akan dijual pada harga baru RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Kenaikkan ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. ~ malaysiakini

Khamis, 14 April 2011

whatsapp vs bbm vs yahoo massenger

whatsapp

Mesti ramai yang jarang dengar apa tu whatsapp.Handphone ape yang boleh muat turun applikasi ni.Whatsapp adalah satu applikasi untuk menghantar masej ringkas (SMS) kepada pengguna whatsapp lain.Apa yang menarik kami untuk becakap pasal ni sebab kami sedikit hairan kenapa BBM lebih terkenal dan kononnya up to trend.Yes kami bukan pengguna blackberry tapi fungsi smue applikasi seperti yahoo massenger,bbm dan whatsapp adalah sama

Harga
Jika dibandingkan dengan harga,yahoo massenger adalah yang paling berbaloi sebab ia nya percuma.BBM adalah perkhidmatan pakej yang dikenakan tiap-tiap bulan* oleh perkhidmatan telco yang pengguna gunakan.Whatsapp pulak hanya perlu beli applikasi tu dalam lingkungan rm3* /0.99 cent dollar.

BBM

Ciri-ciri
Bagi setiap apps ada kelebihannya sendiri.Secara singkatannya setiap apps memerlukan id/kekunci untuk mengekses kepada pengguna lain.Bagi BBM hanya boleh berhubung dengan pengguna BBM dan Blackberry sahaja.Whatsapp boleh dimuat turun pada kebanyakkan model handphone (nokia/iphone/bbm/sonyericson).Yahoo massenger pun sama dengan whatsapp.

Ringkasan
Yang anehnya pengguna lebih admire applikasi bbm berbanding dengan applikasi yang lain.Bagi kami,kami menggunakan whatsapp dan yahoo massenger untuk berhubung melalui hp.Jika dibandingkan,yahoo massenger adalah yang paling berbaloi dimana hanya memerlukan hp yang boleh muat turun applikasi ini dan hanya log in mengguna id YM biasa.Tidak menggunakan 1sen kos pun.Whatsapp hanya perlukan modal pada awalnya,dan dapat berhubung dengan rakan-rakan walaupun mereka diluar negara asalkan ada line internet/WiFI.Penggunanya mungkin lebih luas sebab boleh berhubung dengan lebih banyak pengguna pelbagai model hp.BBM pula hanya boleh berhubung dengan pengguna blackberry sahaja.

Sebagai rumusan,kami rasa mungkin faktor trend yang menyebabkan pengguna berlaih arah kepada produk yang terkini.Even,kita boleh lihat penggunaan yahoo massenger/msn/mirc sudah merunum berbanding dulu.Kalau dulu,bila kita pergi cyber cafe mesti kita buka chatting tapi dah decline sebab kewujudan FB.Agak menghairankan sebab masa zaman myspace dengan friendster,masih giat pengguna berchatting.Terpulang kepada pengguna untuk memilih yang mana yang lebih berbaloi

p/s : Hakikatnya,semakin canggih teknologi,semakin kurang kita bersosial secara sihat diluar.Sebab semuanya dihujung jari

Selasa, 12 April 2011

Kerana dadah, Ameng dipenjara 8 tahun dan 10 kali sebatan


Sumber dari BERNAMA :

Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan dadah.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua.

Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamin seberat 0.22 gram.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas. – Bernama


p/s : Hakikatnya,Kami merasakan ada orang dalam antara kalangan artis sendiri yang mengedar.Apa yang paling memalukan,BELIAU adalah melayu

GAME BOY MUSIC


Video ni bukan menunjukkan device nintendo yang baru tapi muzik yang dihasilkan dari sebuah gamboy lama zaman dulu-dulu.Pernah ada jugak sebijik tapi ntah mana pergi.Kalu rasa kreatif cuba lah buat :-)

p/s : Legend gameboy besar tu.Rasa macam ada ps3 lah pada masa tu.

Isnin, 11 April 2011

Atasi gugup semasa presentation (pembentangan)


Presentation kalau diikutkan benda yang mudah,Hanya berdiri didepan orang ramai dan hanya meyampaikan topik yang terlah diberikan.Tapi memang sesuatu yang biasa jika kita 'blank'/gugup semasa present.Mengikut beberapa kajian,manusia lebih takut untuk buat presentation dari takut pada ular,mati,dan sebagainya.Ada yang seolah-olah lebih sanggup mati dan masuk keranda dari menghadapi presentation.

How can you get over this fear? Here are some tips:
  • Persediaan awal.Lakukan presentation berulang kali secara sendirian.Pengulangan membuatkan anda lebih selesa dengan body language,aturan dan ayat dalam pembentangan
  • Bersiap lebih awal.Selesakan diri anda dengan tempat sekeliling anda akan lakukan pembentangan
  • Jika anda lakukan pembentangan dengan orang yang anda tidak kenal,perkenalkan diri anda pada beberapa "audience" anda.Ini akan membuatkan anda lebih selesa dan tidak meletakkan status orang asing pada pendengar
  • Semasa anda lakukan pengenalan diri,kenal pasti "friendly faces".Semasa lakukan pembentangan,focuskan pandangan pada friendly faces.Ini akan buatkan anda rasa lebih tenang
  • Simpan foto rakan-rakan,pasangan istimewa,ibu bapa, atau adik-beradik dekat dengan anda.Bila dalam keadaan yang kurang selesa,tengok la gambar mereka.Bernafas dengan tenang .Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan pernafasan lebih stabil
  • Berlagak seperti anda yakin.Tapi jangan act over confident.
  • Pegang satu objek kecil ditangan.Ini mungkin akan dapat mengkalihkan rasa takut pada objek yang anda pegang
  • Beri bisikan semangat pada diri seperti :
"aku boleh buat...aku ada 'can do' attitude.."
"Aku adalah orang yang hebat..."
  • Set dalam minda "walauapa pun presentation akan berakhir".20min akan berlalu dalam sekelip mata bila anda mulakan pembentangan :-)
p/s : Pernafasan yang stabil (oksigen) dan persiapan awal adalah kunci utama dalam presentation

Add Image

Sabtu, 9 April 2011

Bangunan Umno 'kaler' biru

Biru = Barisan Nasional
Hijau = PAS
Roket = PKR

Bla...bla...bla....cakap pasal politik sampai bila tak abis.Banyak ideologi dan hujah berbeza-beza.Apa yang Kami ingin kongsi kan adalah gambar bangunan UMNO yang cantik amat.Suatu tarikan kalau pelancong luar lihat.Tak kisah lah gambar apa sekali pun yang tertayang.Tengok pun dah tau sangat ber-kos.Dan ape orang yang 'anti parti' tertentu tengok ni akan pikir

"Ni lah kerja teeeeettt...menghabiskan duit rakyat dengan benda macam ni..bla..bla...bla"...

Apa-apa lah (whatever~)...this is part of advertising,and advertising is for reminding and persuading.It's part of strategy dalam apa-apa pun.

Berbalik pada topik,Kami cuma nak kongsi gambar yang Kami ambil dari FB hamba Allah ni.Tak berpeluang nak tengok sebab Kami berada di over the sea.

p/s : Lebih tenang menikmati alam yang hakikatnya tenang dari baca dan menonton media yang menunjukkan hal sebaliknya :-)

Maharaja Lawak pusingan minggu ke 2

Kumpulan sepah hebat malam semalam

Kami semakin berminat untuk menonton Maharaja Lawak.Sebab konsep pementasan pelawak yang menarik,dimana menggabungkan semua finalist dari raja lawak sebelum ni.Tapi sayang,bagi sape-sape yang tidak melanggan pakej mustika dah tak dapat tengok ep-3 sebab astro hanya akan tayangkan di astro warna (biasa lah strategy meniaga,bukan salah pun)

Kritikan tak bertauliah

Jozan - selepas dikritik pedas berapi pada minggu pertama,dah nampak mereka rasa mereka bukan dalam zon selesa.Walauapa pun macam kata Mamat Khalid,jozan dah ada pengikutnya sendiri dan setia.Dari segi persembahan lebih menghiburkan dari minggu pertama.Nampak la mereka ada buat latihan dari persembahan spontan minggu pertama1

Jambu - Seolah-olah menonton teater.Lakonan yang matang dan lawak bersahaja.Tak nampak memperbodohkan diri dan nampak mereka memang ada bakat semulajadi untuk menjadi penghibur.

Nabil - siapa tak kenal nabil dengan watak bersahaja.Nabil cuba habiskan sketsa yang dia cuba persembahkan pada minggu lalu.Cuma harapkan Nabil lebih mempercepatkan apa yang dia cuba nak sampaikan.Menghiburkan dengan gimik produk ridsect berapi tuh!

XN3 - HHmmmm...persembahan yang tak berapa memorable.Nampak usaha dan persiapan tetapi kurang sedikit rencah dalam penyampaian dan isi

Sepah - Persembahan kegemaram Kami malam tu.Kami memang tak pernah tahu pasal kebolehan kumpulan ni.Sebelum ni ada dengar-dengar mereka Juara Raja Lawak lepas tu berlakon dalam la la li tamplom.Tapi bila tengok persembahan minggu ke 2,memang Kami hormat dengan kebolehan mereka.Lawak bersahaja dan memang buat Kami ketawa berdekah-dekah.Memang gelak ikhlas =D

Jihan - Salah seorang wakil wanita dalam pertandingan ni.Menghiburkan dan tak nampak menyampah.Cuma sedikit tenggelam sebab populariti peserta lain.Come on you can do more then our's expectation sis!

Amir - Kami kurang senang dengan cara persembahan Amir.Tak tahu mengapa.But,much more better then previous performance.Cuma amir,kene kurangkan cakap Ya ALLAH!,bila melawak.Rasa macam tak kene..

Wai - Persembahan yang saya terpaksa tukar channel sebab rasa terseksa menonton mereka.Nothing much

Alex - Penceritaan perlahan dan sedikit lemah.Tapi ada potensi

Man - Penceritaan agak terabur sebab gabungan dari lawak buku yang pernah dibaca.

Balas - MENGHIBURKAN...cara melawak yang 18sx,tapi tak nampak melampau.Nampak mereka memang semula jadi kelakar

R2 - Antara peserta kegemaran.Penceritaan buat setakat ini memang kuat dan menghiburkan.Kami boleh katakan mereka sering buat lawak BIJAK

Youtube maharaja lawak minggu ke 2

Jambu - Klik disini
Nabil - Klik disini
Sepah - Klik disini
Jozan - Klik disini
Jehan - Klik disini
Balas - Klik disini

p/s : penyingkiran minggu ke 2 mengelirukan.Hakikatnya tiada penyingkiran.Mungkin minggu ke 3 ada 2 penyingkiran.

Jumaat, 8 April 2011

Walkalator bukan tempat bertenggek (RnR)

Hentian RnR walkalator

Mungkin bagi sesetengah individu merasakan ini bukan masalah besar.Tapi Kami banyak menghadapi masalah dengan individu yang suka 'betenggek' di walkalator.Di MTB KLIA tu untuk ke gate A domastik sangat lah jauh kalau dapat gate yang hujung-hujung.Bagi individu yang nak depart mungkin tidak akan menghadapi masalah,tetapi individu yang baru sampai tu mungkin akan menimbulkan rasa menggelegak dalam hati

Bagi sesiapa yang ingin tahu lah,walkalator ni dicipta untuk mempercepatkan perjalanan seseorang sebab jarak gate yang jauh.So just imagine kalau ada individu yang betul-betul in hurry,lepas tu nak pki walkalator ada pulak yang 'bertenggek' kat tengah-tengah laluan.Bukan tu saja,ada yang siap berhenti angkat call bila sampai hujung walkalator.Tak terpikir ke ada orang kat belakang.Bila terlanggar siap paling buat muka.Isunya :

SIAPA YANG BODOH SEKARANG?...

Benda ni mungkin bukan suatu masalah negara tetapi cuma sesuatu perkara yang masih tidak diketahui oleh orang ramai walaupun frequent flight passenger.Bagi Kami ini adalah sesuatu yang pelik tapi benar. :-)

p/s : tak malu ke kalau buat muka sarkastik sedangkan diri sendiri menyusahkan orang ramai.

Khamis, 7 April 2011

Transformers 3 Dark of the Moon Trailer - Official (HD)


Transformers 3 akan datang.Kami for sure akan pergi menonton.Tak perlu sangsi pasal kualiti graphic,cuma harap penceritaan lebih menarik dan mencabar!

Transformers 3 Dark of the Moon synopsis
The Autobots, led by Optimus Prime, are back in action, taking on the evil Decepticons, who are determined to avenge their defeat in 2009’s Transformers Revenge of the Fallen. In this new movie, the Autobots and Decepticons become involved in a perilous space race between the U.S. and Russia, and once again human Sam Witwicky has to come to the aid of his robot friends. There’s new characters too, including a new villain in the form of Shockwave, a longtime “Transformers” character who rules Cybertron while the Autobots and Decepticons battle it out on Earth.

Common sense,not POLITIC issue.


Kami terbiasa melihat gelagat manusia bila bercakap dan cara berfikir.Kami lebih rela mengelak dari 'berdebat' isu macam ni sebab sering dipolitikkan.Cuba lihat contoh diatas sebagai satu 'sample' pemikir-pemikir di Malaysia.

"Sarawak adalah negeri terkaya di Malaysia tetapi gaji jurujual hanya rm410"...

Bila Kami baca luahan macam kat atas tu seperti bebelan biasa orang di Facebook.Tapi bila tengok respondnya pulak?

"Gaji BN ambik...haha..."...

Apa nak dikata?Saya terbiasa dengar respon seperti ni.Isu common sense dipolitikkan.Faktor ape jadi macam ni?.Sebab ideologi macam tu je ke yang ada sampai mentaliti kita selalu menyalahkan Kerajaan (tidak merujuk mana-mana parti).Kenapa tak salahkan tuhan je terus.

Bukannya apa,ini adalah salah satu contoh yang Kami terkeliru apa yang harus kita panggil orang seperti ini.Isu gaji kecil,adalah sebab syarikat menyediakan gaji yang kecil untuk jawatan yang kecil dan tidak memerlukan kelayakan tinggi.Bayangkan kalau pakcik dan makcik kat kampung yang tanam padi,jadi nelayan tu tuntut gaji RM10,000...apo nak di kato?

p/s : hanya meluahkan rasa keliru mentaliti manusia yang senang menuding jari untuk menyalahkan orang lain.Nak berdebat dengan orang macam ni?,Kami rela diam dan senyum :-)


BaHasA KITA (bahasa MELAYU)

Situasi 1 - perbualan dgn org KITA (berbangsa Malaysia)

A: Selamat pagi Puan. Puan nak makan apa?
B: I want spicy chicken, coca cola and fries. please don't put too much of ice, i can't stand ice.
A: Semuanya rm17.50 puan
B: (sambil mengeluaran wang RM100).
A: Puan xda duit kecik?
B: sorry, i don"t have, all rm100.
A: terima kasih Puan, datang lagi.
B: (terus blah mcm tu je)

Situasi 2 - perbualan dgn org Indonesia yang biasa ke Malaysia

A: Selamat pagi Encik
B: Ya. selamat pagi. Saya kesini hendak membuat pemeriksaan kesihatan. Saya dari Indonesia
A: Encik boleh terus ke tingkat 2
B: Tingkat 2 maksudnya lantai 2 yah??
A: Ya encik.
B: Terima Kasih ya...

Situasi 3 - omputih pulok

A; Good morning Sir, how r u today?
B: Selamat pagi, saya sihat, boleh awak tolong saya?
A: yes sir, what can i do to help you?
B: i wanted to go to this hotel, can u show me the way?
A: of course sir, u can go bla bla blaaaaa.....
B: Thank you so much, it really helps me a lot :-).

moral - bangsa lain pun sibuk nak blaja bahasa kita, kenapa kita sibuk nak cakap bahasa omputih? boleh gunakan, tp kena pada tempat dan masa. xkan org ajak kita cakap bahasa kebangsaan pun kita ckp bahasa omputih kan??

Rabu, 6 April 2011

Video lucah Anwar Ibrahim re-upload


Video yang hangat diperkatakan tahun ini.KAMI berani buat post ni sebab dah jadi isu hangat dan dah masuk dalam akhbar.Semalam ada jumpa link tapi dah padah.So,here it's...dah di re-upload.Tiada adegan lucah pun hanya sekadar untuk penilaian orang ramai untuk menilai samada isu yang diperkatakan itu benar atau tidak

Isu ni panas hanya kerana ada elemen politik.Cuba kalau ini isu artis,sekejap je akan surut.Lepas artis buat statement

"ni pelanduk dua serupa je...memang bukan saya"....

terus je senyap.So,hanya untuk muhasabah diri,harus ke kita jadi terlalu emosional kerani isu yang tiada kene mengena dengan peribadi kita.Dosa pahala biar tuhan tentukan,janganlah sampai menyebarkan fitnah.Siapa dalam video tu biarlah menjadi rumusan individu dan tidak perlu digembar gemburkan.Buat penyokong "BELIAU" (dalam video diatas),dosa pahala 'beliau' biar tuhan tentukan.Jangan bikin panas isu ini.Baik kita ambik berat hal keluarga ke,adik beradik ke.Sekian.

p/s : Dari segi 'body language' perempuan tu macam tak rela je dipeluk.hiks!

HOP movie 2011


Pada hari minggu lepas KAMI sempat tengok citer HOP kat panggung.Kebosanan hujung minggu KAMI bawak adik-adik berjalan kat Pavillion.

Sinopsis ringkas
E.B seekor arnab easter remaja bercita-cita mahu menjadi drummer terkenal.Ayah E.B nak dia jadi pengganti keturunan easter untuk menghantar gula-gula pada manusia.Pada suatu tahap E.B mengambik keputusan untuk pergi ke dunia nyata untuk capai cita-cita nya.Masa nak cari penginapan E.B terserempak dengan Fred'O Hae lakonan James Maresden.Fred adalah seorang penganggur yang mahu mula mencari kerjaya.Pada akhir cerita Fred membuat keputusan untuk menjadi pewaris tugas easter bunny.

Cerita memang menarik sebab tengok karakter arnab tu comel...!!.Dari secara keseluruhan rating yang KAMI beri :

Penceritaan : 3.5 star
Graphic : 3.5 star
Karakter : 4 star
keberbaloian : 4 star

p/s : terpegun tengok coklat yang berlambak kat kilang dia.Macam-macam kaler ada.hehe...

Jumaat, 1 April 2011

Harga RON97 naik 20sen april 2011

Salah satu gambar sinis kepada pemimpin

Isu minyak naik ini sangat sensitif untuk dibicarakan.Saya secara jujurnya tidak berani untuk berbicara panjang mengenainya kerana boleh mendatangkan emosi terlampau kepada pembaca dan yang membicarakannya.Sebut sahaja pasal minyak apa yang akan dituding dahulu adalah kerajaan.Membuatkan saya terpikir,adakah kerajaan menaikkan harga minyak dengan sengaja?.Mungkin juga....Saya merenung tentang sikap manusia kini.Andai kata berita sebegini keluar :

"Gaji akan dinaikkan RM400 awal tahun depan..."

respon yang akan kita dengar adalah,

"alaaahhh...rm400 tu nak wat apa,takat beli barang dapur je lah"

Andai kata kalau berita seperti diatas keluar pula :

"Ni lah aku benci..sah-sah nak cekau duit aku"..

Saya faham ini melibatkan periuk nasi masing-masing.Ada yang berpendapatan kecil,ada yang berpendapatan besar.Tapi haruskah kita terus menyalahkan dengan apa yang terjadi?.Kalau rasa minyak naik harga,kurangkan penggunaan kenderaan.Ianya seolah-olah dalam kocek ada rm2 tapi mahu makan hotel.Saya tidak menyalahi dan menyokong mana-mana pihak tetapi hanya mahu muhasabah diri.Kalau rasa diri ini hebat sangat mahu menjadi pemimpin negara dan boleh lakukan perkara yang lebih hebat,tampilkan diri dan buktikan apa yang ada dari hanya berbual kosong.Suara sahaja tinggi,tapi perlaksanaan kosong.

p/s : Sejujurnya saya tidak akan meneruskan perbincangan ini kerana akan membangkitkan isu politik dan emosi yang terlampau.Lebih baik saya tersenyum sahaja dan ingat dari mana saya diwujudkan kerana BELIAU yang telah menentukan segalanya

Maharaja Lawak




Tepat jam 12:00am tadi Maharaja Lawak berakhir.Tertarik untuk saya menulis berkenaan rancangan ini.Raja Lawak sudah menjadi perbualan ramai penonton masa kini.Dulu saya sendiri musykil dengan kemampuan rancangan sebegini.Menunjukkan bakat dari segi berjenaka bukan sesuatu yang mudah.Dari niat untuk buat orang ketawa membuatkan orng rasa meluat dan hairan

Dengar tajuknya sahaja sudah menunjukkan Maharaja lawak mempunyai standard-nya sendiri.Sangat menarik sebab semua peserta yang menyertai Maharaja lawak adalah hanya yang terpilih dari raja lawak sebelum dan dari kalangan TERBAIK sahaja.Persembahan malam ini sangat menghiburkan tetapi yang pasti,esok isu kumpulan jozan akan menjadi isu.

Jozan gabungan ari Zizan dan Johan raja lawak musim pertama mendapat kritikan pedas.Ada benarnya sebab mereka nampak begitu yakin diatas pentas dan lupa mereka adalah perserta dan bukan seorang juruacara.Telatah dan cara melawak masih lagi gaya yang serupa dan bersahaja tetapi penceritaan tiada.Persembahan yang agak mengecewakan berbanding dengan peserta raja lawak baru-baru ini.Mungkin kerana mereka masih fresh dan masih biasa dengan persembahan pentas

Walauapapun ia adalah suatu idea rancangan terbaik dan bernas sebab saya sentiasa bayangkan ada sebuah rancangan realiti yang menggabungkan semua juara dan peserta terbaik berentap kembali dalam suatu pentas.Dapat lah membezakan adakah mereka layak bergelar juara sebelum ini atau tidak.

p/s : Peserta kegemaran saya adalah Nabil,Man,balas,R2.Siapa bakal juara?Mungkin Nabil kot insyaallah.

Rabu, 30 Mac 2011

Bosan kene perli?


Pemalas,tak kacak,selekah,gelojoh,bla..bla..bla....boleh kata hari-hari dengar orang perli kita.Kalau membina tu tak apa juga tapi kadang-kadang tak berasas.Membuatkan mood hari kita menjadi rosak terus tak semangat nak buat apa-apa.Nak bersabar pun apa guna sebab maruah diri tercabar.Seolah-olah diri dicabul dek kerna tuduhan tak berasas.

"Ko tengok perut kau tu,dah macam bantal boleh duduk...."

Hamboi..hamboi....tak cermin diri ke bila bercakap.Main sedap mulut je berjenaka.Tanpa memikirkan emosi dan tekanan diterima.Kadang-kadang,sampai jadi mainan mulut orang lain.TIPS rinkas dari kami adalah,bila orang menyentuh hal peribadi anda,JANGAN sesekali mendiamkan mulut,terus beritahu yang perbuatan mereka melampau atau tunjuk respon sinis (sarcastic) untuk memberi pemahaman yang anda bukan orang yang mudah diperlekehkan

TIPS untuk menghadapi situasi kritikan sinis
  • "cuba kau tengok muka aku ni,ada macam aku kisah?..."
  • "Dari aku melayan percakapan sampah kau ni,baik aku bercakap dengan tiang"
  • "Apa yang kau merapu ni?"
  • "A'a....aku memang macam tu.kau jeles..."
  • "A'a....aku memang _________.Suka sangat kau cakap macam tu (mata keatas tangan didada)
  • "walaupun aku macam tu..ada kurang gaji kau?ada aku pakai duit kau?....
  • "whatever..." / "apa-apalah..."
  • "kau pun apa kurang nya..."(ketawa sinis)
Ini adalah antara defend mechanism yang saya biasa dengar dan pakai.Sebab malas nak bertekak dan panjang cerita.Budaya sindir menyindir kadang-kadang mengelakkan keadaan lebih tegang berlaku.Jika kita dah balas macam tu,pihak B masih tak faham-faham,sah la ada benda yang dia cemburu.Saya sentiasa terfikir macam ni :

"Manusia gemar mencari kesalahan/kelemahan insan lain untuk menyembunyikan kelemahan diri"....

Tapi harus kita ingat,kadang-kala mereka bercakap mungkin ikhlas .Tapi kalau cakap depan kawan-kawan dan gelak terbahak-bahak,itu dah menjadi mangsa jenaka tak bertempat.Walauapapun,haruslah ita mendengar dahulu dan menilai sebelum bertindak.Muhasabah diri lebih penting untuk mematangkan fikiran dan menjadi insan lebih baik.Alangkah baiknya kalau semua insan hanya berkata baik-baik sahaja.Kalau anda suka orang buat macam tu,jangan lah kita buat buruk pada orang lain.

p/s : Apabila kita ingin melakukan perubahan,adalah normal jika kita menerima kritikan...kalau rasa perubahan kita adalah positif dan iklah,teruskan perjuangan perubahan anda.Cari mereka yang menyokong perubahan anda dan sentiasa minta padangan rakan lain

Selasa, 29 Mac 2011

Juara akademi fantasia 9 2011.


Definasi rancangan realiti

Rancangan realiti televisyen ialah satu genre rancangan yang mempersembahkan situasi
dramatik atauhumoryang dikatakan tidak berskrip,merakamkan peristiwa sebenar,dan
menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon profesional.

Akademi fantasia adalah sebuah rancangan realiti popular di Malaysia.Dah sampai musim ke 9 dah pun.Tapi persoalan saya masih relevankah AF ni?.Untuk mudah bicara tentang hal ni,ada beberapa point yang saya rumuskan dari persepsi peribadi :

Positif
  • Mencari bakat yang positif (hakikatnya dari 12 mmg dah nampak sapa juara)
  • Memeriahkan industri muzik tanah air (stacy,hafiz,akim,mawi...juara lain pn dah tenggelam)
  • Membuatkan peminat AF rasa berbaloi beli Astro
  • Pengacara Aznil yang menghiburkan (berbanding nyayian pelajar AF)
  • Wartawan dan media massa dapat mencari peluang untuk buat cerita mengisi slot mereka
Negatif
  • Hakikatnya AF menggunakan elemen simpati,rupa,latar belakang untuk meraih undi
  • Membuatkan anak muda terlalu obses dengan artis.
  • Menerapkan pada anak muda bahawa dengan menyertai rancangan realiti lebih menjamin masa depan
  • Hiburan berlebihan menyebabkan mental menjadi lembab kerana lebih banyak menonton dari membaca
  • Perbualan siapa tersingkir,handsome,cantik, dan sebagainya menjadi perbualan hangat daripada isu semasa.
  • Anak muda akan hanyut dalam budaya hedonisme
  • Pembaziran wang untuk mengundi pelajar yang memang tidak mendatangkan sedikit keuntungan pada diri
Hakikatnya AF atau rancangan realiti tv lain hanyalah sebuah PERTANDINGAN NYANYIAN atau sebagainya.Ianya bukan satu platform mudah untuk menjadi popular dan kaya.Walhal aspek lain seperti displin diri,ketabahan dalam industry dan bijak menjual produk diri lebih penting dengan hanya menayangkan diri di depan camera.Intipati sebenar dunia perniagaan hiburan diselindung dengan keseronokkan dan ketagihan hiburan semasa

p/s : Pernah meminati AF sebab menghiburkan.Tetapi kini lebih kepada tunjuk gedik, pergaulan didalam hostel yang melampau dan nampak sangat kepura-puraan.Tunjukkan kematangan sebenar seperti American idol sampai tak tahu siapa yang layak tersingkir dan juara.

Isnin, 28 Mac 2011

Poco-poco haram?



Hari ni saya terbaca artikel mengatakan poco-poco tu haram.Sudah biasa terbaca artikel-artikel yang membuatkan saya terpikir sejenak.

"apa relevannya tarian poco-poco ni haram?."

So setelah baca komen-komen dari pelbagai sumber membuatkan saya terpikir sejenak.Dari segi pergerakkan poco-poco dan pemahaman orang kita tentang poco-poco.Setahu saya,poco-poco tak melibatkan apa-apa bacaan dan amalan yang memurtatkan.Walhal,masyarakat kita hanya mengetahui,poco-poco adalah sejenis tarian dari indonesia (sebenarnya berasal dari filipina).

Hanya dari satu sudut saja boleh dipandang berdosa,iaitu lelaki dan perempuan bergaul dalam satu kumpulan dan 'MUNGKIN'menyebabkan maksiat mata,sentuhan dan sebagainya

Rumusan dari saya,haram dan halal ini biarlah tuhan yang menentukan.Kita tak boleh kata bila orang solat itu terus diterima Allah.Kadang-kadang,dari sudut air solatnya,tertibnya dan sebagainya membuatkan solat itu terbatal.Oleh itu,terpulang pada individu mahu menganggapkannya bagaimana.Saya teringat kata ustaz/ustazah saya :

"Kalau kita rasa benda tu boleh mendatangkan dosa,kita jauhkan"...

So,jangan lah bila ada orang ajak kita poco-poco teruskan kita melenting,EH HARAM TU.Semolek-moleknya,kita hanya senyum dan mengelak sekiranya DIRI merasakan itu boleh mendatangkan maksiat/dosa.

p/s : Tersenyum bila terbaca satu komen,"kalu macam tu,kita haram kan je la huruf 't' sebab dia kan nak hampir dengan lambang salib.".